Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Lelaki Bernama Ayah

Sunday, June 20, 2010

Salam. Selamat hari Ahad.

Hari ayah di sambut pada hari ahad ketiga dalam bulan Jun.

Hari ini adalah hari ahad ketiga dalam bulan Jun.

Jadi hari ini merupakan hari apa murid-murid??

Pandai. Pandai. Pandai.

Hari ini adalah HARI AYAH SEDUNIA!! Selamat hari ayah kepada kaum lelaki yang bergelar ayah, abah, abi, walid, daddy, papa ataupun bapak.

Entri kali ni aku akan bercerita tentang lelaki bernama SAAD BIN MAN. Entri yang beremosi barangkali. Tapi aku janji tak kan nangis.

Beliau adalah ayah aku. Atau lebih tepat arwah ayah aku. Aku hanya berkesempatan bergelar anak kepada seorang ayah selama 10 tahun sahaja. Arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada tanggal 02 Oktober 1996. Bulan Oktober memang banyak suka duka dalam hidup aku. Besday aku dan mak tercinta juga jatuh pada bulan Oktober.

Mengimbau kenangan selama 10 tahun sebagai anak kepada seorang ayah yang tegas tapi penyayang…

Kenangan bermotorsikal dengan ayah dan mak, memang aku tak penah lupa. Mana saja depa pi, mesti aku nak ikut sama. Kiranya tak dak peluang langsung la nak berdating. Malam-malam pun aku tido dengan depa. Hehe.

Menurut kata mak aku, ayah aku memang garang. Tapi sejak aku lahir kat dunia ni sampai umoq aku 10 tahun, aku tak penah nampak kegarangan arwah seperti kata mak aku tu.

Anak-anak dah besaq, jadi pendekatan untuk mendidik pun turut berubah. Sumpah, aku tak penah kena marah dengan ayah aku! Pagi-pagi melalak tak mau pi sekolah pun ayah aku cool je. Sabar je dengan karenah aku.

Aku memang tak rapat sangat dengan ayah aku. Apa benda yang aku takut sangat pun tak tau la. Tapi ayah tak penah lupa belikan aku dan kak intan hadiah setiap kali dia keluaq pekan. Barang yang sama untuk kami berdua, tapi berlainan warna.

Penah suatu hari, masa aku baru balik sekolah (tak ingat umoq berapa masa tu). Mak cakap ada hadiah untuk aku. Berlari aku masuk rumah. Rupa-rupanya ada anak patung untuk aku. Suka gila aku. Mau tak seronok, selalu dok main patung kertas je. Terima kasih ayah.

Masa aku sakit sampai tak boleh jalan, ayah yang dukung aku bawak gi klinik. Maaf ayah dan mak sebab banyak menyusahkan hidup kalian.

Pagi 02 Oktober 1996…..

Ayah tiba-tiba mengadu sakit dada. Sesak nafas. Berpeluh-peluh. Mak setia di sisi ayah. Membasahkan tubuh ayah yang tegap. Aku tak tipu. Ayah aku memang tegap orangya. Tapi makin lama, sakit ayah semakin menjadi-jadi. Mak yang kekalutan, arahkan aku dan kak aku memanggil abang sulung dan tok sedara aku yang tinggal di sebelah rumah. Kak dan abang yang tinggal berjauhan turut dihubungi. Abang sulung aku terus meriba ayah dan mengajarkan ayah mengucap sejurus dia sampai. Aku hanya mampu melihat dari jauh ketika abang sulung ku meraung di saat ayah menghembuskan nafas yang terakhir dipangkuannya. Tepat pukul 7 pagi, ayah telah kembali kepada pemilik nyawanya. Aku tak menangis ketika itu. Sebab aku rasa seperti ayah aku sedang enak tido ketika itu.

Tapi aku mula menahan sebak tatkala ayah ku dikafankan. Mau saja aku marah orang yang kafankan ayah aku. Namun, tak terucap di mulut. Aku menangis dalam hati sambil berkata:

"Nape nak bungkus ayah. Ayah tengah tido la. Camne kalau nanti ayah bangun.."

Bagi aku, peristiwa itu bagai satu mimpi. Tapi untuk aku kembali bertemu ayah, tak mungkin terjadi. Tiap kali memikirkan hal ini, pasti ada air mata yang menitis di pipi.

Maaf, aku tak mampu nak tunaikan janji aku tadi. :'(

Semoga ayah tenang di sana.

AL-FATIHAH.

Ya ALLAH, ampunkan segala dosa ayah ku. Kau tempatkanlah ayah ku di kalangan orang-orang yang beriman. Jadikan syurga sebagai ganjaran untuknya. Amin.

Sayangi kedua ibubapa sementara mereka masih ada. Hargai mereka. Kehadiran mereka hanya sekali.

"Ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya." (Hadis sahih riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Terima kasih Rosyam Nor. Anda buat mata aku bengkak tengok cerekarama "Sutera Sebalik Wajah"

Ayah, Selamat Hari Ayah. Saya sayang ayah. :'(



 


0 komen: