Wah! Lamanya blog ini tak disuap entri baru. Malas gila aku nak update. Kalau malas nak menulis baek takyah buat blog. Ye la,baik. Lepas ni aku akan lebih rajin. Banyak benda ada dalam kepala otak, tapi kemalasan mengatasi segalanya. Tak boleh share dengan yang sudi mendengaq, aku curah semua rasa hati kat sini. Sebab apa? Sebab semua orang ada telinga tapi tak semua boleh jadi pendengaq yang baik. Ye dak?
Setelah sekian lama cuti, hari ni baru start kerja balik. Cuti sakan tapi raya tak tara mana sangat pun. Raya aku tahun ni tak meriah sangat. Mood raya awai-awai dah out. Mula-mula dok buat kontroversi raya jatuh pada hari Khamis. Memang tragis la kalau betoi raya Khamis. Sebab pagi tu baru nak balik kampong. Tapi lega raya hari Jumaat. Hehe.
Aku balik kampong dengan penuh semangat nak raya. Betol la kata orang, malang tak berbau. Kalau kita leh hidu bau malang tu, mesti semua selamat sejahtera selalu kan. Ku sangkakan panas sampai petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Aku sangka aku sampai umah petang, tapi bas pulak boleh rosak di tepi highway! Dan natijahnya, malam terakhir Ramadhan [ataupun lebih sedap bunyinya disebut malam raya] aku masih di Shahab Perdana! Buka posa dengan ayaq 100plus saja. Untuk tambahkan kesegaran setelah berpuasa di siang hari bak kata Fizzow Omar. Eh,best jugak tengok lakonan dia dalam cite Siti Kelembai. Bodoh-bodoh hensem! Hahaha.
Senyuman macam ni la yang aku tak boleh tengok.
Ah, sudah! Aku dah melalut kot laen pulak. Tetiba je kepala otak aku jadi serabut. Rasa nak jerit kuat-kuat. Nanti la aku story.
Sambung sket lagi kisah raya. Perjalanan balik kampong kali ni paling lama pernah aku rasa. 9.30 pagi dari putrajaya, aku sampai rumah pukul 9 malam. Hampir 12jam!! Belom pun hilang penat, tiba-tiba baju pulak buat pasal. Tak seperti yang aku harap dan bayangkan. Moral of the story, jangan terlalu mengharap. Nanti kalau tak jadi seperti apa yang kita harapkan, pasti rasa kecewa gila. Dan kekecewaan itu buatkan aku beraya tanpa baju raya.
Ini bukan baju raya saya. Sekian!
Perkara itu betoi-betoi mengganggu mood aku nak menulis sekarang ni. Oleh itu, sampai sini saja. Nanti aku sambung. Chow!
Muka-muka mangsa bas rosak.
bila masalah orang lain turut babitkan kita sama, adakah masalah itu masalah kita jugak?
1 komen:
mmg plg xbest bila bas rosak..pastu kena la duk tnggu kt c2..
Post a Comment