Terima kasih kawan-kawan. Kerana kalian aku buka posa berteman.
~Sabtu ku~
Plan asal nak buka posa sekali dengan Leen dan Ecah, tapi Leen tetiba pulak balik kampong. Jadi tinggal la aku berdua dengan Ecah. Aku punya idea bernas bagi cadangan buka posa kat tempat best-best. Contohnya hotel ke, restoran sedap ke, kat tempat mahai-mahai la pendek cerita. Haha. Aku bosan asyik makan sensorang mengadap makanan yang beli kat bawah flet aku tu je. Sekali-sekala nak gak makan best-best. Hehe. Misi mencari tempat pun bermula. Banyak gak tempat yang di survey tapi last-last hari Khamis tu aku try tanya En.Fauzi dari Quality Hotel sebab awai posa hari tu dia sibok dok tanya nak beli voucher buka posa tak. Perbualan kami adalah seperti berikut:
En.Fauzi : W'salam. Ye saya. Hehe.
Aku : Hm, saya Siti dari BPK. Saya nak tanya pasai voucher buka posa tu, masih ada ke?
En.Fauzi : Alaaaa, dah habis jual la cik Siti.
Aku : Ye keee (dengan nada kecewa sekali)
En.Fauzi : Ada nak buat function pape ke? Bila tu ye?
Aku : Tak lah. Personal punya. Dua orang je pun. Saya dengan kawan saya. Sabtu ni boleh?
En.Fauzi : Owh, okey. Cik nak datang dengan suami ke?
Aku : (cis! Betoi-betoi makan dalam siot!) Suami?? Saya dengan kawan saya.
En.Fauzi : Macam ni ye cik Siti, esok saya call balik.
Aku : Okey. Bye!
Oh, kecewa betoi aku masa tu. Tapi dengan pengharapan aku berdoa semoga ada rezeki untuk aku dan Ecah. Selang beberapa minit, tepon aku berdering. Harap-harap ada berita baik. Hehe.
En.Fauzi : Cik Siti, voucher tu memang dah habis. Tapi tak pe, kami belanja.
Aku : Haahh??!! Ulang sekali lagi.
En.Fauzi : Kami belanja. Sabtu ni cik Siti datang bawak diri je.
Aku : Betoi ke ni? Terima kasih ye En.Fauzi.
Hehe. Tersengih-sengih aku sensorang. Yeay, dapat makan free!! Dan-dan tu jugak aku khabarkan berita baik itu ke Ecah. Tiba hari itu (sabtu), apa lagi melantaklah aku dan Ecah sepuas-puasnya. Tapi aku rasa Ecah kot yang makan lagi banyak dari aku. Haha. Aku tak tipu okey. Ni ha buktinya!
Ni je aku makan. haha. ;p
Memang terbukti lah Ecah makan banyak dari aku. Muahahaha!!! Orang tak posa memang macam tu kot. Ngeh3~!! Tapi part yang paling best adalah
'
'
'
'
'
'
'
Ecah jadi mak!! Huhu.
~Ahad ku ~
Kak Ayu tetiba ajak berbuka di Alamanda. Pucuk di cita ulam mendatang! Makan best lagi. Tengok je la gambaq kat bawah ni.
Aku dan Fiza
Sekian. Itu saja kisah sedapnya hujung minggu saya. Tak sabaq nak tunggu sedapnya minggu depan plak. Hihi.
Sekian. Itu saja kisah sedapnya hujung minggu saya. Tak sabaq nak tunggu sedapnya minggu depan plak. Hihi.
0 komen:
Post a Comment