Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Semalam & Hari Ini

Tuesday, June 22, 2010


Kesejukan terlampau melampau mendorong aku beraksi sedemikian. Tapi jangan risau, tiada aksi terlampau yang berlaku.. hehehe~~


 

Selamat hari Selasa. Basah lencun aku pi ofis pagi ni. Hujan lebat yang amat. Tapi sume tu rahmat.

Ok, hari ni aku nak cerita pasal semalam. Kisah semalam untuk hari ini. Niat di hati nak post semalam, tapi aku tak larat nak menulis.


 

Semalam BPK adakan majlis perpisahan Pengarah BPK, Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani yang akan berangkat pergi bertugas di UNESCO, Paris. Aku yang berhajat untuk bercuti, terpaksa menangguhkan hajat tersebut. Terima kasih En. Hashimi dan En. Aziz kerana sudi mengheret saya dan Haslina terlibat sama. Tak pasai-pasai aku jadi AJK Makanan untuk majlis tersebut.


 

Bab makan memang best. Tapi yang macam hampess nya, geng-geng catering tuttttttt itu lambat mengalahkan siput sedut. Janji melayu memang tak leh pakai. Janji nak sampai kul 8 pagi tapi akhirnya kul 10 lebih baru nampak batang hidung. Baru la kelam kabut nak prepare meja VIP. Time pengarah dok berucap plak tu. Nampak macam kurang sopan la sket. Bayangkan majlis dah nak habih, makanan masih di jalan. Yang sampai awai sket tadi tu bawak barang-barang sahaja. Boleh plak mai asing-asing. Dah la lewat!!!

AJK makanan yang terlibat, dah macam ayam berak kapur. Tak senang duduk. Gelabah bewak. Bewak pun tak cuak macam kami. Sume orang dah bertanya pasai makanan. Ada yang berambus dulu sebelum sempat makan. Tak sanggup nak tunggu dah sebab dah lapaq sangat. Maafkan kami ye sebab anda sume kelaparan. Aku sangat memahami kerana aku juga sangat lapaq ketika itu.


 

En. MC pun terpaksa la melengah-lengahkan majlis. Dapat la dengaq pengarah menyanyi. Boleh tahan la jugak suara dia walaupun ada sket sumbang sana sini. Haha.


Aku dan Haslina. Ramai yang kata muka kami sama. Nampak macam adik-beradik ke??


Bermesra-mesra dengan Kak Aida. Hehe.




Kek di taja. Tapi akhirnya terbiar begitu saja.

 

Dan hari ni pagi-pagi buta dah kena mengadap bos ku ~ En. Aziz. Melaporkan apa yang berlaku semalam. Aku bukan kaki mengadu, tapi aku hanya jawab apa yang ditanya.. hee~~ Macam yang En.Hashimi selalu cakap, jangan sampai kena tembak dengan En. Aziz. Ye, pagi ni memang aku kena tembak. Tapi jangan la dok bayang kena tembak dengan senapang patah pulak. Kalau tak, kompom la aku tak leh menulis sekarang ni. Telinga aku sebenarnya yang kena tembak. Telinga ku ini ditembak dengan butir peluru yang berubah dalam bentuk kata-kata beliau. Berdesing telinga aku! Tak. Tak. Bukan aku yang kena marah. Cik dari catering tuttttt tu yang kena. Haha. Jangan ingat bos aku yang nampak baik tu akan baik selamanya. Terima la akibat kalau buat salah dengan dia. Terus kena blacklist. Hidup En. Aziz!!!!


 

Pengajaran ~ Tak yah dok buat segak la kalau buat keja macam taikkk.

(Naseb baek aku memang tak segak. Jadi kalau buat keja macam cibai pun, tak dak la terasa sangat dengan kata-kata sendiri ni. Hahaha.)


 

Rumah siap, pahat dok bunyi lagi. Tu la yang jadi. Pahat-pahat tu tau bunyi ja. Padahal waktu rumah tu tengah di buat, pahat-pahat tu tak pulak menawarkan khidmat mereka. Jangan kata nak berkhidmat, kalau amek tau sket pun dah kira besaq tuah dah. Tapi ada pahat-pahat tu amek kesah?? Tak yah harap la. Tau dah apa pahat-pahat tu nak kata. Ada kami kesah?? Hah!! Tapi bila rumah dah siap, pahat-pahat tu pulak yang bunyi lebih-lebih. Memang dasar pahat berkarat betoi!!

Nasihat aku, kalau tak boleh jadi pahat yang sedia berkhidmat sekurang-kurangnya jadi la pahat yang tak mengeluarkan bunyi-bunyi sumbang setelah rumah siap. Boleh ke tidak?


Pahat tak semestinya berasal dari Batu Pahat. Pahat-pahat itu ada di mana-mana.

0 komen: