Yaa...selepas setahun baru terasa nak update blog ni. Beza tahun lepas dengan tahun ni rasanya umur ja la yang bertambah. Hmm...berat badan jugak! Huhu. Hal kerja, urusan peribadi masih sama. Tempat keja yang sama, status pun masih sama.
Setahun blog ni senyap tanpa entri. Bukan tak mengarang. Ada ja pending entri yang malu-malu alah nak publish. Berhati-hati betul nak karang dan publish. Kang tak pasal-pasal ada orang screenshot lagi. Muahaha. Jadinya mana yang rasa tak patut sangat tu eloklah terperam di ruangan draft sahaja.
Amboiii...dah start mengarang ni rasa banyak plak nak mengarutnya. Sekian la dulu buat masa ni. Bila-bila ada benda best nak cerita, kita karang lagi ok.
Petang-petang makan bahulu,
ok gua chow dulu!