Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Tak Dak Tajuk

Friday, June 11, 2010

Angin malam yang dingin selepas hujan terasa sangat nyaman.. Sambil menghirup air milo O suam, aku menghayati angin tersebut dan seperti biasa lagu shahir af8 ~ kebahagiaan dalam perpisahan menjadi penghibur hati.. :)

Entah kenapa aku jadi begitu obses dengan lagu itu.. Nak kata sedap telinga mendengaq, ye memang sedap pun!


 

Meneliti lirik lagu best tu, aku terimbau peristiwa malam semalam..


 

Nada dering lagu Straight Through My Heart kedengaran menandakan ada panggilan.. Dengan mamai-mamai aku gapai telefon ku yang pernah terendam dalam air terjun Lata Bayu dan baru-baru ni dah hilang covernya.. Aku usha skrin telefon yang sedikit kelabu asap.. Ada no yang aku tak kenal..

"Sapa plak tepon tengah-tengah malam buta ni?"

Memang aku tak tau tu no sapa.. Tapi aku pulun pi jawab jugak..

Gebang punya gebang, last-last aku tau dah siapa gerangan yang sedang bercakap dengan aku ketika itu.. Siapa dia tak penting.. Tapi soalan yang diaju kepada ku itu memang mampu membuat mata ku cerah benderang! Mamai pun dan dan lari lintang pukang..

Orang itu mengingatkan aku pada seseorang yang aku tak mau ingat sangat walaupun aku tak boleh lupa dia.. Aku tak mau ingat sangat sebab nanti aku akan syahdu lebih..

Walaupun terguris hati ini, hingga menitis air mata

Namun semua tak bererti bagi mu

Sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau kau tak suka tak apa,Tuhan masih menyayangiku

Moga suatu hari akan tiba jodoh buatku dengan insan yang ikhlas cintanya

Sobs.. Sobs…

Kan aku dah kata? Sudah. Kita tinggalkan yang syahdu syahdan kat belakang.. Kata kebahagian dari perpisahan kan..

Baik.

Kalau tengok kat facebook aku, aku ada post status yang berbunyi begini..

"Dinikahi perempuan 4 perkara.. Dinikahi lelaki kerana apa?"

Sebenaqnya tu adalah tajuk ceramah yang aku p tadi.. Tajuk ceramah memang gempak.. Tergedik-gedik aku nak p.. Excited lebih!

Tapi…….

Sedikit kecewa jugak la.. Sebab penceramah tu macam tak elaborate sangat part "Dinikahi lelaki kerana apa?" Padahal part ni la yang aku tunggu-tunggu.. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

Satu = cari calon suami yang berharta.. maksudnya yang ada keja la..kalau tak dak keja,macam mana nak bela anak orang cik abang oii…isteri boleh membantu si suami,tapi bukan menyara hidup suami..paham? (eh,macam ustaz tadi la pulak..hehe~)

Dua = lelaki yang layak bergelar pemimpin keluarga sesoi buat calon suami..

Tiga = akhlak yang baik/keturunan yang baik..

Empat = Agamanya..

Lebih kurang macam nak pilih isteri jugak la kan.. Tak yah explain panjang-panjang la kot ye..

Ok lah.. Nak cari baju untuk pakai esok.. hehe.. Chow!



 

 

0 komen: