Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Hadiah Terindah Buat Seorang Anak

Friday, September 24, 2010


Alhamdulillah. Aku masih bernyawa hari ni. Serabut di kepala pun dah semakin kurang. Jangan risau, aku tak telan panadol pun. Tak mau dah jadi macam dulu. Semuanya bermula apabila aku mula mengenal erti cinta. Sekitar tahun 2004. Tapi kini biarlah perangai buruk tu terkubur sama dengan cinta yang dah berakhir.

Alhamdulillah. Si kertas yang menghilang, yang aku cari seminggu ni dah dijumpai. Fuh,lega! Kalau tak, mati aku. Walaupun kertas yang hilang itu hanya dua helai, tapi impaknya sangat besar ke atas diri aku. Semestinya aku akan kena marah dek bos. Marahnya tak la jenis jerit-jerit. Cukup dengan riak muka, aku dah tau bos aku marah atau dak. Sedikit sebanyak kredibiliti aku tercalar di situ.

Kertas itu sangat penting untuk audit ISO. Tanpa kertas itu, pihak audit akan banyak soal dan prestasi BPK akan terjejas. Semestinya aku tak ingin jadi penyumbang kepada kemerosotan kualiti kerja BPK.
Dengan kemunculan semula kertas tersebut, sungguh aku lega. Aku yang hilang kertas pun dah cuak semacam, apatah lagi mak ayah yang hilang anak. Macam kes baru-baru ni. Lari dari rumah sebab ikut lelaki. Kena sangat la dengan pantun klasik ni:

Nasik lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang sedara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

Jom boooooo spesis macam ni ramai-ramai. Boooooooo~~!!

Suatu ketika di zaman jahiliah aku dulu, aku pun pernah rasa macam nak marah kat family sebab halang kehendak aku. Marah sungguh aku time tu. Marah dalam hati. Lama-lama marah tu bertukar jadi dendam. Ya Allah, anak apakah aku ni yang sanggup berdendam dengan keluarga sendiri? Suatu hari aku dengar ceramah kat tv. Ayat ustaz tu lebih kurang macam ni:

"Mak ayah dan keluarga tiada galang ganti. Kita mungkin boleh ada 2 3 orang mak tiri. Tapi mak yang lahirkan kita di dunia ni hanya SATU. Hargai dan sayangilah sepenuh hati."

Menangis tersedu sedan aku ketika tu. Sejak hari tu, aku dah semat dalam hati. Kekasih boleh datang dan pergi, tapi mak yang satu tiada pengganti. Apa saja yang aku buat, restu mak yang aku cari. Allah tak restu kecuali restu dari ibu bapa.

Aku dah lalui semua tu dan sekarang aku seboleh-bolehnya tak nak anak-anak aku buat perangai yang sama. Susah betoi nak jaga anak-anak zaman sekarang ye. Macam-macam masalah. Memang aku belom bersuami, apatah lagi nak punya anak. Tapi aku ada ramai anak sedara yang sedang membesar mengenal erti hidup. Awal remaja ~ fasa nak mencuba. Fasa yang paling mencabar dalam kehidupan. Aku akui kenyataan itu.

Ok, berbalik kepada kes budak hilang tadi. Merajuk dengan teguran mak barangkali. Tapi kalau dia ingat ayat yang warna merah kat atas tu, pasti tak terdetik pun kat hati nak lari dengan laki yang tak berbaloi itu. Lari rumah dah satu hal. Conteng arang kat muka mak ayah pulak tu. Sedih kan? Aku lebih rela dimarahi, ditegur, dileteri, dibebeli dan lain-lain di lagi oleh mak. Sebab aku tau tu tandanya dia masih sayang aku. Macam mana kalau mak tiba-tiba dah tak ambik tau pasai anak dia sendiri?? Hah, lu pikiaq la sendiri!!

Hari ni hari ulangtahun kelahiran anak sedara aku Bibie Syaheera binti Zulkifli yang ke-13. Dah masuk usia awal remaja. Susah nak nasihat. Tapi sekurang-kurangnya dia lari masuk bilik je kalau kena berleter. Harap-harap dia kekal macam tu.

Aku ada buat perjanjian dengan budak ni, kalau dia dapat result exam best aku nak bagi notebook kat dia. Nak tau apa dia jawab?

"Takyah bagi pape la. Lagipun semua tu tak kan bagi kebahagiaan kat aku"

OMG! Aku dah mula risau. Apa dia tak bahagia ka selama ni dok dengan kami? Budak ni kami jaga dari umoq dia 44 hari sampai la ke hari ni. Aku syak mesti mak aku kata something kat dia. Sensitive sangat plak dah.


Kata-kata dia tu buat aku terkesima. Aku rasa aku paham apa maksud dia. Apa yang lebih membahagiakan selain dapat kasih sayang dari sorang insan bergelar ibu kan? Apatah lagi setiap kali sambut besday, tiada mak di sisi. Mungkin tu maksud dia. 


Hepi besday budak gemok! Haha. Aku doakan hang sentiasa sihat sejahtera, bahagia selalu & berjaya dunia akhirat. Kami semua sayang hang wei!!

Hah, satu perkara lagi. Aiman si budak sengal tu minat gila lagu Kekasihku nyanyian Azzam Idola Kecil. Paling tak leh tahan bila dia tarik part 'oh,ibuuuu…' Cayalah Aiman!

 
Padamu kuharap kau hadir dalam hariku,
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,
Setiap masa seolah ada disisi,
Kasih padamu takkan pernah padam,

 
Sayangku, hanya engkau dihati,
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,
Oh belaianmu..

 
(*) Kasih, kita ditakdirkan bersama,
Takkan engkau kupersiakan,
Walau terkadang hati mudah terusik olehku..

 
Selagi ada nyawa,
seluruh daya kan kupastikan kau gembira,
Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu...
Ke akhir hayatku..

 
Oh ibu..
Ibu...



Peminat setia Azzam. Haha. Siap tiru gaya rambut lagi tu. Aiman. Aiman.

**********

"Sapa suruh hang biaq family atur hidup hang"

Ada sorang pompuan penah pelece aku dengan kata-kata ni sebab aku lebih ikut cakap mak. Free je kena maki dengan aku. Mungkin pompuan bangang tu tak tau hadiah terindah buat seorang anak adalah perempuan mulia yang dipanggil mak. 

Sekarang dia dah jadi mak, harap-harap dia paham la kot.

0 komen: