Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Suara itu Buat ku Terganggu

Thursday, August 12, 2010


Dua tiga hari kebelakangan ni, telinga aku asyik berdesing je. Sakit siot! Ni sume gara-gara ada suara sumbang yang mengganggu deria pendengaran aku. Bukan suara sumbang ketika menyanyi yang aku maksudkan. Ini suara yang ada unsur gedik-gedik. Aku memang tak leh tahan kalau ada orang laen yang cuba nak menggedik lebih dari aku. Pantang keturunan tok nenek! Hahaha. Macam la tok nenek aku keturunan menggediks.

Aku paham kau pompuan ayu, lemah lembut, sopan santun dan lain-lain sifat mulia. Senang cerita ala-ala pompuan melayu terakhir gitu. Sifat-sifat kau tu memang berbeza dengan aku. Tapi apa guna kalau kau yang nampak macam malu-malu alah tu lebih tak malu dari aku yang sah-sah bukan pemalu.

Kadang-kadang kalau aku diam tu bukan bermaksud aku malu. Tak. Tak. Aku tak malu pun. Aku tak dak buah fikiran yang bernas sebenarnya ataupun aku simpan kata-kata dalam hati je. Takot gak kalau aku terlepas cakap. Ada plak yang makan hati kang. Hehe.

Kadang-kadang tu plak aku nampak macam malu-malu kucing bila cakap dengan laki. Langsung tak tengok mata. Tunduk je. Sopan kan? Hakhak! Tapi jangan tertipu dengan lakonan itu. Ada sebab kenapa dan mengapa aku bertindak demikian. Pastilah bukan sebab aku malu. Tapi lebih kepada menyampah. Sumpah, aku menyampah dengan laki gatai!! Orang kata kuang ajaq kalau cakap tak tengok mata orang yang kita tengah bercakap tu. Hek, ada aku kesah??!

Oh, lupa plak. Aku nak meluahkan ketidakpuashatian aku pasai orang laen sebenarnya. Bukan pasai ketakmaluan aku. Huhu. Sambung balik.

Aku tau kau pompuan lemah lembut. Jadi tutur bicara dan butir percakapan pun mestilah lemah lembut jugak kan. Baru kena gaya! Bab lemah lembut kau ni la yang buat aku terganggu. Dengan suara manja-manja tambah gelak tawa ala-ala Rozita Che Wan sudah cukup buat aku rasa menyampah. Kalau kau cakap dengan aku, tak dak la plak suara manja-manja gedik itu. Tapi bila bergayut dengan pakwe kau, mula la kau bersuara sebegitu. Nampak sangat!! Tak boleh ke kau cakap macam biasa tanpa ada unsur-unsur yang menggelikan jiwa raga aku?!

Memanglah kita tak dilarang untuk berbicara dengan kaum adam, tapi ada batasannya. Tidakkah kau tau bahawasanya kaum hawa dilarang untuk berbicara dengan suara manja, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan keinginan kaum adam untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap diri kau?? Soalan bukan main panjang. Jawapannya mungkin 'tau' atau 'tak tau' sahaja. Ni adalah contoh soalan yang tidak bagus ye kawan-kawan. Mana-mana rakan taulan yang bergelar guru, jangan selalu bagi soalan macam ni dekat murid-murid anda. Banyakkan soalan yang *HOTS sket tau. Baru la budak baru belajar dapat berfikir dengan kreatif & kritis. Ini selari dengan hasrat pendidikan negara untuk melahirkan insan seimbang yang berfikiran kreatif & kritis serta inovasi. Sudah jauh tersasar nampaknya luahan hati aku ni. Tak pa, pengetahuan am untuk korang. Keh keh keh. (Payah betoi nak eja ni. Asyik taip KEK aje. Perot tengah lapaq beginilah jadinya. Ces! ;p)

*HOTS ~ higher order thinking skill

 
"...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun)."
[Al Ahzab: 32]

 

Tak perlu kasaq sangat atau manja terlebih. Cakap biasa-biasa sudah.

~P.E.A.C.E~

4 komen:

NER said...

eh, dah buleh komen la

CikSpek said...

haha..sila la komen lagi..

hana said...

haha..tu la..ni dh bbrp kali..ingtkn dl tenet hampeh ke ape..

btw aku stuju dgn suara tu. isk, stgh2 org tu bl ng kwn2 menten je suara, tb2 bila ckp ng laki jd lemah gemalai cmne ntah.huhu..
terganggu gak weh!

salam Ramadhan :)

CikSpek said...

sori kwn2..masalah setting..huhu..tp skrg dh boleh komen.. =)

tau xpa hana..klu ckp lemah gemalai saja xpa gak..ni siap gelak gedik2 mmg aku xleh tahan la..

salam Ramadhan gak..selamat posa..