Salam.
Aku dah lama kehilangan keinginan nak menulis. Tapi hari ni aku gagah jugak. Kalau hasil tulisan sket macam sampah sarap, mintak maap ek. Mula-mula aku nak ceghita kisah Miri.
6 Julai 2010 (tu dia aih,punya la lama!)
Ke Miri dengan angkatan barisan kami ~ Pn.Zainon, Pn.Adzwa, En.Kamarul & aku. En.Hashimi dah tak mau join kami. Sobs sobs. Tak la, dia sambung belajaq kat UKM. Sampai je Lapangan Terbang Miri, ada wakil hotel sambut ketibaan kami. Baguih betoi hotel ni. Jaga customer sampai tara tu la.
Inilah barisan kami : en.kamarul azlan, pn.zainon (bos ku), pn.adzwa & aku
Dah siap check-in bilik, si Everett Wilson bagitau dia punya General Manager nak belanja makan. Wow! Buat pertama kalinya, GM hotel dok sembang semeja dengan geng-geng urus setia. Kalau kat semenanjung, tak yah harap GM nak belanja kadang-kadang nak jumpa sales person pun punya la susah. Yang paling aku menyampah, kalau receptionist perangai macam bagos. Kerek semacam! Tapi alhamdulillah, Hotel Dynasty Miri yang kami dok berkampung selama 4hari 3malam tu memang terbaikkkk!!! ;)
Kenyang la kami melantak free petang tu. Hehe.
7 Julai 2010
Rutin biasa, keja dari pagi sampai petang. Sesi malam dibatalkan! Yes! Buleh pi ronda-ronda. Hehe. Destinasi terjahan kami ~ pasar Tamu Muhibbah!! Time kami pi, pasar tu dah nak tutup pun. Tapi sempat lagi memborong.
Balik bilik, aku tidoq keletihan.
8 Julai 2010
Masa keja kul 8 pagi sampai 5.30 petang. Hari ni Mr.Dennis (si GM hotel) dan Everett (PR) nak belanja kami lagi. Makan seafood sambil tengok sunset!!
Nak tengok gambaq, klik sini ----> KAMI
Terima kasih encik-encik yang baik hati.
9 Julai 2010
Hari terakhir di Miri. Sebelum balik, kami sempat lagi meronda pasar Tamu Muhibbah buat kali yang kedua. Aku dengan pulunnya beli sayoq midin yang glemer itu (sila google search sendirik kalau tak kenai). Tak pasai-pasai kena gelak dek cikgu-cikgu. Maklum la aku ni kali pertama pi Miri, tengok pulak sayoq mayoq yang segar bugar, mana leh tahan! Nanas pun aku angkut bawak balik semenanjung. Hehe. Kak Non dengan Kak Adzwa lagi power, siap beli petola lagi! Haha. Lagi la syok cikgu-cikgu tu dok bergelak.
Sebagai buah tangan kami dapat la sorang 2kilo beras bario. Sungguh aku tak tau nak masak macam mana beras ni. Nak elak dari aku masak nasik lembik atau nasik yang tak masak, aku akan buat buboq nasik. Bernas tak idea aku? Hehe.
Hah! Ada ceghita jugak pasai beras ni. Kotak yang kami sumbat sume bahan makanan tu tiba-tiba buleh plak tak munculkan diri kat airport! Mana pi pulak beras ku itu. Punya la semangat nak masak buboq, buleh plak hilang. Beras bario ku di ambil orang. Sobs sobs. ;'(
Aku pulang ke rumah dengan sedikit kecewa. Aku buat aksi berani mati dengan balik naik teksi sensorang di malam hari. Tak putus-putus aku baca ayat kursi sepanjang perjalanan. Takot aku tengok pakcik teksi tu. Tengok muka pun aku dah agak dah, bahwasanya pakcik itu seorang laki gatai! Jadi aku hanya mendiamkan diri. Hanya jawap ala kadar saja pertanyaan pakcik gatai itu. Kalau aku lebih-lebih, syok la pakcik tu nak menggatai dengan lebih hebatnya. Tolong la pakcik oiii!! Dah la teksi kamu itu sangat 'wangi' dengan bau rokok celaka. Memang aku dah tak leh bau rokok sekarang ni, nak meloya. Bluekkkkk~~!!! Sampai je rumah, pakcik tu pulun kata
"Kalau ada jodoh, buleh la saya belanja awak makan nanti"
See?? Tekaan aku memang tepat!! Sepatah haram pun aku tak cakap. Senyum kelat je terukir di bibir. Dalam hati, pakcik gatai tu kena sumpah seranah maki hamun berkandaq dengan aku.
Tak dan nak hilang letih, aku berusaha mengemas bilik sekemas mungkin. Haha. Ada orang nak mai rumah baru semangat nak kemas bilik. Keesokan harinya (10 Julai 2001), aku dan Ecah akan menerjah Kota Tinggi. Yeah!!
Kisah Johor akan bersambung di next entri…..
0 komen:
Post a Comment