Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Wordy Wednesday - Aku Anak Bongsu

Wednesday, June 29, 2011


Masyarakat mudah melabel anak bongsu sebagai manja, mengada-ngada, tak boleh berdikari, pemalas malah ada yang menganggap golongan adik-adik ni menyusahkan golongan abang-abang dan kakak-kakak. Memang tak dinafikan ada segelintir golongan adik-adik yang camtu. Tapi barang diingat, masih ada golongan adik-adik yang mampu bertindak sebagai abang atau kakak. Dan jangan tak percaya, ada jugak golongan abang-abang dan kakak-kakak yang lebih bersifat ke'adik'an berbanding adik.

Aku sendiri dilahirkan sebagai anak bongsu. Kalau mau kira nombor dalam keluarga, aku anak yang ke-11. Ramaikan adik-beradik aku? Aku bangga dengan angka itu. Dengan 7 abang yang macam-macam perangai serta 3 kakak yang sempoi habih, aku rasa sangat beruntung.

Cukup la intro dengan ayat skema tak ingat. Mari terus ke isi utama.

Masa kecik memang aku agak manja dengan mak. Sampai darjah 6 je. Start tingkatan 1 aku masuk asrama. Hidup kat asrama paham-paham je la. Semua benda kena buat sendiri. Dari situ aku belajaq hidup berdikari.

Apa benda yang aku buat, aku cuba usaha sendiri dulu. Kalau dah tak boleh sangat baru aku mintak tolong mak, abang or kakak aku. Bukan prinsip aku nak menyusahkan hidup orang lain kalau aku boleh usaha sendiri. Biaq diri sendiri rasa susah takpa daripada susahkan orang lain.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk jadi adik yang tak menyusahkan abang dan kakak. Tapi kalau abang atau kakak perlukan bantuan aku, aku tak menolak untuk menolong selagi termampu. Sapa la aku sebagai adik bongsu tanpa abang-abang dan kakak-kakak tersayang. Takdak abang atau kakak, takdak la adik.

Ces, skema jugak!!


Rindu adik Iman. Al-Fatihah. (T_T)

 

 

 
p/s : Sayangi keluarga anda.

1 komen:

Anonymous said...

ekmi disini berkata:

huhu ang anak bongsu ka?haha cik anie sgt berdikari smpi terlupa dia anak bongsu. btw, aku mcm anak sulong kan?