"Saya akan rasa bersalah sepanjang hidup. Awak masih ada dalam hati saya. Sama seperti dulu"
Tersenyum Hanie membaca baris ayat itu. Tapi ada titik air jernih yang jatuh ke pipi. Perasaan Hanie bercampur aduk. Perasaan apakah ini?
'Ya Allah, sungguh aku keliru dengan perasaan aku dikala ini'
Mungkin suka? Rasa bersalah? Tak pasti. Satu masa Hanie merasakan bahagia kerana masih diingati. Masih ada ruang untuknya dihati Hazreen. Sekarang baru dia sedar erti sebenar maksud kata-kata Mencintai tak Semestinya Memiliki. Kerana sayangkan Hanie, Hazreen membuat keputusan untuk melepaskan Hanie dan menerima orang lain. Kerana menghormati keputusan keluarga Hanie, Hazreen bertindak begitu. Kenapa baru sekarang Hanie tersedar?? Kenapa setelah berbakul-bakul maki hamun dilemparkan??
Namun rasa bersalah mula menghantui Hanie bila memikirkan jika dia yang berada ditempat Su, isteri Hazreen. Memiliki jasad tapi tidak hati. Semakin lebat hujan air mata mencurah.
"Saya hepi sangat malam ni"
"Macam la selama ni tak hepi kan"
"Hepi? Tak la sangat. Rasa bersalah yang banyak"
Hanie tersentap. Bahagia Hazreen, bahagia Hanie jugak. Menderita Hazreen, terseksa jugak bagi Hanie.
'Ya Allah, berdosakah aku jika aku sekadar ingin hilangkan rasa bersalah dihatinya?? Bersalahkah aku andai aku mahu dia bahagia?? '
Sepanjang hari Hanie berperang dengan perasaan sendiri. Masih mencari jalan yang terbaik.
4 komen:
HANIE....ADUUUUUUUUUUUUUUUUUUS KENAPA MCM NIE....SAMA LA PLAK KITA...JODOH KAN...
sedih kak Shida :'(
jangan menyukai terlalu menyayangi sesuatu, boleh jadi kamu membencinya suatu hari nanti.. dan jangan terlalu membenci sesuatu boleh jadi kamu menyayanginya sesuatu hari nanti, Allah tahu tapi kamu tidak" chill dear... =)
ya, tQ Kiera. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Post a Comment