2 jam setengah dalam flight memang membosankan. Setiap kali toleh ke arah tingkap, kepulan awan putih je yang aku nampak. Takdak tanda-tanda nak mendarat pun. Dalam hati aku berdoa ‘YaAllah, cepat la masa berlalu’. Bosan sungguh..!! Baca novel pun tak khusyuk. Tak sabar rasanya nak pijak bumi Sabah yang tak pernah aku singgah. Menambahkan keterujaan aku bila terbayangkan kerlipan dan kilauan manik-manik kristal dan mutiara di pasar Filipina. Hehehe.
Finally, kami selamat sampai di Kota Kinabalu International Airport. Cantik..!! Konsep aerofoil digunakan dlm reka bentuk bangunan airport. Memang kreatif..!! Teringat plak bangunan Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu yang berbentuk penyu bila dilihat dari pandangan atas. Macam besa kami dari BPK bergerak ke setiap zon di Malaysia untuk membuat kurikulum baru (Transformasi Kurikulum). Kali ni giliran zon Sabah dan Sarawak. Kak Non (Bos @ Ketua rombongan) selalu cakap kami 4 orang ni macam sarkis. Ke hulu ke hilir bawak anak beranak. Kak Non as a mother, Kak Adzwa jadi kak, En. Hashimi jadi abang n aku plak of coz la adik..!!
Sampai je kat airport, Kak Zohaidah (Pegawai JPN Sabah) dah menunggu. Kesian dia kena tunggu lama sebab flight delayed sket sebab cuaca tak ok sangat. On the way nak ke hotel, tiba-tiba plak perut aku ni memulas-mulas. Angin agaknya. Padahal sedap je melantak nasik lemak dalam flight tadi. Atas keprihatinan Kak Zohaidah, dia bagi aku ubat. Lega la sket. Thanx kak..!!
Sampai hotel. Check-in. Simpan beg. Keluar balik. Destinasi tujuan…..Pasar Filipina..!! Serbu..!!! Aku macam ada kat taman Kristal n mutiara. Tengok yang tu cantik, tengok yang ni lawa. Rasa macam nak beli semua. Tapi ada satu kedai ni, gelang-gelang kristal tu dia main longgok je. Rantai-rantai plak bergantungan seluruh ruang kedai dia. Naik pening aku tengok. Susah sangat nak wat pilihan. Last sekali apa pun aku tak beli. Hahaha. Tapi aku beli kat kedai lain. Sebelum tinggalkan pasar Filipina, aku dapat satu gelang untuk diri sendiri. Cantik dan murah.
Dah habis merayau, perut pun terasa lapar. Kak Adzwa belanja makan ikan bakar. Ada spesis ikan baru. Ikan ayam..!! Ikan tapi rasa macam ayam. Sedap!! Alhamdulillah, kenyang.
Perut kenyang, kami menapak blk hotel. Penat siot..!! Laju je kak-kak aku ni berjalan. Aku yang muda remaja ni pun hampir-hampir nak semput. Tapi depa relax je. Aku memuji dalam hati. Power..!! Hahaha.
Balak bilik, bersiap-siap untuk mesyuarat pada sebelah malamnya. Keja jangan tak keja…!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment