Apa yang aku nak kongsi ni berdasarkan pengalaman
insan-insan sekitar aku. Mungkin ada jugak yang penah berdepan dengan situasi
camni. Bolehlah share pendapat hampa.
Situasi 1:
Mencintai si gadis dengan sepenuh hati. Tapi keluarga si
gadis tak merestui. Akhirnya dengan paksa rela berkahwin dengan gadis pilihan
keluarga. Kini bahagia bersama anak dan isteri.
Situasi 2:
Mencintai si gadis dengan sepenuh hati. Tapi keluarga
sendiri tidak merestui kerana sudah ada calon pilihan untuknya. Sanggup bertegang urat dengan keluarga
sendiri demi mempertahankan cinta. Adakah akan bahagia??
***
Point dia kat sini aku nak tekankan tak semetinya kita akan
happily ever after dengan pakwe/makwe. Bercinta bagai nak rak tapi dah tak
berjodoh maka tak dapat jugak hidup bersama. Sebab kita akan kawen dengan jodoh
bukan dengan cinta . Ok, setel bab tu.
Yang jadi kemusykilan aku sekarang ni pasai situasi yang
kedua tu. Berdosakah seorang anak lelaki yang tak menurut kata ibubapanya itu?
Kira sebagai derhaka tak? So Khabi Kushi Khabie Gham kan.
Jika aku berada di tempat kekasih hati si lelaki tu, aku
akan turut berasa bersalah. Disebabkan aku hubungan dia dengan keluarga jadi
renggang. Adakah aku juga berdosa? Ya, Allah…
p/s : Tak perlu lagi bersusah payah nak mengambil hati mak
mentua. Sobs!
2 komen:
moga dpermudahkan.
tak salah kalau nak mempertahankan cinta asalkan cinta yg kita pertahankan tue cukup segi dari sisi syarak (saya pernah baca mcm nie x silap) sbb kita yg nak hidup dengan dia nanti, jadi kita diberi peluang memilih :)
Post a Comment