16 Julai 2009 -----> 16 Julai 2010 ~ Setahun di BPK!! Cepat betoi masa berlalu. Terasa seperti baru semalam aku lapor diri.
Macam-macam pengalaman, pengajaran dan iktibar yang aku dapat selama setahun di BPK. Teringat pada hari pertama jejak kaki sebagai seorang pekerja. Ye, memang aku sangat bersopan santun dan malu-malu kucin time tu. Tapi mesti buat-buat yakin diri. Hari pertama, aku dah dapat tugasan. Unit mana aku dok pun tak tau lagi masa tu. Saja nak menguji aku yang tak pernah bekerja. Muahaha! Sinonim dengan seorang yang bergelar penganggur selama setahun, aku sedikit terkulat-kulat bila pertama kali kena buat LO. Memang kelakau gile. Pada hal senang je pun benda tu. Sebab tak pernah tau apa itu LO, jadi macam perak ulu la sket. Tapi tu kisah setahun lepas. Hehe.
Setahun lepas jugak bila pertama kali jumpa bos aku, Pn.Zainon aku dah mula cuak. Nampak macam garang. Dan memang betoi, bos ku garang dan tegas! Tapi baik hati dan penyayang.
Kesimpulannya, aku sayang BPK dan sume warga sektor Sains dan Matematik terutamanya warga unit Sains Teras!!
Hadiah dari warga unit Sains Teras. Bukan sempena setahun di BPK, tapi hadiah untuk aku yang konon-konon tak dapat sambung kontrak hari tu. Hehe. Disebabkan dah beli maka bagi jugak la memandangkan dah nak posa tak lama lagi. Buleh buat baju raya. TQ!!
Apakah akan ada tahun kedua di BPK??
Apakah akan ada tahun kedua di BPK??
1 komen:
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment