Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Banyak Benda Nak Cite Nih

Wednesday, February 10, 2010

Hi.
Selamat hari rabu! Minggu ni rasa masa sangat cepat berlalu..

Uisshhh... Dah hampir seminggu saya xupdate blog saya ni... Kesibukan melanda! Dua minggu b'turut-turut ada meeting. Walaupun saya cuma watak tempelan, tapi saya masih perlu wujud dalam meeting tersebut.

Ahhh!! Bukan pasai meeting yang saya nak cite sebenarnya. Banyak benda saya nak cite nih.

Satu ~ saya ada hobi baru tau! Bercucuk tanam di flet yang tak bertanah. Muahahaha. Saya ada bela sepokok pokok limau! Sempena musim CNY ni la keinginan tu tiba-tiba muncul. Pagi-pagi buta sebelum gerak g keja, saya jumpa pokok saya tu dulu. Bagi dia minum banyak-banyak dan saya akan belai-belai dan cakap dengan dia "pokok, tumbuh subur dan keluarkan buah limau banyak-banyak ye..." (macam tak betol je cakap dengan pokok. Huhu. Lantak la, ada saya kisah???)

Eh, apa benda lagi saya nak cite ni ek..?? Terlupa pulak. Padahal sebelum menulis ni macam-macam je ada dalam kepala otak nak cite. Memori low betol lah!!

Hah~~!! Pagi tadi on the way nak ke ofis, sempat lagi melayan perasaan dalam bas. Banyak-banyak lagu, lagu lelaki cadangan yang saya dok nyanyi-nyanyi sepanjang jalan. Terpengaruh dengan seseorang la ni. Asyik dok dengar lagu pelik-pelik ja. Dengan saya sekali terikut-ikut suka jugekkk. Hihihi~

Antara bait-bait lirik yang saya asyik dok ulang-ulang adalah seperti berikut:~


Dan aku sudah pernah bilang 
Pacarku bukan cuma kamu saja
Ku mempunyai dua hati
Yang X bisa untuk ku tinggalin

Kan aku sudah pernah bilang 
Janganlah kamu terlalu sayang
Dan bila nanti kau menghilang
Ku masih punya lelaki cadangan


Langsung takde kaitan dengan kehidupan saya. Ulangan ~ langsung tiada kaitan..!! Saya sayang sorang saja iaitu DIRI SENDIRI. Huhu~ (^_^)v

Tu cite dalam bas, tapi bila dah sampai ofis lain pulak citenye. Dengar la radio kesukaan saya tu. Ada topik best ~ perpisahan yang X dijangka! Waahhhhh~~ macam menarik je bunyinya. Baru ja semalam dok cite dengan Haslina (rakan ofis yang Mr.Hoi selalu cakap dia adik saya) pasai perpisahan. Hari ni jadi topik perbincangan pulak. So, layannnnnn je la.

Terkenang pulak cite perpisahan saya. Dah basi pun citenya. Taknak cite la. Tapi lagu yang mengiringi perpisahan saya adalah pelamin anganku musnah dan kau bina mahligai dari airmata. Wuhuhuhu... Tragis!! Tragis!!


Alamak! En.Hashimi dah panggil. Saya kena masuk meeting. Sampai sini dulu, nanti saya sambung merapu lagi. Hehe~

Bye!!

0 komen: