Comey kan? Senang ja nak buat ni. Cewah, senang la sangat! Ok, mari kita lihat apa yang diperlukan untuk membuat seekor itik oren yang cute ini.
Bahan:
3 biji oren
Sebiji anggur hitam
Carrot
Beberapa bilah toothpick
Pisau
Cara membuat:
Sebiji oren diperlukan untuk membuat bahagian kepala itik. Buang sedikit bahagian kulit limau untuk membentuk mata putih seperti dalam gambar diatas.
Sebiji anggur tadi dibelah dua untuk buat mata.
Sebiji oren lagi untuk buat bahagian badan.
Sebiji oren untuk buat sayap dan jambul itik. Guna bahagian kulit saja.
Paruh dia guna carrot. Pastikan carrot tu saiz dia tak gedabak sangat. Kang jadi macam bibir terlebih kolagen plak.
Gabung bahagian-bahagian tersebut guna toothpick. Tapi sayap dan jambul sila guna kaedah selit-selit. Tengok la gambar kat atas untuk gambaran jelas. Kalau tak jelas, tanya ja la. Aku malas nak menaip.
p/s : Ini hasil usahasama aku dengan boss. Boleh la guna idea ni time kenduri aku nanti nih. Haha. Bila tahun pun tak tau laaaa.
3 komen:
sangatlah comel.. nak makan pon sayang
comey gilos! tak sangka ang ada bakat ni
hahaha
kreatif
:-)
Post a Comment