Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Bila masa kita akan kembali jangan dipersoal. Andai sudah tiba waktunya nanti, tidak Allah lambat atau cepatkan walau seminit. Kita semua akan pergi. Pergi yang tak mungkin kembali. Kerana mati itu pasti.
Untuk pengetahuan semua, anak sedara aku Nurul Iman telah kembali kepada pemilik nyawanya pada petang semalam (17 Januari 2011) dan selamat dikebumikan selepas isyak. Terima kasih rakan-rakan yang turut bersimpati. Terima kasih rakan-rakan yang sudi buat aku tersenyum lagi. Terima kasih!
Bila teringat wajah comel Iman bertocang, aku tersenyum sendiri. Bila terkenang pandangan redup Iman, tetiba terasa sayu di hati.
Semoga Iman tenang di sana. Bakal penghuni syurga Insyallah.
Al-Fatihah.
p/s : Ada yang pernah cakap, "tak habih-habih dengan anak sedara dia". Kalau nak tau, anak sedara tu dah sama taraf dengan anak bagi aku tau! Kalau tak tau, tunggu ada anak sendiri.
1 komen:
hurm...takziah
Post a Comment