Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Ku Pendam Sebuah Rindu

Monday, July 26, 2010


Dulu…
Aku hanyut di buai rasa,
Tak pernah ku fikir akan bahananya,
Apa yang ku tahu hanyalah keseronokan tanpa batasan.
Namun…
Pabila usia kian mengijak masa,
Barulah ku mengerti,
Betapa ruginya aku.
Kini…
Akan cuba ku cari kesempurnaan diri,
Walaupun ku tahu kesempurnaan hanya milikNYA jua.
~aku edit Karya Mr.M..ngeh3~

 
Apa yang aku nak mengarot ni mungkin tak dak kaitan sangat dengan benda-alah kat atas tu.

"Nampaknya saye je yang rindu awok"

Kata-kata ni tubik sebab aku tak pernah pun taip "miss u" di akhir mesej aku.
So what??
Bagi aku lebih baik perasaan tu wujud sebagai perasaan yang nyata daripada perasaan itu hanya wujud
dalam rupa bentuk perkataan yang langsung tak bermakna.

 
Pendapatan aku ni jelas bertentangan dengan fakta yang mengatakan kita perlu zahirkan perasaan kita
dengan selalu mengucapkan kata-kata manis bak madu (tapi tak sume madu tu manis..teettt!!) seperti
"saya sayang awak" @ "saya rindu awak" dll perkataan romantis yang ada dalam kamus cinta korang.
Tak pun, tunjukkan perasaan korang tu melalui perbuatan.

Amaran keras: Perbuatan yang halal sahaja!!!

 
Dulu, aku pun spesis macam tu jugak. Kalau rindu, mesti sungguh-sungguh bagitau kat mamat-hampeh tu. Tak sah kalau tak dak perkataan miss u, love u sayang di akhir mesej atau phone call. (euwwww~~ gile gediks aku ketika itu!) Begitu juga dirinya. Bersayang-sayang bagai nak rak, tapi akhirnya apa yang hado??
Kata-kata mamat-hampeh tu hanya sekadar perkataan tanpa perasaan. Hampeh kan? Macam haremmmm!!

*Mula la aku nak emo*

 
Oleh sebab itu,
Sekarang aku jadi lebih berhati-hati dengan bicara manis.
Tak mau bicara manis tu menghiris kalbu aku sekali lagi.

 
Tiada ungkapan sayang dan rindu, tak semestinya tiada perasaan itu
&
ungkapan sayang dan rindu yang selalu kedengaran itu, boleh jadi perasaan palsu!

 
"Sebenarnya saye malu-malu kucing nak ngaku dengan awok. Jadi saye pendamkan saja rindu itu"
Hikhik!
>.<

 

0 komen: