Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kekeringan Air Terjun Sungai Gabai

Monday, April 12, 2010

Assalamualaikum..

Aku dah jadi ketagih nak merapu kat sini..
Sebab?
Aku kat rumah jadi orang bisu! Huhu..
Jadi apa je yang terbuku dalam hati, aku curah kat sini.. Kalau korang rasa meluat, tak yah baca.. Ok?? Ada jugak yang merungut aku ni cakap banyak.. Ye la, bukan selalu aku leh bercakap banyak pun.. Bila ada peluang lepas geram, jangan dilepaskan! Hahaha..

Ok, mulai dari sekarang aku akan bahasakan diri aku sebagai aku.. Kenapa aku?? Aku punya suka la!

Sebenarnya aku nak cite pasai weekend aku di Sungai Gabai, salah satu pusat rekreasi di Hulu Langat.. Si Sungai Gabai tu buat aku kagum dan teruja.. Benda - benda 1st time ni mesti lah buat kita excited lebih kan?? Kekaguman aku semakin memuncak bila aku tengok ada beberapa puluh atau beratus mungkin anak - anak tangga yang perlu aku pijak - pijak untuk sampai ke atas..



Nampak tak tangga - tangga itu?? Ima masih mampu tersenyum manis walaupun penat nak mampos!

Dengan semangat berkobar - kobar aku mula mengatur langkah.. Pelbagai aksi manusia buat aku teruja.. Si ayah dan mak, duduk di batu sambil perhatikan anak - anak bermandi - manda.. Si pemuda bujang bangga dengan aksi terjun tiruk.. Si gadis pun apa kurangnya.. Aktiviti simbah menyimbah air kepada rakan - rakan jadi perkara wajib bila mandi di tempat - tempat sebegini.. Pakwe makwe asyik bergelak ketawa, bergurau senda.. Terapi hilangkan stress gamaknya.. Kod Etika Pemakaian tak yah cite la kot.. Paham - paham sendiri la ye.. Aku gunakan kesempatan yang ada untuk cuci mata.. Memang cerah bijik mata!







Maaf ye, aksi - aksi manusia dengan kod etika pemakaian yang betol aku tak snap pun.. Cukup la untuk pandangan mata aku.. Hahaha..

Aku yang melangkah dalam keadaan yang masih kering menjadi semakin kering dengan dosa - dosa kering yang aku kutip sepanjang perjalanan.. Keterujaan aku kian malap bila aku semakin penat! Siot betoi tangga.. Separuh mati aku dibuatnya.. Dan sebagai tanda kenangan, aku hadiahkan muntah aku kepada Cik Tangga.. Hahaha.. Padan muka kau tangga!! (tangga ada muka ke?) Padan muka aku jugak.. Keterujaan aku yang kian malap terus mati!

Untuk aku kembali normal, lebih kurang 10 bijik jeruk kedondong Kak Ayu aku balun.. Makanan lain hanya sekadar menjadi santapan mata aku.. Budak - budak lain tak buang masa, terus menyerbu air sejuk sungai.. Aku? Oh, mungkin tidak.. Dengan keadaan yang tak mengizinkan, cukup la setakat basahkan kaki.. Encik-gila-webcam tak habih - habih dok mengajak aku join sama.. Tak paham bahasa ke aku kata tak mau!!

Sambil menemani Kak Ayu melukis, pandangan mata aku melilau merayau - rayau menikmati 'pemandangan indah' di depan mata.. Macam - macam ada.. Ada yang buat aku gelak, ada yang buat aku terhibur dan tak kurang juga aksi yang boleh buat aku muntah sekali lagi.. Akhirnya, aku dan budak - budak lain berangkat pulang setelah penat bermandi - manda dan setelah puas menjamu mata.. Rasa - rasanya imbangan dosa kering aku selama beberapa jam di Sungai Gabai lebih berat dari pahala aku yang seciput itu.. Sekian kisah keringnya aku di Sungai Gabai.. Babai Sungai Gabai.. Semoga jumpa lagi! =)



Kak Ayu tengah asyik melukis..


p/s: Berhati - hati la dengan Encik-gila-webcam.. Mungkin anda turut menjadi model sampingan.. Eiiiii, nak je aku hempuk webcam kamu tu!! Kepala kamu jugak nak aku sekeh - sekeh!!!

0 komen: