Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kembara ke Kota Tinggi

Friday, July 16, 2010


Ok, kisah Kota Tinggi akan aku ceritakan kali ni. Pada sepertiga malam, aku dan ecah dah mulakan pengembaraan dengan semangat gigih. Ecah kul 3 pagi dah bangun, sedangkan aku masih membuta dengan enak sekali. Letih wei!

Oh, lupa plak. Malam tu sejurus aku siap mengemas bilik, Ecah pun tiba. Kami menuju kedai makan untuk mengisi perot agak tak terus mendendangkan lagu ghazal untuk rabiah. Kemudian terpandang pompuan cantik kat depan dok belai-belai rambut dia yang panjang mengurai. Sexy! Tapi aku tak tergugat langsung, sebab pompuan sexy itu bukan pompuan sebenar. Hahaha!

Pukul 4.30 pagi pada 10Julai2010, pengembaraan aku dan Ecah bermula! Saki baki mengantok masih ada. Kesannya, aku tidoq sepanjang jalan dari Putrajaya ke Ayer Keroh, Melaka. Sorry Ecah, aku tak mampu menjadi co-pilot yang berjaga. My bad.

Untuk pengetahuan umum, kami masing-masing tak tau mana rumah pengantin tersebut. Dan lebih hebat lagi Ecah lupa bawak kad kawen yang ada peta penunjuk arah. Jadi boleh la bayangkan kehuruharaan pengembaraan kami berdua. Teringat Lianah, mungkin dia buleh bantu bagi petunjuk. Alhamdulillah, dapat sket gambaran. Cari penanda arah ke Mersing. Tak lama lepas tu, nampak signboard ke UHTM Mersing. Hah! Betapa seronoknya kami ketika itu. Barangkali kami tak sesat. Sangkaan aku mungkin UHTM Mersing tu terletak di Mersing. Kalau korang camne? Sama pikiran macam aku tak? Haha. Tak sangka aku, sangkaan aku tu salah belaka. Kami bukan menuju ke Mersing tapi dok tala pi Batu Pahat! Naseb baik ada GARMIN NAVIGATOR ku sayang.


Navigator tunjuk arah ikot highway, tapi kami yang konon-konon nak adventure tuju kot jalan jauh. Hijau mata memandang tengok ladang-ladang kelapa sawit yang terbentang luas. Sambil tu dok hapai nama felda yang ada sepanjang jalan. Ala-ala orang tak berumah, kami salin baju kat jalan je. Lebih tepat, kat toilet stesyen minyak. Beberapa jam lepas tu, sampai la kami kat rumah kenduri.






Baru lepas melantak! Sedap. Tak sia-sia pi Kota Tinggi semata-mata nak cari nasik kenduri. Hehe.




Ambek berkat sedia, tapi tanda-tanda keberkatan tu dah di serap belom kelihatan. Haihhhh~

Posing terakhir sebelum balik.

Sebelum kembali pulang ke KL, sempat jugak melilau di JB. Danga Bay sekadar jadi tatapan mata saja. Hujan membantutkan niat untuk singgah menjejakkan kaki di situ. Nak jumpa Ekmi pun tak sempat. Dah puas melilau, kami berambus!

Akhirnya sampai jugak aku kat Johor. Umoq dah 24 baru habih jelajah satu Malaysia. Huhu.


 
Beras bario ku yang diambil orang tu dah di kembalikan. Yeay! Buleh main masak-masak.


 

0 komen: