Semalam tido lewat. Hari ni pening tak hingat. Pukul 12 tengah malam baru sampai Putrajaya. Dengan beraninya aku jalan kaki balik rumah. Putrajaya Sentral dengan rumah aku tak la jauh sangat. Tapi kalau dah tengah malam, cuak la jugak wei. Takut-takut hantu Kak Limah ikut aku balik rumah. Hahaha. Siot betoi Kak Limah. Buat aku terbayang-bayang dia tidoq sebelah aku semalam.
Semua ni gara-gara layan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Ecah semalam. Pi la tengok kalau rasa nak gelak gelak. Dalam lawak ada pengajaran. Tengok dan hayati, paham la nanti.
Aktiviti menonton tu sekadar nak habihkan masa. Ada misi yang lebih penting. Hehe. Herito Marcello libatkan Ecah dengan aku sekali dalam plan dia nak buat surprise kat cik awek dia, si Leen. Plan baik punya!
Aku, Leen dan Ecah kuar merayau macam biasa. Leen tak tau pakwe dia si Herito Marcello datang dari Johor. Semata-mata nak celebrate besday dia. Kami bertiga lepak kat bilik karaoke, kemudian si pakwe ni datang la dengan sebijik kek di tangan. Lagu "hepi besday" pun berkumandang. Leen terharu sampai nangis.
Ayat last tu aku tokok tambah. Haha. Jalan cerita ni aku dah edit. Kalau nak tulis semua huru-hara yang berlaku, penat la aku. Isi penting kat sini aku nak habaq bahawasanya masih wujud lelaki romantik. Walaupun si lelaki itu bukan pakwe aku, tapi aku tumpang rasa bahagia bila kawan aku bahagia.
untuk Leen: selamat hari lahir yg ke-24. semoga yang baik-baik sentiasa mengiringi hidup ko. aku doakan ko dengan Heri bahagia sampai syurga. cepat-cepat kawen wei!
Bagi aku la romantiknya seorang lelaki tu bila dia….
- Sangat prihatin. Alert dengan perubahan. Sama ada emosi, riak wajah mahupun intonasi bila berkata-kata. Even ayat dalam sms pun dia buleh baca dengan nada bahasa yang betoi. Aku suka! Aku suka!
- Mengingati apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Dan lebih elok jika dia tak buat benda yang aku tak suka tu.
- Jujur dan bersungguh-sungguh dalam meluahkan rasa hati. Ni yang aku paling suka! Hahahaha.
- Pandai menjaga dan mengambil hati. Aku ni jenis egois. Tapi kalau si dia mampu buat hati aku tersentuh, fuh! mau bergetar hebat dalam hati ni.
- Adalah pakwe/bakal suami aku. Bila saja dia bergelar pakwe/bakal suami aku, maka otomatik dia romantik bagi aku =)
p/s : Pendapat kita mungkin tak sama. Cari la sendiri apa makna ROMANTIK bagi korang.
0 komen:
Post a Comment