Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Aidil Adha Sendiri

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha semua. Buat kedua kalinya aku sambut raya korban di perantauan. Kali pertama masa di Terengganu dulu. Masih ok ketika itu sebab ada rakan yang menemani. Awal pagi siap masak rendang bagai. Kemudian keluar melepak sekitar bandar Kuala Terengganu.

Tapi kali ini, agak sadis kerna daku sendirian. Plan asal memang aku nak balik beraya di kampung. Memikirkan masa yang sangat singkat akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak pulang kali ini.

Mak aku pun dah janji nak buat ketupat time aku balik 17hb nanti. Terima kasih mak. Agak sedih jugak la dengaq mak cakap

“Takdak sapa la raya kali ni. Mak pi masjid pintu rumah kena kunci la”

“Mak buat ketupat rendang ja. Kuih pun ada la sket-sket. Mak tak masak apa dah”


Sayu jugak hati. Sebab selalunya aku la yang bertindak sebagai tukang masak dan menguruskan hal ehwal dapur. Takpa mak, nanti saya balik ye.

Pagi ni bangun awal pagi terus terjah dapur. Sediakan juadah untuk santapan perut yang tak terisi sejak tengahari semalam. Mana taknya, balik kelas terus membuta sampai malam. Bila malam tak rajin dah nak masuk dapur dengan kepeningan yang sangat teruk. Maka terus sambung tido sedar-sedar dah pagi raya. Selamat hari raya!




Juadah ringkas di pagi raya.



p/s : Korbankan masa balik kampung untuk belajar. Markah test hari tu sangat teruk. Sila insaf!


0 komen: