Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Hadiah Mee Goreng Versi Bajet Ciput

Saturday, October 2, 2010


Salam. Selamat pagi!

Hm, semalam BPK adakan perhimpunan bulanan. Sekali dengan jamuan raya. Wah, makan free lagi ye! Tak nak cakap pasai makan. Makanan tak best sangat pun. Kecewa!

Buat pertama kali nya aku dapat bertentang mata dengan pengarah baru BPK iaitu Datu Dr Hj. Julaihi Hj. Bujang. Bertentang mata di sini bermaksud aku buleh tengok anak mata beliau, beliau pun buleh tengok anak mata aku dalam jarak dekat. Selama dia mula bertugas sejak Julai lepas, sekali pun aku tak pernah nampak rupa paras beliau. Sekali dah jumpa, nah hambek! Siap lawan usha lagi. Hahaha.

Sebagai bos baru, banyak pembaharuan yang beliau rancang. Dari integriti, cara kerja sampai la ke penampilan penjawat awam. Kata-kata beliau buleh tahan jugak berapi nya. Penuh sinis. Banyak benda yang dia komen. Tapi ni je point penting:
  1. Amalkan 3E – Economy, Efficiency and Effectiveness
  2. Elakkan 3P – Pembaziran, Pemborosan dan Penyelewengan
Dah cukup. Aku nak tayang gambar pulak.




Taraaaa!! Aku suka cd itu. Hadiah besday ku yang bakal tiba. Time amek hadiah ni la aku bertentang mata dengan beliau. Huhu.


Beliau.

*****

Dan pagi ni aku terlebih rajin. Aku masak mee goreng versi bajet ciput untuk sarapan. Hehe.



Curahkan mee kuning ke dalam bahan-bahan perasa (bawang putih, cili boh, kiub ikan bilis, kicap, garam) + sayur-sayuran (kubis + sawi) + fishball (ni je yang mampu)


Kacau sebati sampai masak.


Dah siap! Telur mata kerbau sebagai pelengkap.


Juadah sarapan aku pagi ni. Jom makan!

******

Hari ni cukup 14 tahun aku kehilangan ayahanda tercinta. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

:'(






3 komen:

NER said...

wa..mata bertentang makin lama makin sayang! ceeewah! sedap nya mee tu,nnti aku pi umah ang sila jamu juadah itu yea~~Semoga Ayah ang dimasukkan dlm golongn org yg beriman :)

diriku said...

he2..amalkan 3P, jauhkan #e..gerenti Bos mengamuk..ha2

CikSpek said...

ekmi>sayang la sgt!pandangan mata slalu tertipu.tak sedap pun mee tu.hahaha.ok,len kali aku masak kat hang no.

begitu la hendaknya.sedekah al-fatihah utk arwah ye ekmi.tQ ekmi.

diriku>pasai slalu dok amal 3P la yg kena buat p'baharuan tu.hehe~