Kisah benar 1:
Di suatu petang, sedang aku berjalan bersama anak saudara aku melewati kawasan yang agak terpencil. Mulut aku tanpa insurans laju menghamburkan persoalan yang agak seram
"Camna kalau satgi ada pakcik tua lalu pastu buat-buat moto rosak?"
"…….."
Sepi. Sepatah haram pun anak sedara aku tak respon. Selang beberapa minit selepas pertanyaan aku tak berbalas, tiba-tiba kelihatan sebuah motosikal menampakkan rupa parasnya di simpang jalan. Dalam hati aku dah berkocok-kocok. Kami semakin menuju ke arah pakcik tua yang menunggang moto tersebut. Kemudian, seperti yang ku jangka terjadi.
"Adik, boleh tolong tengok dak moto pakcik ni?"
Dah sah gila ni. Suruh orang pompuan tengok moto dia. Apa kes?? Tapi aku layankan jugak. Aku suruh anak sedara aku pi tengok. Aku meminggirkan diri sedikit jauh.
"Nampak dak ada wayar kat bawah?"
"Tak dak pun"
"Tengok la lagi. Satgi nampak la."
Aku dah hangin. Aku pun pi la tengok apa yang bersungguh-sungguh sangat pakcik tu nak tunjuk. Nah, hambek! Wayar la sangat pakcik oiii. Aku terus ajak anak sedara aku blah dari situ. Terus berjalan macam besa.
*Macam la menarik sangat nak tayang kat orang. Kehkehkeh!
Kisah benar 2:
Orangnya nampak bergaya. Sekilas pandang, dia seperti lelaki normal. Paras rupa boleh tahan. Tapi sayang otaknya mungkin sedikit tidak waras bila dia berkelakuan tak senonoh di tempat awam (baca:perhentian bas).
Kelakuan tak senonoh itu bermaksud mengusha pompuan-pompuan yang sedang tunggu bas sambil mel*nc*p di dalam kereta. Uweekkk, meloya tekak tetiba!
*Kalau ya pun abang sangap, jangan la guna pompuan sebagai pemangkin kesangapan abang tu.
Ni antara peristiwa yang segar dalam ingatan aku. Sampai la aku tak paham apa motif depa nak tunjuk 'aset' depa kat orang. Bangga ka? Saja suka-suka?
Pendapat hampa camna? Apa patut buat bila berhadapan dengan spesis begini?
0 komen:
Post a Comment