Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Di Buang Oleh Setan Manusia Di Dunia, Tapi Kau Wildan Mulia Di Syurga

Saturday, August 21, 2010


Salam.

Seperti kita sedia maklum, setan-setan durjana itu telah dirantai kesemuanya sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Jadi yang tinggal hanyalah pengikut-pengikut tegar. Pengikut-pengikut ini lah yang menjalankan tugas-tugas setan sepanjang tempoh sebulan umat Islam berpuasa. Atau lebih hebat lagi, mereka mengambil alih kedudukan setan dengan memegang gelaran setan manusia! Astagfirullah Hal'azim. Aku bukan nak ceramah sebab aku tau aku pun bukan baik sangat. Tapi sedang berusaha menuju ke arah memperbaiki kelemahan diri. Astagfirullah Hal'azim! Astagfirullah Hal'azim! Astagfirullah Hal'azim!

Apa yang buat aku beristighfar panjang?? Kalau selak surathabaq sepanjang bulan posa ni, dah berapa banyak kes buang bayi comey yang dilaporkan?? Berapa banyak kes suami dok buat celaka kat isteri dan anak-anak?? Dan ada jugak kes tak posa & tambah dosa lagi dengan berkhalwat!! Inilah kelaku setan-setan manusia tersebut. Kalau selalu buat salah, kita cakap sebab hasutan setan. Tapi bulan posa ni tak dak setan kot yang dok hasut. Jadi, sapa yang lebih setan dari setan sekarang nih??

********

Cakap pasai kes buang bayi comey ni, aku jadi sayu dan pilu bila tengok keadaan bayi yang tak berdosa tu. Ada yang dibuang dalam tong sampah, campak dalam sungai, tinggal merata-rata, dalam toilet la dan ada jugak yang sanggup pi tanam bayi comey depa sendiri. Kalau sebut baby, aku ingat comey ja. (Tapi ada
jugak yang ingat Justin Bieber bila sebut baby. Hehe.)



Aku perasan ramai jugak blogger yang tulis entri pasai kes buang bayi (aku pun tak terkecuali). Pernah jugak aku dapat satu email sajak tentang suara hati baby yang bertajuk "Adik Cuma Nak Tanya Ibu, Kenapa
Begini Jadinya? (cinta Feb)" dan yang terbaru ada pulak yang buat movieclip dengan sajak tu. Masing-masing ada cara sendiri untuk respon dengan masalah yang sedang melanda negara sekarang ni. Tapi aku sangat tak sampai hati nak tengok gambar-gambar yang menyayat hati tu. Kesian! Kalau boleh tak perlulah kot letak gambar-gambar bayi tu. Aku tak boleh tengok. Kesian sangat! Walaupun aku ni rock otai dan ganas bukan pompuan ayu, tapi naluri keibuan yang ada dalam diri aku ni buatkan aku tak sanggup nak menatap bayi comey dalam keadaan yang sadis macam tu. Dengaq budak-budak menangis pun hati aku dah sebak semacam. Tolong la jangan buat aku meraung. Tolonglah!


************
Sambil borak-borak dengan Haslina dan kak Aida, aku usha Harian Metro. Terkejut aku tengok ada lagi kes buang bayi. Kali ni kat Melaka pulak. Rasa macam nak menangis je masa tu. Sayu sangat. Jadi aku mula la buka topik perbualan.

p/s : Aku tak pandai nak tulis dengan bahasa yang indah. Kalau ada salah silap atau bahasa yang tak kena, aku mintak maap siap-siap.

Aku : Kak Aida, orang kata baby yang meninggal kecik-kecik ni akan bagi syafaat dekat mak dia di akhirat kan? Yang saya tau, kalau mak bapak beramal soleh. Tapi kalau mak bapak yang dok buang bayi ni camne pulak?

Kak Aida : Haa.. sama jugak.

Aku : Ya ka?? (Tanya macam tak puas hati je)

Kak Aida : Budak-budak yang meninggal sebelum baligh ni akan duduk di satu taman di depan pintu syurga. Rasulullah panggil anak-anak ni dengan panggilan wildan. Dan wildan ni di jaga oleh Nabi Ibrahim a.s.

Aku : oooooo… (sambil angguk-angguk kepala sket)

Kak Aida : Suatu hari Rasulullah bertanya kepada wildan kenapa mereka tidak berada di dalam syurga. Lantas wildan menjawab, "Ya Rasulullah, kami menunggu ibu-ibu kami untuk masuk syurga bersama-sama"

Aku : Mulianya anak-anak kecil ni.

Kak Aida : Kemudian wildan pula bertanya, "Ya Rasulullah, dimanakah ibu kami?" Di saat Rasulullah memberitahu ibu mereka berada di neraka, sedihlah wildan ini. Sejak itu wildan tak putus-putus meminta dan memohon pertolongan Rasulullah untuk berjumpa dengan ibu mereka. (Part ni kak aida memang terbaik! Macam pelakon tu. Hehe.) Dengan syafaat Rasulullah, baginda meminta keizinan Allah untuk mengeluarkan ibu-ibu wildan tadi dari neraka. Maka dengan izin Allah, Rasulullah akan menggunakan jarinya (macam nak buat jemput-jemput tu) untuk mengeluarkan sejemput ibu wildan dari neraka.

Ani : Subhanallah!! Kiranya yang mana termasuk dalam jemputan jari Rasulullah tu je la yang dapat masuk syurga dengan anak diorang ek?

Kak Aida : Ya, masa tu lah nanti ibu-ibu ni akan rasa penyesalan yang amat sangat.

Kemudian masing-masing sepi. Berfikir sejenak.

Kak Aida : Hm, korang pernah tak dengar yang semua umat Islam akan masuk syurga?

Aku : Pernah! Pastu yang saya tau nanti akan ada tanda di dahi. Tanda tu macam cop yang menujukkan pernah terima seksaan neraka. Dan umat Islam yang ada tanda tu akan rasa sangat rendah diri dan malu dengan ahli syurga yang lain.

Kak Aida : Betul tu. Semua umat Islam akan masuk syurga tapi selepas menerima balasan di neraka. Allah tu Maha Adil. Dia akan bagi sume umat rasa nikmat dari-Nya. Sebelum masuk syurga, ada satu lagi proses pembersihan. Semua umat Islam akan dibersihkan dalam telaga khausar untuk membuang segala kotoran dan bau busuk dari neraka. Selepas selesai, dahi akan dicop. Tu la yang Ani kata tanda tadi tu.

Haslina : Kat dalam syurga sume umur 33 kan?

Kak Aida : Setengah usia (kalau tak silap la). Maksudnya separuh dari usia Nabi masa dia wafat. Nabi wafat masa umur 63 tahun. Kalau separuh usia kira-kira lebih kurang macam tu la.

Ani : OOooooo.. (nampak sangat tak tau) Patot la ada orang tua zaman Nabi dulu sedih bila nabi sebut tak dak orang tua dalam syurga. Hehe.

Kak Aida : Betoi3! Ada hadis pasal tu.

Pastu aku dah tak ingat apa lagi kami borak. Yang pasti berbalik kepada kes buang bayi. Kalau ada fakta salah, sila betulkan aku. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui.


2 komen:

NER said...

anie, entry plg berilmu ni..byk ilmu yg didapati. n kes buang baby sgt byk gaks..terok r zmn skang..org yg buat camni lg teruk dr setan..

CikSpek said...

tiap2 hari kot ada kes..tanda2 akhir zaman..