Sedar tak sedar, dah nak mula cuti semester pun. Dah boleh sket-sket beradaptasi dengan kehidupan bergelar seorang pekerja dan pelajar dalam masa yang sama. Susah rupanya ya. Isnin sampai Jumaat menyebokkan diri dengan urusan keja. Hujung minggu akan menghadiri kuliah dari pagi sampai petang.
Bila memikirkan keadaan diri yang kurang rajin dan kurang bijak untuk menelaah sendirian, maka aku amek keputusan akan berdiskusi dengan rakan sekuliah aku Syazleen selepas kelas. Habih kelas pukul 2.30 petang, terus melepak di Terminal Bas Selatan (TBS). Selain berfungsi sebagai terminal bas, TBS jugak ada tempat yang menarik untuk berdiskusi.
Assignment tak siap. Haram tak study lagi untuk test Sabtu Ahad ni. Pemalas kan aku ni?
Banyak perkara yang perlu diambilkira sebelum aku bertindak berbuat sesuatu. Mau membeli pun aku jadi sangat berkira-kira (maklum la budak Maths katakan). Hatta kasut dah rosak pun aku baiki sendiri guna gam gajah. Berjimat cermat selagi boleh. Makan pun sama jugak. Nak makan sedap-sedap pun tak dak dah sekarang ni. Stok mee segera ja yang bertambah kat dapur tu. Apatah lagi nak pi berjalan-jalan shopping sementara nak tengok wayang. Tu semua dah berlalu. Sedihnya.
Masa rehat hujung minggu pun jadi sangat terhad. Nak balik kampung melawat mak pun tak dan. Bukan aku tak fikir semua ni sebelum buat keputusan nak sambung belajar, aku fikir. Berfikir dan berhadapan dengan situasi sebenar memang la tak sama. Berfikir itu berimaginasi dalam minda. Tak melibatkan perlakuan fizikal. Tapi realiti yang berlaku aku penat fizikal dan mental!
Dalam kekalutan keja sempat lagi teringat hal belajar. Tengah khusyuk baca buku tetiba teringat keja tak setel lagi. Tapi aku percaya dalam kesempitan pasti ada kesempatan. Cumanya aku kena rajin la. Dah tau ada test boleh lagi dok mengonline. Insaf la wahai Siti Rohani Saad!!
p/s : Doa ku semoga aku terus bertahan menghadapi hari-hari mendatang.
2 komen:
Cik Anie, be strong!!!! yes..being a student is hard but be a student with a full time job is super incredible!. you can do this bebeh.
If Allah bring you to it, Allah will bring you through it!
aminnn.. moga hanie lebih tabah mrnghadapi. hani kan kuat? kan? :)
Post a Comment