Salam...
Pertama sekali marilah kita sama - sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi yang telah kembali menemui Pemilik Nyawanya.. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang - orang yang soleh.. Amin~
"Harimau mati meninggalkan belang, Manusia pergi meninggalkan nama.."
Nama Din Beramboi lebih kerap diulangsebut selepas kematiannya.. Yang baik, baguslah dicanang - canang.. Tapi yang sedihnya, ada jugak bunyi - bunyi sumbang yang kedengaran.. Di saat ramai yang berduka, saya sangat terkejut bila dapat tau ada jugak hamba ALLAH yang bergumbira di atas kematian arwah.. Astaghfirullahhal'azim.. Kenapa begitu kejam?? Apa salah arwah kepada hamba ALLAH tersebut?? Alasannya ~ Lawak - lawak sengal Din Beramboi itu selain boleh buat orang ketawa + gelak sorang -sorang [termasuk la diri saya sendiri..hehe~], ada jugak yang sakit dengan lawak - lawak tersebut.. Sakit hati!!
Bukannya saya mau mengecam, apatah lagi menyokong tindakan hamba ALLAH itu, tapi sedikit sebanyak dia buat saya terfikir tentang BERGURAU..
Kita semua sedia maklum, Islam tak menggalakkan kita berlebih - lebihan dalam sesuatu hal.. Begitu jugak halnya dalam bergurau.. Kita bebas untuk b'ekspresi dalam lawak jenaka,tapi dengan syarat tidak menyentuh isu - isu yang melibatkan agama dan sebarang gurauan berbentuk cacian, cemuhan, fitnah adalah dilarang!
Sekadar renungan dan panduan, saya kongsikan canda gurau Rasulullah.. =)
Seorang sahabat mendatangi Rasulullah SAW, dan dia meminta agar Rasulullah SAW membantunya mencari unta untuk memindahkan barang-barangnya.
Rasulullah berkata:
“Kalau begitu kamu pindahkan barang-barangmu itu ke anak unta di seberang sana”.
Sahabat bingung bagaimana mungkin seekor anak unta dapat memikul beban yang berat.
“Ya Rasulullah, apakah tidak ada unta dewasa yang sekiranya sanggup memikul barang-barang ku ini?”
Rasulullah menjawab, “Aku tidak bilang anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir dari ibu selain unta”
Sahabat tersenyum dan dia pun mengerti gurauan Rasulullah.
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi. Sanad Sahih)
di sini ada lagi gurauan dari Rasulullah..
Fikir - fikirkan...
psttt!! gosip terbaru saya dengar, hamba ALLAH tu dah mintak maaf.. harap - harap gosip tu boleh dipercayai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment