Test.. Test… 1,2,3…
Mula-mula aku nak jerit dulu… Yeayyyyyyyyyy..!!!!!!! Seronot bukan main lagi.. Nak jerit lagi sekali.. Yeeehaaaaaaaa…!!!!!!
Inilah akibatnya bila dah lama menyepi.. Bila berpeluang kembali mulalah nak melompat-lompat, terkinja-kinja macam ninja.. Aku melompat, aku terkinja sebab aku gumbira... Gumbira bila boleh berblog,berfacebook seperti biasa… Tak mau intro panjang-panjang, kesimpulannya aku gumbira.. Syukur!
Hampir sebulan jugak aku tak update kisah aku kat sini.. Jadi bersedialah untuk membaca entri untuk edisi KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI..
Mula-mula, sesi imbas kembali…
Last sekali aku merapu adalah pasai kisah KPLI.. Untuk pengetahuan semua, aku tak dapat interview pun.. Huhu.. Tak dak rezeki nak jadi cikgu.. Tak pa, try lagi tahun depan.. Itu nasihat aku kepada diri sendiri.. Tapi tak dak la rasa kecewa sangat sebab semua geng-geng PRE kat BPK pun tak dapat jugekk.. Memang patut pun aku tak dapat sebab aku JAWAB EXAM TANPA TENGOK SOALAN.. Kalau terpilih jugak, jangan salah kan aku kalau aku kagum dengan diri sendiri..
Ok, sudah sikit-sikit pasai tu.. Seterusnya, masih segmen imbas kembali…
Kalau masih ingat aku ada tulis pasal buku yang aku kalut dok cari tu.. Alhamdulillah, aku dah dapat!!!
Penantian aku selama beberapa bulan akhirnya berakhir.. Jumpa jugak buku AKU TERIMA NIKAHNYA itu.. Aku gumbira sampai nak nangis bila terpandang seraut buku berkulit biru dan hijau yang ada love shape didepannya.. Siap terjerit-jerit lagi dalam MPH tu.. Buat malu je kat pakcik guard yang tak pi solat jumaat tu! Kesian pakcik tu tau.. Tak dapat pi solat sebab kekurangan pekerja pompuan yang nak gantikan shif dia.. Aku curi-curi dengar masa dia buat luahan hati kat kawan dia (kot).. Hehe..
Sampai dua edisi aku hangkut.. Punya la tamak.. Ikut hati nak je beli ketiga-tiga jilid..
Nampak je buku tu, terus nak beli semua.. Yang aku tau ada dua jilid je.. Tup tup ada pulak yang terbaru.. Maka berlakulah sedikit bual bicara antara Aku dan Tamak..
Tamak: Ani, beli je semua! Nanti tak yah kalut-kalut cari dah..
Aku: Hm, betoi jugak.. Kalau habih stok, jenuh aku nak tunggu berbulan-bulan pulak..
Tamak: Bagus-bagus! Hehehe…
Tiba-tiba ada watak lain yang muncul..
Kak Aida: Isyk, jangan tamak sangat.. Beli la satu dulu.. Bulan depan beli lagi..
Aku: Tapi…. Takut habih laaa.. Ok2, saya beli dua je.. Hehe…
Tamak: Cis! =’(
Nanti aku dah habih baca, aku kongsi dengan korang isi kandungan buku ni.. Tapi kalau nak impak yang lebih maksima, apa kata baca sendiri.. =)
Ada lagi nak story nih.. Kalau anda rasa meluat dengan penulisan yang sedikit macam rojak ni, sila berhenti membaca.. Rojak?? Alahai, nape la ungkit benda makan pulak.. Dah la tengah lapaq nih! Ok, sambung kisah sikit lagi.. Pasni nak menerjah dapur pulak.. Hehe…
Sekarang aku nak perkenalkan ahli baru dalam bilik aku ~ Cik Ziyu!! Pertemuan aku dengan cik ni sedikit tragis.. Macam-macam halangan.. Aku tak mau imbas kembali insiden yang berlaku.. Boleh Parkinson jadinya!
Tanpa membuang masa, aku persembahkan Cik Ziyu si TV!!!
Inilah dia.. Peneman ku di kala bosan… Terima kasih banyak-banyak Kak Aida sekeluarga..
Sampai sini saja la nampaknya.. Perut kata pi, dapur kata mai.. Yeah, aku chow dulu.. Adios!
0 komen:
Post a Comment