Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lirik Lagu Takhta OST KL Gangster

Wednesday, June 8, 2011


Di mana tempat adanya kuasa
Di situ juga adanya angkara
Di mana ada namanya manusia
Di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
Dan yang gagah ingin terus berada di atas

 

(*) Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengelar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

 

Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudara ku
Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
Peduli apa katamu, peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus
Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
Cuma hanya ini yang ku mahu

 

Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bernyawa
Aku sudah berada di atas takhta

 

(*)

 

Saudara ku, yang berada disekelilingku
Saudaraku, yang sanggup menempuh maut dgn ku
Saudaraku, yang hidup mati bersama aku
Saudaraku, yang telah gugur kerana aku

 

Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
Kerana kuasa aku hampir binasa
Hampir ku hilang nyawa, hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula
Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua

 

Supaya aku sedar
Supaya tak mudah lagi lupa
Supaya tak mudah megah
Dan di atas pasti kebawah

 

Giliran di bawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya
Untuk menimpa mengambil alih takhta
Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa
(*)

 

p/s : whatever! *gaya Nabil*

2 komen:

kella said...

ouhh... liriknya menarik tertarik untuk mendengarnya..

M Fizan said...

x sabar nak tengok..hehe

feel free to follow me too dear.. #94 :)