Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Keserasian Anda dan Si Dia Melalui Zodiak

Monday, October 4, 2010


Ok, aku ada keja nak buat. Sebelum tu, aku nak curik sket masa untuk mempublishkan benda alah ni. Benda ni dah tersebar lama kot. Tapi layan je la ye.

Mesti hampa semua suka baca pasai zodiak ni kan. Kalau baca REMAJA, tang horoskop besday tu la aku pulun baca dulu. Hehe. Saja suka-suka. Kadang-kadang ada jugak persamaan. Baca boleh, percaya jangan! Anggap saja itu hanya kebetulan. Biasa sangat dah baca rahsia peribadi melalui zodiak kan? Kali ni nah cuba-try-test KESERASIAN HAMPA DENGAN BAKAL ROOMMATE SEUMUR HIDUP HAMPA MELALUI ZODIAK.

p/s: perkataan Bakal-Roommate-Seumur-Hidup tu boleh jugak diganti dengan lain-lain perkataan yang sesoi. Macam aku, aku try dengan Bekas-Bakal-Roommate-Seumur-Hidup-Yang-Dah-Jadi-Roommate-Orang-Lain. Hahahaha!

Cara-cara:
1. Mesti tau zodiak masing-masing.
Aries (21 Mac – 20 April)
Taurus (21 April – 20 Mei)
Gemini (21 Mei – 20 Jun)
Cancer (21 Jun – 20 Julai)
Leo (21 Julai – 21 Ogos)
Virgo (22 Ogos – 22 Sept)
Libra (23 Sept – 22 Okt)
Scorpio (23 Okt – 22 Nov)
Sagitarius (23 Nov – 20 Dis)
Capricorn (21 Dis – 19 Jan)
Aquarius (20 Jan – 18 Feb)
Pieces (19 Feb – 20 Mac)

2. Tengok nombor apa yang bertembung antara zodiak hampa dengan si dia itu.
        Cth: Aquarius + Libra = 1 = sehati sejiwa!(konon)

3. Baca pengertian nombor tersebut. Sekali lagi aku pesan. BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN. Okey?

Bakal Roommate Hampa
HampaAriesTaurusGeminiCancerLeoVirgo
Aries452617
Taurus545261
Gemini254526
Cancer625452
Leo162545
Virgo716254


Bakal Roommate Hampa
HampaLibraScorpioSagiCapriAquaPieces
Aries371625
Taurus737162
Gemini173716
Cancer617371
Leo261737
Virgo526173


Bakal Roommate Hampa
HampaAriesTaurusGeminiCancerLeoVirgo
Libra371625
Scorpio737162
Sagi173716
Capri617371
Aqua261737
Pieces526173


Bakal Roommate Hampa
HampaLibraScorpioSagiCapriAquaPieces
Libra452617
Scorpio545261
Sagi254526
Capri625452
Aqua162545
Pieces716254


 


 

NOMBOR 1? SEHATI SEJIWA..
Perghhhh, cayalah! Hampa dua memang sehati sejiwa. Kalau nak hubungan berkekalan dengan jayanya, perlulah bijak atur strategi. Apa yang penting? Kerjasama! Hampa ni sependapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan sangat penting untuk jujur sesama sendiri. Banyak persamaan antara hampa dua. Sedikit sebanyak membantu membantu dalam keharmonian hubungan hampa.

Tapi! Barang diingat, yang indah itu hanya sementara. Pasti akan ada masalah yang melanda. Pandai-pandai la guna kematangan hampa supaya tak terpengaruh dengan orang sekeliling yang berpotensi menggugat hubungan hampa. Dengan kematangan fikiran, hampa pasti boleh menangkis segala fitnah atau khabar angin dengan mudah. Go baby go! Hampa pasti boleh!

 

NOMBOR 2? SALING MEMAHAMI
Bertuahnya hampa! Bukan semua orang boleh mengamalkan sikap seperti ni. Sikap saling memahami ni dapat mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Ye la, kalau masing-masing dok buat perangai penting diri sendiri macam mana nak kekal ye dak? Kalau ya pun hampa ada prinsip sendiri, tapi tu bukan alasan untuk mementingkan diri sendiri.

Dua-dua pihak perlu tau untuk memainkan peranan masing-masing. Jangan harap pasangan je yang paham hampa, tapi hampa tak pulak cuba nak paham si dia. Mungkin komunikasi yang baik dapat memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Andai kata ada yang tak puas hati, luahkan. Jangan simpan dalam hati.



NOMBOR 3? SALING MEMBANTU
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah ni sangat sesoi dengan hampa. Baguih kalau macam ni. Tak rugi saling membantu. Tapi kalau si dia mintak bantuan sampai boleh menjejaskan diri sendiri, baik pikiaq lapan belas ratus kali dulu. Contohnya si balak mintak tolong bayaq hutang-hutang dia padahal si makwe tak berkemampuan. Tak kan nak tolong gak kot. Agak-agak la kan. Sama gak si makwe pun. Jangan terlalu mengharap pertolongan macam tak reti nak berdikari sendiri. Selalunya orang yang saling membantu ni ada sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tak mau orang tau kelemahan dia (ya ka?). Orang yang saling membantu ni jugak dikatakan pandai membaca isi hati. Apa lagi, guna kan kelebihan ni untuk luahkan apa saja yang terbuku di hati.

 

NOMBOR 4? TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap anda berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, anda masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan anda, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan anda. Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perasaan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, anda perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk anda boleh memberi kesan pada diri anda sendiri.

 

NOMBOR 5? SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO
Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan anda berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan anda berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin anda boleh menipu orang lain yang anda tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan anda yang terlalu kuat mengatakan yang anda sayangkannya.

Jika anda benar-benar sayangkannya tak salah kalau anda tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana anda sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan sendiri dan terimalah hakikat yang anda berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.

 

NOMBOR 6? KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN
Walaupun anda masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan perang mulut kerap terjadi kerana anda berdua saling tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi anda kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan hubungan anda berjalan baik dan tak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah anda bertolak ansur dan memahamisi dia. Bukannya apa…anda tentu tidak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja. Dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun anda sentiasa bersikap panas hati bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air. Pandai-pandailah anda ye..

 

NOMBOR 7? TIDAK SERASI LANGSUNG
Huwaaaaaa…. Janganlah menangis. Tak serasi langsung mungkin sebagai kekasih tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesoi kot. Jangan pula anda berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Isyk..sekurang-kurangnya anda masih boleh bersahabat dan manalah tau kalau jodoh anda kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan? Jika anda benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta anda itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu. Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiran anda. Mungkin anda berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesoi untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup anda. Bukankah anda mahu si dia menemani anda sepanjang hayat anda?



Apa macam? Serasi kah anda dengan si dia? Semua ni rekaan semata. Jangan percaya sangat. Selamat mencuba…

0 komen: