Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Resipi Ku Kini Milik Semua

Monday, June 28, 2010


Petang tadi aku asyik tengok rancangan masakan ja. Tiba-tiba teringat permintaan Kak Aida yang nak resipi laksa yang aku selalu masak. Hehe. Resipi dari mak aku. Tapi sudah diubah suai ikot suka aku. Hahahaha. Cakap banyak pun tak guna, usha la resipi kat bawah ni. Selamat mencuba ye.

Resipi Laksa Ikot Suka Hati
Bahan utama:
Ikan kembong segar sekilo. Rebus ikan bersama dengan asam keping dan garam. (Simpan air rebusan ikan untuk buat kuah)
Laksa yang dah di rebus dengan sempurna.
Bahan-bahan untuk dikisar:
30 tangkai cili kering. Kalau korang rajin kira la. Kalau tak, buboh la banyak mana yang korang suka. (Sila rebus dulu ye sebelum kisar)
20 ulas bawang putih.
Bawang merah 10 ulas ke atas.
Selabu bawang besaq.
*bawang yang banyak-banyak ni fungsi dia untuk bagi rasa manis. Lagi banyak lagi sedap.
Bahan-bahan lain:
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Bunga kantan
Daun kesom
Bahan hiasan:
Timun, bawang besaq dan pucuk putat yang di hiris halus dan mulus. Aku selalu guna pucuk putat sebab senang nak dapat. Amek kat depan rumah je. Terpulang la dengan selera korang nak hias dengan apa laksa korang tuh.
Teloq ayam rebus.
Limau nipis.
Cara-cara nak masak:
  1. Asingkan isi ikan dan tulang temulang. Tulang jangan terus buang. Kisar isi ikan dengan air rebusan tadi. Kisar tulang pulak dengan baki air rebusan. Tapis. Masukkan dalam periuk.
  2. Jangan lupa masukkan cili kisar tadi ikot tahap ketahanan pedas korang. Tambah asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa sayang hey korang.
  3. Nak bagi bau wangi buleh la buboh daun kesom dan bunga kantan. Jangan pandai-pandai nak spray perfume korang pulak.
  4. Masak sampai mendidih. Kemudian, siap sudah.
Cara-cara nak makan:
  1. Amek pinggan, buboh laksa. Taboq la bahan-bahan hiasan tadi. Pastu curah kuah setamak mungkin.
  2. Kemdian, nganga mulut ngap la.Tunggu lagi. Tak kan nak suroh aku suap pulak kot. Sebelom makan tu, jangan lupa baca doa ye. Selamat makan!
p/s: Sebenarnya aku masak main campak-campak ja. Tak penah pun bilang bape biji bawang aku guna atau banyak mana cili nak kisaq. Korang buleh modified resipi ni ikot suka hati. Tapi kalau tak sedap, jangan salahkan aku. Hehe.


Kat bawah ni aku tayang sket camne rupa daun kesom dan daun putat. Kot-kot ada yang tak kenai. Yang dah tau pun, sila buat-buat tak tau jugak.





Sumber rujukan : Google images :)

2 komen:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aDisH.sHidA said...

kak pun suka daun putat