Update terus dari kampong halaman. Nyaman sungguh angin sepoi-sepoi bahasa kat kampong. Kesejukan menggalakkan aku memerap dalam bilik, tidoq dan terus bermimpi. Hari pertama je la dok layan tidoq sampai petang. Letih weh. Penangan naik bas persiaran yang macam kuda. Dah la dok belakang. Memang menarik la terhentak-hentak. Bergegar kepala otak!! Tapi alhamdulillah selamat sampai Kedah jugak.
Selama 3 hari di kampong, dah macam-macam aku masak. Tak perlu la aku senaraikan. Masak simple je. Tapi aktiviti yang paling best setakat ini adalah aktiviti bermain dengan si toyol hijau. Aku bagi dia makan, sebagai balasan bukan nak ucap terima kasih pun. Bagi gigitan cinta lagi ada la. Habih lebam tangan aku. Hampeh punya toyol.
Tunggu la. Ada ubi ada batas. Kalau kau muncul lagi, siap kau aku libas. Tunggu kau toyol. Tungguuuu!!!
Konon-konon dia la yang cabut bulu burung tu. Ceh! Tau makan ada laaa.
4 komen:
toyol pakai bj chelsea...
tengok gigi dia pun dah rs sakit
anon : toyol ni tak minat bola pun..
ekmi : tak padan dgn gigi burok. sekali kena, sakit sampai nak meleleh ayaq mata :p
Post a Comment