Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Membongkar File-file Sulit

Tuesday, June 8, 2010

Jom semak pasai Hanie Saad yang mungkin korang tak tau! Hehehe…


1 ~ Dia ni sebenaqnya suka nangis.. Tapi dia tak kan nangis depan orang.. Habih cover la depan orang, tapi kat belakang meraung melalak, menangis (secara matang) tak yah cite la.. Jaga imej la kunon.. Cit,pooooorah!!



Nota penting: Menangis secara matang tu adalah tangisan yg tak berlagu.. Hanya ada air mata yang menitis..


2 ~ Bermonolog adalah hobi dia kalau dia xboleh nak berkomunikasi secara langsung dengan seseorang yang dia nak bergebang.. Ke arah nak jadi sewel la ni.. Sila berhati-hati sikit dengan beliau..


3 ~ Cikgu selalu ingat dia berangan dalam kelas.. Tapi hakikatnya, dia sedang memikirkan kata-kata berupa nasihat atau kata-kata semangat dari cikgu tersebut.. Time tu jugak dia nak pikiaq!


4 ~ Menjadi ketua study group walaupun dia ni merupakan murid kedua yang paling malas ke sekolah.. Guru Besar pun terkejut berok! Hahaha…


5 ~ Suka belajaq di rumah dengan TV.. Kalau budak-budak sekarang tengok Tv Pendidikan tu, mau gelak guling-guling.. Skema yang amat..!! Tapi bagi Hanie Saad, suka sangat.. (time kanak-kanak tu je la)


6 ~ Minum guna botoi susu sampai umoq 6 tahun.. Gila ka pa dia ni?? Tak sedaq diri kot dah tua bangka pun minum guna botoi lagi.. Haiyaaaaa~


7 ~ Yang ni lagi burok perangai.. Tidoq dengan mak sampai darjah 6.. Anak sapa la ni..


8 ~ Takot p hospital dari kecik.. Bila besaq sket dia buat-buat berani.. Dia geli dengan binatang seperti biawak (euwwwwww!!!) & yg terbaru dia fobia dengan cicak.. Tolong la cicak, jangan la muncul tiba-tiba depan dia, mau berderau darah…


9 ~ Pernah mencederakan mata anak jiran yang bermulut longkang.. Kata-kata perlu dijaga ok.. Kan dah kena baling ranting kayu dengan beliau.. Padan muka!


10 ~ Sudah la kot sikit-sikit.. hihi..


2 komen:

NER said...

Saya tau cik hanie memang ganazs. tp kalu sampai baling ranting kayu..huhu memang saangat ganazs tuh!

CikSpek said...

hanie saad tgh marah gila time tu..nasib la..haha..