Satu ketika dulu aku ada coretkan pesanan ringkas atau aku istilahkan ianya memo seperti tajuk lagu Yuna ini untuk yang tersayang. Aku persembahkan dalam bentuk tulisan tangan walaupun buruk yang penting lahir dari hati yang tulus ikhlas. Kata-kata itu aku coretkan atas kertas yang pada asalnya aku berniat mahu melipat-lipat menjadi lucky star. Tapi akhirnya aku gulung begitu saja sebab dah lupa step nak melipat. Kemudian gulungan kertas tersebut aku sumbatkan dalam botol kaca. Dengan semangat aku menulis memo dan isikan dalam botol tersebut, dengan harapan yang tersayang itu dapat membaca sekeping memo sehari sebelum tido. Indah betol harapan aku.
Macam ni la yang aku cuba usahakan dulu
Tapi sayang itu semua tak kesampaian. Belum sempat penuh botol ku isi, belum sempat botol bertukar tangan, ada berita lebih 'indah' yang aku terima. Maka, ke tongsampah saja memo romantik itu semua bersama kenangan yang tercipta. Yang tinggal hanya botol kaca. Kehkehkeh!
Kaedah lain yang aku guna untuk luahkan rasa hati guna memo jugak. Guna kertas lipat-lipat bagi jadi bentuk Love. Kemudian selit la kata-kata yang nak diluahkan itu. Hehe. Camna nak buat? Nah, sila terjah sini ---> Video lipat kertas
Boleh jugak try buat camni untuk mak ayah ka, adik-beradik ka, kawan-kawan pun okey. Tak semestinya kekasih. Ye dak?
p/s : Cinta usia remaja aku memang macam tu la. Semua nak gigih!
0 komen:
Post a Comment