Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Makin Sibok Makin Rindu

Monday, June 28, 2010


Wei kau! Kalau aku kata aku rindu kau, kau caya tak? Tolong la. Tolong la caya kat aku. Sungguh aku sangat merindui kau di saat ini. Rindu yang lebih tinggi dari gunung everest. Rindu yang lebih luas dan dalam dari lautan Antartika. Rindu yang tidak terhenti bak denyutan nadi aku ni. Doakan nadi aku terus berdenyut ye. Aku tak kawen lagi wei. Haha.

Aku rindu kesengalan kau. Sengal tahap max!! Aku rindu kata-kata merapu dan mengarut kau yang selalu buat aku gelak berdekah kahkahkah.. Aku rindu perangai kau yang manja nak mampos. Aku rindu kau yang banyak cikadak. Aku rindu nak mengamok dengan kau bila kau ketegaq tak mau dengaq cakap aku.

Isyk, rindu sungguh aku kat kau budak Muhammad Aiman Hakimi uiiii. Sobs sobs. Nak balik kampong tapi tak sempat. Sobs sobs. Konon-konon sibok la tu. Bukan konon ok, memang aku sibok pun. Sibok menyebok!

Tengok jadual pergerakan menyebok aku kat bawah ni.
 

29 Jun – 1 Julai 2010 : Mesyuarat Kawal Mutu Standard Kurikulum Sains Tahun 3 dan Sains Tingkatan 2 Bil.1/2010 di Radius International Hotel, Kuala Lumpur

6 – 9 Julai 2010 : Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR Dunia Sains dan Teknologi Zon Labuan, Sabah & Sarawak di Hotel Dynasty, Miri

13 – 15 Julai 2010 : Mesyuarat Kawal Mutu Standard Kurikulum Sains Tahun 3 dan Sains Tingkatan 2 Bil.2/2010 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur

20 – 22 Julai 2010 : Mesyuarat Penyediaan Modul P&P Sains Tingkatan 2 Bil.1/2010 di Ancasa Allsuites Resort & Spa, Port Dickson

27 – 30 Julai 2010 : Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR Dunia Sains dan Teknologi Zon Selatan di Hotel Empress, Sepang

3 - 5 Ogos 2010 : Mesyuarat pembinaan Modul P&P sains Tingkatan 2 dan Sains Tahun 3 Bil.2/2010 di Selesa Resort, Bukit Tinggi

 

Sangat menyebok kan?? Ada lagi aktiviti menyebok yang tak masuk dalam senarai. Rasa macam mau menyebokkan diri menghantaq anak sedara aku ke Sabah pada 3hb Julai. Sempat ke nak menyelit kat tarikh tu? Anak sedara aku dapat masuk UMS. Jangan tanya kos apa, sebab aku pun tak tanya dia lagi. Aku ni mak sedara yang sangat baik kan.

Kemudian ada lagi misi. Ecah mengajak join dia gi kenduri kat Kota Tinggi pada 10 Julai 2010. Kalau dah kenduri 10 hb, tak kan hari tu baru nak pi Johor. Harus lah gerak pada hari sebelumnya. Kan? Usha balik jadual kat atas tu. Tengok 9hb aku ada kat mana. Ye, bijak! Time tu aku masih kat Miri. Petang mungkin baru bertolak balik ke KL. Agak-agak sempat tak nak kejor bas malam ke Johor?

Tu la, aku dah kata tadi. Aku sangat menyebok. Nak balik kampong pun tak sempat. Sobs sobs. Menyebok punya pasai. Lambat lagi la nak buleh balik kampong. Lambat lagi la nak buleh mengadap budak Aiman. Makin rindu la aku kat dia. Sobs sobs (lagi)


Budak yang aku rindu rinduan. Aiman Sengal! Time ni dia masih budak baik. Belom mula berperangai sengal beliau.




Dah mula sengal sket-sket time ni. Suka sungguh hisap jari.



Aiman pesan, "Jangan minum dalam botol!" Tapi kau minum dalam botol tak pa pulak ye budak.



Aiman kena buli. Hambek kau!! Haha. Ni bukan idea kreatif aku okey.



Nadia ~ selamat berdikari di negeri orang.


Dah besaq belaka dah anak-anak sedara aku rupanya. Cepatnya masa berlalu.

0 komen: