Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

12.10.1986 – 12.10.2010

Tuesday, October 12, 2010


"Hepi Besday Anie! Semoga panjang umoq, murah rezeki, bahagia dunia akhirat & cepat dapat jodoh"

Tu la antara isi penting ucapan dari kawan-kawan. Terima kasih untuk semua! Tak tau pasai apa rasa terharu sangat. Kira ayaq mata bertakung la.

Harapan aku ~ jadi lebih baik dari semua aspek. Di ampunkan dosa-dosa sepanjang hidup di dunia ni. Berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Mendapat jodoh yang di redhai. Semoga masih berkesempatan sambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 dan seterusnya. Amin.

*****

Sampai ja opis pagi tadi, belom pun sempat aku duduk. Tiba-tiba bos dah jerit

"hepi besday Siti!"

Time tu beliau sedang bertungkus lumus nak buat nasik ulam. Special for my besday! (Perasan sendiri) Haha. Bos aku memang suka masak dan aku suka makan. Kena sangat la tu. Simple je resipi nasik ulam ni. Nak try boleh la.

Resipi nasik ulam:
Nasik yang dah sejuk
Macam-macam jenis ulam (ikot suka la nak letak ulam apa pun)
Bawang merah/bawang besaq
Kerisik
Ikan masin /udang kering
Garam

Cara nak buat:
Gaulkan sume bahan-bahan di atas sampai sebati yakni tak dak nasik yang berketul. Oh, ya. Ulam dan bawang tu sila hiris halus dan mulus ya. Tak la tercekik bila makan. Ikan masin tu jangan pulak hantam bubuh sekoq. Tumbuk biaq hancoq. Udang kering pun sama. Kalau masih tak masin, tambah garam sket. Siap untuk di makan!

Selamat mencuba =)


Tak sempat nak jamah nasik ulam tu, Ina ajak pi bekfes plak. Melantak roti teloq + teh tarik. Makan-makan, sembang-sembang, gosip-gosip tengok jam dah pukui 8 lebih. Haha! (pada hal masa keja mula pukui 7.30 pagi)



Balik dari bekfes, tengok atas meja, ada plak hadiah. Dari kak Adzwa rupanya. Hehe. Ada jugak yang sudi bagi hadiah.


Tak sampai tengahari, perot dah lapaq balik. Nafsu makan saya tengah membuak-buak sekarang ni. Tanda-tanda cik P nak mai melawat. Kemudian, Haslina bagi cadangan yang tak mampu saya tolak. Pi cari makan kat Alamanda. Cari waffle A&W yang saya mengidam dua tiga hari ni. "Macam orang mengandung plak Anie ni" komen Ina dan Haslina. Saya hanya mampu tersengih.


Inilah dia 7frutti wonder waffle A&W yang aku idamkan. Kena plak dengan root beer float. Gandingan ideal yang buat aku terpaksa tahan muntah sepanjang jalan nak balik opis. Muak gila kot makan banyak sangat eskrem!

 
Inilah dia coretan hidup di hari lahir aku yang ke-24.

 
Apa rasa umoq dah bertambah?
Saya rasa tua. Serius!

*****

Awat dok pulun tunggu besday wish dari orang tuh?? Macam *&^%$$%^^ la hang ni Anie oiiii~~!!

1 komen:

diriku said...

hepi birthday :) semoga pjg umur n murah rezeki