Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Dangerously in Love

Wednesday, July 28, 2010

Tiba-tiba aku jadi jiwang tak ketahuan hala. Sekian, terima kasih.





Ku Pendam Sebuah Rindu

Monday, July 26, 2010


Dulu…
Aku hanyut di buai rasa,
Tak pernah ku fikir akan bahananya,
Apa yang ku tahu hanyalah keseronokan tanpa batasan.
Namun…
Pabila usia kian mengijak masa,
Barulah ku mengerti,
Betapa ruginya aku.
Kini…
Akan cuba ku cari kesempurnaan diri,
Walaupun ku tahu kesempurnaan hanya milikNYA jua.
~aku edit Karya Mr.M..ngeh3~

 
Apa yang aku nak mengarot ni mungkin tak dak kaitan sangat dengan benda-alah kat atas tu.

"Nampaknya saye je yang rindu awok"

Kata-kata ni tubik sebab aku tak pernah pun taip "miss u" di akhir mesej aku.
So what??
Bagi aku lebih baik perasaan tu wujud sebagai perasaan yang nyata daripada perasaan itu hanya wujud
dalam rupa bentuk perkataan yang langsung tak bermakna.

 
Pendapatan aku ni jelas bertentangan dengan fakta yang mengatakan kita perlu zahirkan perasaan kita
dengan selalu mengucapkan kata-kata manis bak madu (tapi tak sume madu tu manis..teettt!!) seperti
"saya sayang awak" @ "saya rindu awak" dll perkataan romantis yang ada dalam kamus cinta korang.
Tak pun, tunjukkan perasaan korang tu melalui perbuatan.

Amaran keras: Perbuatan yang halal sahaja!!!

 
Dulu, aku pun spesis macam tu jugak. Kalau rindu, mesti sungguh-sungguh bagitau kat mamat-hampeh tu. Tak sah kalau tak dak perkataan miss u, love u sayang di akhir mesej atau phone call. (euwwww~~ gile gediks aku ketika itu!) Begitu juga dirinya. Bersayang-sayang bagai nak rak, tapi akhirnya apa yang hado??
Kata-kata mamat-hampeh tu hanya sekadar perkataan tanpa perasaan. Hampeh kan? Macam haremmmm!!

*Mula la aku nak emo*

 
Oleh sebab itu,
Sekarang aku jadi lebih berhati-hati dengan bicara manis.
Tak mau bicara manis tu menghiris kalbu aku sekali lagi.

 
Tiada ungkapan sayang dan rindu, tak semestinya tiada perasaan itu
&
ungkapan sayang dan rindu yang selalu kedengaran itu, boleh jadi perasaan palsu!

 
"Sebenarnya saye malu-malu kucing nak ngaku dengan awok. Jadi saye pendamkan saja rindu itu"
Hikhik!
>.<

 

Bowling Saina

Sunday, July 25, 2010



::Satu untuk awok. Satu untuk saye. Hihi. Pasti lah yang beso tu untuk saye::

 
Intro sedikit luar biasa dan sudah semestinya tiada sangkut paut dengan tajuk entri.

 

Hujung minggu yang best sebab aku ditemani Nurul Ekmi Rabat!! Ekmi sanggup mai dari Johor semata-mata mau join Bowling Saina di Sunway Pyramid. Tapi kami tak main pun. Tak sanggup nak malukan diri sendiri. Hahaha. Yang penting, dapat jumpa kawan-kawan lama. Rindunya hidup di Saina.


::Aku & Ekmi::

::Lakonan semata::





((credit to naja))

::Rakan-rakan Saina yang hadir::
Hidup Saina!!

Susu Tanpa Kalsium

Thursday, July 22, 2010


Segelas susu suam peneman malam yang suram. Hm, salah. Malam yang kelam. Malam yang suram atau kelam bukanlah isu penting pun. Tapi apa yang buat aku pelik lagi hairan, apsal susu ni rasa masin? Adakah aku terbuboh garam ketika bancuh ayaq dalam kelam atau aku sengaja nak kurangkan penggunaan gula dengan menggantikan garam dalam minuman? Tiada jawapan pasti. 

Nasihat berguna:
Susu baik untuk tulang anda. Jangan tunggu tulang dah bunyi macam nak reput, baru nak minum. Tolong jangan tiru aku.

Aku nak peringat awai-awai ~ susu ANLENE kena bancuh dengan ayaq suam atau ayaq sejuk!!
Mungkin ada yang dah tau. Tapi aku baru tau!! Selama ni aku dok bancuh susu anlene + milo yang sedap dan pekat itu hanya sia-sia. Hanya susu kosong tanpa kalsium yang aku dok pulun minum tu. Sebab aku bancuh dengan ayaq hangat yang baru mendidih! Uwaaaaaaa!!! Kenapa la baru sekarang aku tau.

 
Sebenaqnya ada tertulis cara penyediaan kat pek susu tu, aku ja yang tak baca. Salah sendiri. Walaupun selalu minum susu tanpa kalsium, tapi aku rasa tulang aku ni dah macam mampat (ke padat?) sket.

Aku : Berat saya 49.5kg!
Kak nani : Isyk, biaq betoi. Nampak tak besaq mana pun.
Aku : Berat tulang. Hehe.

Alasan biasa untuk menafikan berat bertambah adalah disebabkan lelemak yang berlebihan di sana sini. Peace!

Setahun Hari Ini

Friday, July 16, 2010


16 Julai 2009 -----> 16 Julai 2010 ~ Setahun di BPK!! Cepat betoi masa berlalu. Terasa seperti baru semalam aku lapor diri.

Macam-macam pengalaman, pengajaran dan iktibar yang aku dapat selama setahun di BPK. Teringat pada hari pertama jejak kaki sebagai seorang pekerja. Ye, memang aku sangat bersopan santun dan malu-malu kucin time tu. Tapi mesti buat-buat yakin diri. Hari pertama, aku dah dapat tugasan. Unit mana aku dok pun tak tau lagi masa tu. Saja nak menguji aku yang tak pernah bekerja. Muahaha! Sinonim dengan seorang yang bergelar penganggur selama setahun, aku sedikit terkulat-kulat bila pertama kali kena buat LO. Memang kelakau gile. Pada hal senang je pun benda tu. Sebab tak pernah tau apa itu LO, jadi macam perak ulu la sket. Tapi tu kisah setahun lepas. Hehe.

Setahun lepas jugak bila pertama kali jumpa bos aku, Pn.Zainon aku dah mula cuak. Nampak macam garang. Dan memang betoi, bos ku garang dan tegas! Tapi baik hati dan penyayang.


Kesimpulannya, aku sayang BPK dan sume warga sektor Sains dan Matematik terutamanya warga unit Sains Teras!! 




Hadiah dari warga unit Sains Teras. Bukan sempena setahun di BPK, tapi hadiah untuk aku yang konon-konon tak dapat sambung kontrak hari tu. Hehe. Disebabkan dah beli maka bagi jugak la memandangkan dah nak posa tak lama lagi. Buleh buat baju raya. TQ!!




Apakah akan ada tahun kedua di BPK??

Kembara ke Kota Tinggi


Ok, kisah Kota Tinggi akan aku ceritakan kali ni. Pada sepertiga malam, aku dan ecah dah mulakan pengembaraan dengan semangat gigih. Ecah kul 3 pagi dah bangun, sedangkan aku masih membuta dengan enak sekali. Letih wei!

Oh, lupa plak. Malam tu sejurus aku siap mengemas bilik, Ecah pun tiba. Kami menuju kedai makan untuk mengisi perot agak tak terus mendendangkan lagu ghazal untuk rabiah. Kemudian terpandang pompuan cantik kat depan dok belai-belai rambut dia yang panjang mengurai. Sexy! Tapi aku tak tergugat langsung, sebab pompuan sexy itu bukan pompuan sebenar. Hahaha!

Pukul 4.30 pagi pada 10Julai2010, pengembaraan aku dan Ecah bermula! Saki baki mengantok masih ada. Kesannya, aku tidoq sepanjang jalan dari Putrajaya ke Ayer Keroh, Melaka. Sorry Ecah, aku tak mampu menjadi co-pilot yang berjaga. My bad.

Untuk pengetahuan umum, kami masing-masing tak tau mana rumah pengantin tersebut. Dan lebih hebat lagi Ecah lupa bawak kad kawen yang ada peta penunjuk arah. Jadi boleh la bayangkan kehuruharaan pengembaraan kami berdua. Teringat Lianah, mungkin dia buleh bantu bagi petunjuk. Alhamdulillah, dapat sket gambaran. Cari penanda arah ke Mersing. Tak lama lepas tu, nampak signboard ke UHTM Mersing. Hah! Betapa seronoknya kami ketika itu. Barangkali kami tak sesat. Sangkaan aku mungkin UHTM Mersing tu terletak di Mersing. Kalau korang camne? Sama pikiran macam aku tak? Haha. Tak sangka aku, sangkaan aku tu salah belaka. Kami bukan menuju ke Mersing tapi dok tala pi Batu Pahat! Naseb baik ada GARMIN NAVIGATOR ku sayang.


Navigator tunjuk arah ikot highway, tapi kami yang konon-konon nak adventure tuju kot jalan jauh. Hijau mata memandang tengok ladang-ladang kelapa sawit yang terbentang luas. Sambil tu dok hapai nama felda yang ada sepanjang jalan. Ala-ala orang tak berumah, kami salin baju kat jalan je. Lebih tepat, kat toilet stesyen minyak. Beberapa jam lepas tu, sampai la kami kat rumah kenduri.






Baru lepas melantak! Sedap. Tak sia-sia pi Kota Tinggi semata-mata nak cari nasik kenduri. Hehe.




Ambek berkat sedia, tapi tanda-tanda keberkatan tu dah di serap belom kelihatan. Haihhhh~

Posing terakhir sebelum balik.

Sebelum kembali pulang ke KL, sempat jugak melilau di JB. Danga Bay sekadar jadi tatapan mata saja. Hujan membantutkan niat untuk singgah menjejakkan kaki di situ. Nak jumpa Ekmi pun tak sempat. Dah puas melilau, kami berambus!

Akhirnya sampai jugak aku kat Johor. Umoq dah 24 baru habih jelajah satu Malaysia. Huhu.


 
Beras bario ku yang diambil orang tu dah di kembalikan. Yeay! Buleh main masak-masak.


 

Kursus di Miri

Tuesday, July 13, 2010


Salam.

Aku dah lama kehilangan keinginan nak menulis. Tapi hari ni aku gagah jugak. Kalau hasil tulisan sket macam sampah sarap, mintak maap ek. Mula-mula aku nak ceghita kisah Miri. 

6 Julai 2010 (tu dia aih,punya la lama!)


Ke Miri dengan angkatan barisan kami ~ Pn.Zainon, Pn.Adzwa, En.Kamarul & aku. En.Hashimi dah tak mau join kami. Sobs sobs. Tak la, dia sambung belajaq kat UKM. Sampai je Lapangan Terbang Miri, ada wakil hotel sambut ketibaan kami. Baguih betoi hotel ni. Jaga customer sampai tara tu la. 


Inilah barisan kami : en.kamarul azlan, pn.zainon (bos ku), pn.adzwa & aku

Dah siap check-in bilik, si Everett Wilson bagitau dia punya General Manager nak belanja makan. Wow! Buat pertama kalinya, GM hotel dok sembang semeja dengan geng-geng urus setia. Kalau kat semenanjung, tak yah harap GM nak belanja kadang-kadang nak jumpa sales person pun punya la susah. Yang paling aku menyampah, kalau receptionist perangai macam bagos. Kerek semacam! Tapi alhamdulillah, Hotel Dynasty Miri yang kami dok berkampung selama 4hari 3malam tu memang terbaikkkk!!! ;) 


Kenyang la kami melantak free petang tu. Hehe.


7 Julai 2010

Rutin biasa, keja dari pagi sampai petang. Sesi malam dibatalkan! Yes! Buleh pi ronda-ronda. Hehe. Destinasi terjahan kami ~ pasar Tamu Muhibbah!! Time kami pi, pasar tu dah nak tutup pun. Tapi sempat lagi memborong.

Balik bilik, aku tidoq keletihan.


8 Julai 2010

Masa keja kul 8 pagi sampai 5.30 petang. Hari ni Mr.Dennis (si GM hotel) dan Everett (PR) nak belanja kami lagi. Makan seafood sambil tengok sunset!!

Nak tengok gambaq, klik sini ----> KAMI


Terima kasih encik-encik yang baik hati.


9 Julai 2010

Hari terakhir di Miri. Sebelum balik, kami sempat lagi meronda pasar Tamu Muhibbah buat kali yang kedua. Aku dengan pulunnya beli sayoq midin yang glemer itu (sila google search sendirik kalau tak kenai). Tak pasai-pasai kena gelak dek cikgu-cikgu. Maklum la aku ni kali pertama pi Miri, tengok pulak sayoq mayoq yang segar bugar, mana leh tahan! Nanas pun aku angkut bawak balik semenanjung. Hehe. Kak Non dengan Kak Adzwa lagi power, siap beli petola lagi! Haha. Lagi la syok cikgu-cikgu tu dok bergelak.


Sebagai buah tangan kami dapat la sorang 2kilo beras bario. Sungguh aku tak tau nak masak macam mana beras ni. Nak elak dari aku masak nasik lembik atau nasik yang tak masak, aku akan buat buboq nasik. Bernas tak idea aku? Hehe. 



Hah! Ada ceghita jugak pasai beras ni. Kotak yang kami sumbat sume bahan makanan tu tiba-tiba buleh plak tak munculkan diri kat airport! Mana pi pulak beras ku itu. Punya la semangat nak masak buboq, buleh plak hilang. Beras bario ku di ambil orang. Sobs sobs. ;'( 


Aku pulang ke rumah dengan sedikit kecewa. Aku buat aksi berani mati dengan balik naik teksi sensorang di malam hari. Tak putus-putus aku baca ayat kursi sepanjang perjalanan. Takot aku tengok pakcik teksi tu. Tengok muka pun aku dah agak dah, bahwasanya pakcik itu seorang laki gatai! Jadi aku hanya mendiamkan diri. Hanya jawap ala kadar saja pertanyaan pakcik gatai itu. Kalau aku lebih-lebih, syok la pakcik tu nak menggatai dengan lebih hebatnya. Tolong la pakcik oiii!! Dah la teksi kamu itu sangat 'wangi' dengan bau rokok celaka. Memang aku dah tak leh bau rokok sekarang ni, nak meloya. Bluekkkkk~~!!! Sampai je rumah, pakcik tu pulun kata 


"Kalau ada jodoh, buleh la saya belanja awak makan nanti"


See?? Tekaan aku memang tepat!! Sepatah haram pun aku tak cakap. Senyum kelat je terukir di bibir. Dalam hati, pakcik gatai tu kena sumpah seranah maki hamun berkandaq dengan aku. 



Tak dan nak hilang letih, aku berusaha mengemas bilik sekemas mungkin. Haha. Ada orang nak mai rumah baru semangat nak kemas bilik. Keesokan harinya (10 Julai 2001), aku dan Ecah akan menerjah Kota Tinggi. Yeah!! 


Kisah Johor akan bersambung di next entri…..




Cimilamakakmak!!

Thursday, July 1, 2010


Mamacammam cimilamakama!!


Gamajimi sangmangkutmut?? Semebabmab punchcard (susah sket nak translate perkataan ni..gagaga~) amakumu takmak dakmak camacamatanman mamanama amakumu pimi. Cimilamakakmak!!
Bemetoimoi cimilamakakmak!!


Imingatmat amakumu nimi ponmontengmeng kermerjama kama?? Wamalaumaupunmun amakumu mamalasmas nakmak pimi kermerjama (kadang-kadang je okey) tamapimi amakumu pimi jumugakmak taumau. Takmak permernahmah punmun amakumu ponmontengmeng kermerjama!!
Mefemangfang afakufu nakfak mafakifi oforangfang. Bofodofo!



Baru aku perasan aku start bulan baru dengan makian. Oh!