Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Bersenang - senang Di Ofis

Thursday, December 3, 2009

Di hujung-hujung tahun ni aku banyak lepak ja kat ofis.

Sume keja aku dah setel. Huhu~~

Masuk ofis, main tenet sampai waktu lunch.

Kuar g makan, masuk ofis sambung main tenet n amek gambar banyak-banyak.

Hehehe~~~



~pc ku di ofis~







~tempat keja aku dari sudut pandangan berbeza~



*Ni memang betoi-betoi tak dak keja nak buat. Huhu~~~

Peristiwa Hari Hujan Berulang Lagi

Apa nasib aku pun tak tau la. Tiap kali hujan mesti ada benda memalukan jadi kat aku.

ari 2 hampir tertiarap dlm bas..

kali ni jatuh terjelepuk kt tangga..!!

nasib2..

*************************************************************************
imbas kembali..

pagi tu....
ak bangun lewat..asa malas je nk p kje..ngan penin ak bangun la p mandi n siap2..dh kul 7 br ak kuar umah..tp asa mcm t'tinggal sesuatu...apa bnda ek?beg duit ada..apa bnda lg yg ak bwak p ofis..?Ya ALLAH,pas ak..!!!klu xde pas,cmno nk msuk ofis..patah balik msuk umah cri pas..hah sudah..kt mna plak ak letak ni..ni la masalah nya klu suka sgt tukar2 beg..cari pnya cari,selongkar pnya selongkar akhir nya jmpa pas yg d cari..dh kul bape ni?alamak,dh lewat..!!

terkocoh2 turun tangga...sampai je anak tangga yg last..gedebuk..!! adoi,sakit siot..time ni jgk nk jatuh..ingat kn xde yg nampak..tp...malu lg ak..!!

ni sume sbb kasut ak la ni..daya geseran lomah..!!isyk..!!nama je kasut br,tp wat ak jatuh plak..xmau dh ak pkai kasut ni time hujan..serik ak..!!

mcm biasa ak wat bodo je...jln menonong naik bas..dh smpai ofis br ak perasan kain ak kotor..!!!dh la pakai kain hitam...mmg malang btol nasib ak ari 2...

kat ofis,ak diam je sepanjang ari...smpai org heran nape la ak senyap sepi je..
hehehe~~

harap2 pasni xde dh peristiwa yg memalukan jd kt ak bila ari hujan..

Hati Si Isteri

Tuesday, December 1, 2009

Suatu masa dulu aku pernah cakap, kalau aku ada suami n dia nak kawen lagi aku akan izinkan. Tapi bila tengok senndiri camna orang hidup bermadu, aku rasa aku tak setabah tu untuk berkongsi seorang lelaki yang bernama suami. Mana boleh tahan beb tengok si isteri muda bermanja-manja dengan suami sendiri kat depan mata. Macam isteri tua ni tak wujud. Siot betol!

Depan mata umum je leh tunjuk slumber, tak da pape. Tapi dalam, hanya Tuhan yang tau. Walaupun bukan aku yang alami sendiri, tapi benda ni jadi betol-betol kat depan mata aku. Kalau ikut rasa bara, nak je aku lempang sorang-sorang.

Bukannya aku nak menentang poligami. Tapi biar la ada sebab yang kukuh untuk buka cawangan baru. Dah 20 tahun lebih hidup bersama, camna boleh gatai plak nak ada bini muda (sori kalau bahas kasar sket). Ni la kot yang dikatakan cinta pudar seiring masa beredar. hmmmmm.....

Aku dah mula bara ni. Better aku stop dulu. Takot ada plak yang kena maki n terkuar bahasa yang tak sepatutnya.

Bye then..!!

Majlis Pertunangan Ekin & Firdaus

Tuesday, November 24, 2009

22Nov2009

Bahagia tengok kawan aku bahagia. Bila la giliran aku plak. Huhu. Tapi aku tak mau tunang-tunang ni. Nak kawen terus. Hehe~ Gilos gedik..!!

Aku, Leen, Ecah, Noni & Faiq pagi-pagi dah sampai rumah Ekin. Tapi sebelum nak sampai tu, sempat jugak la Ecah bawak kami jalan-jalan tengok keindahan alam (padahal sesat!). Huhu. Jenuh cari jalan. Finally, hampir pukul 9 kami sampai rumah Ekin. Sampai ja rumah Ekin masing-masing tak tau nak buat apa. Tengok ja orang lain sibok-sibok buat keja.

Yang sebanarnya kitorang lapar time tu. Sebab tu la macam tak dak tenaga ja nak tolong pape yang patut. Hehe. Nak hias hantaran aku tak pandai sangat. So, tengok ja la Leen n yang lain-lain buat. Si Faiq plak sibok dengan Cik Nelly dia je la. Punya la excited nak tengok sapa la gerangan Cik Nelly tu, rupa-rupanya kamera dia. Cis!

Posesini pose sana tak sedar jam dah pukul 11. Majlis start pukul 12. Ekin boleh buat relax je padahal, siap pun belum lagi. Bak kata Ecah 'nak make up pun sejam tau..!'

Dalam masa sejam tu, kami bertungkus lumus make up kan si Ekin. Dengan tangan terketaq-ketaq (sebab lapaq) akhirnya selesai jugak make up kan dia.



Tepat pukul 12, rombongan sampai. Aku plak yang berdebar-debar. Macam la orang nak mai meminang aku.

Kitorang lepak dalam bilik ja. Tak tau pun apa yang berlaku kat luar tu. Ada balas-balas pantun ke tak? Heh! Ingat zaman dulu-dulu ka nak pantun-pantu bagai. Sekarang ni sume express. Jap je dah selesai majlis. Tiba saat yang ditunggu-tunggu. Upacara menyarungkan cincin. Sungguh aku excited time tu. 'Macam ni la agaknya kalau aku jadi tunang dulu..' Opss!

Neway,selamat berbahagia kawan ku...!!!!


~pasangan merpati dua sejoli ekin n firdaus di hari pertunangan~

Mohd Iqmal Atif & Siti Nurul Iman

Thursday, November 19, 2009


Mohd Iqmal Atiff. Nama anak sedara aku yang lelaki. Mohd Iqmal lahir awal bulan puasa (25/o8/09)

Yang girl plak Siti Nurul Iman. Nurul Iman plak lahir pada pagi hari raya ke-2.


Special sket Nurul Iman ni. Dia lahir masa kandungan mama dia (kak aku la tu) baru 7 bulan. Pagi-pagi buta kak own (ank sulung kak aku) call gtau mama dia dah nak bersalin. Terkejut + excited sebab pagi raya tu baru ja aku ngan kak own dok sembang-sembang nak bagi nama apa la kat baby baru yang di jangka lahir pada hari raya haji. Maybe nama yg ada kaitan ngan "adha" tapi awal plak baby tu nak kuar tengok dunia. Alhamdulillah kak aku selamat melahirkan Nurul Iman secara pembedahan. 1st time bagi dia. Sebelum ni senang je dia bersalin. Tapi kali ni ada sket masalah. Baby tu tak cukup bulan, so terpaksa dijaga dalam inkubator. Degupan jantung dia lemah n  tak cukup oksigen ke otak. Kak aku plak mengalami kekejangan n sesak nafas. Berdebar aku bila dpt berita dari abg ipar aku. Tak penah lagi ahli keluarga aku yang ada masalah camtu masa bersalin. Cuak..!! Tapi akhirnya sume selamat.





Nurul Iman lahir dengan berat 1.3kg je. sekarang dah 2 bulan, berat Nurul Iman dah 2.4kg. Cumil sgt! Asyik tido ja keja dia. Susah betol nak tengok dia celik bijik mata. Ye la, dia dah biasa hidup kat hospital. Tengah nak sesoikan diri dengan persekitaran baru.







Dulu Nurul Iman minum susu dengan tiub. Kesian dia. Tapi sekarang tengah belajar minum dengan botol. Seksa tengok muka dia time minum. Minum sat dah penat. Kak aku cakap, Nurul Iman ni ada masalah sket ngan otak dia. Lambat berkembang n mungkin slow sket dari budak-budak len bila dah besar nanti. Yang penting Nurul Iman sihat. And one more thing 'bout Nurul Iman, dia tak nangis..!! Good girl. Hehe. Tapi hari raya haji hari tu ada dia nangis sket. Baru dengar suara dia. Sekali je. Saja nak bagi aku dengar suara dia la tu. Tu la 1st time aku tengok n cium dia. Nak dukung aku tak berani. Kecik sangat budaknye. Iqmal je aku berani dukung. Hehe. Iqmal ni baru 3 bulan tapi berat dia dah 5kg! Cepat sungguh dia membesar. Dan dah pandai senyum. Sweet!





Semoga anak-anak sedara aku membesar dengan sihat dan aku bakal dapat anak sedara baru lagi tahun depan. Bukan sorang tapi dua orang! Hehe. 

Sabah....Here i Come..!!!

Wednesday, November 18, 2009

2 jam setengah dalam flight memang membosankan. Setiap kali toleh ke arah tingkap, kepulan awan putih je yang aku nampak. Takdak tanda-tanda nak mendarat pun. Dalam hati aku berdoa ‘YaAllah, cepat la masa berlalu’. Bosan sungguh..!! Baca novel pun tak khusyuk. Tak sabar rasanya nak pijak bumi Sabah yang tak pernah aku singgah. Menambahkan keterujaan aku bila terbayangkan kerlipan dan kilauan manik-manik kristal dan mutiara di pasar Filipina. Hehehe.

Finally, kami selamat sampai di Kota Kinabalu International Airport. Cantik..!! Konsep aerofoil digunakan dlm reka bentuk bangunan airport. Memang kreatif..!! Teringat plak bangunan Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu yang berbentuk penyu bila dilihat dari pandangan atas. Macam besa kami dari BPK bergerak ke setiap zon di Malaysia untuk membuat kurikulum baru (Transformasi Kurikulum). Kali ni giliran zon Sabah dan Sarawak. Kak Non (Bos @ Ketua rombongan) selalu cakap kami 4 orang ni macam sarkis. Ke hulu ke hilir bawak anak beranak. Kak Non as a mother, Kak Adzwa jadi kak, En. Hashimi jadi abang n aku plak of coz la adik..!!

Sampai je kat airport, Kak Zohaidah (Pegawai JPN Sabah) dah menunggu. Kesian dia kena tunggu lama sebab flight delayed sket sebab cuaca tak ok sangat. On the way nak ke hotel, tiba-tiba plak perut aku ni memulas-mulas. Angin agaknya. Padahal sedap je melantak nasik lemak dalam flight tadi. Atas keprihatinan Kak Zohaidah, dia bagi aku ubat. Lega la sket. Thanx kak..!!

Sampai hotel. Check-in. Simpan beg. Keluar balik. Destinasi tujuan…..Pasar Filipina..!! Serbu..!!! Aku macam ada kat taman Kristal n mutiara. Tengok yang tu cantik, tengok yang ni lawa. Rasa macam nak beli semua. Tapi ada satu kedai ni, gelang-gelang kristal tu dia main longgok je. Rantai-rantai plak bergantungan seluruh ruang kedai dia. Naik pening aku tengok. Susah sangat nak wat pilihan. Last sekali apa pun aku tak beli. Hahaha. Tapi aku beli kat kedai lain. Sebelum tinggalkan pasar Filipina, aku dapat satu gelang untuk diri sendiri. Cantik dan murah.

Dah habis merayau, perut pun terasa lapar. Kak Adzwa belanja makan ikan bakar. Ada spesis ikan baru. Ikan ayam..!! Ikan tapi rasa macam ayam. Sedap!! Alhamdulillah, kenyang.
Perut kenyang, kami menapak blk hotel. Penat siot..!! Laju je kak-kak aku ni berjalan. Aku yang muda remaja ni pun hampir-hampir nak semput. Tapi depa relax je. Aku memuji dalam hati. Power..!! Hahaha.
Balak bilik, bersiap-siap untuk mesyuarat pada sebelah malamnya. Keja jangan tak keja…!!!!

Peristiwa Hari Hujan...

Adoi, malunya aku!!!

Situasi :

Hari Isnin
Hari hujan. Hujan lebat yang sangat lebat. Payung share ngan kak Ayu. Ondaway nak balik keja. Kuar ofis berlari-lari nak kejor bas. Habis basah!! Tunggu bas kat bus stop. After 5minutes, bas sampai. Kelam kabut naik bas nak elak kena hujan (padahal dah memang basah pun)

Dalam bas
Ramai plak manusia dalam bas. Tertinjau-tinjau cari tempat duduk. Tudia aih. Kat belakang sekali. .!! Jauh btol perjalanan nak sampai tempat duduk. Tengah khusyuk mengatur langkah dengan penuh ayu dan sopan santun, tiba-tiba bas bergerak n kaki tak dapat langkah yang betul. Kemudian, maakkkk…!!!!! Terjerit aku bila aku hampir-hampir nak tertiarap dalam bas tu. Nasib baik ada payung yang bertindak selaku penyelamat. Luv u la payung..!

Tak semena-mena aku jadi perhatian ramai. Malu sungguh..!! Kalau jeritan aku tu sedap telinga mendengar tak pa la jugak. Ni bunyi maccm kambing tercekik rumput je bunyinya. Tapi macam biasa lah, aku wat cool je. Konon-konon tak da pape yang berlaku. Tapi aku rasa muka aku ni dah tebal lebih dari tembok besar Cina time tu. lebih memalukan bila aku jatuh betul-betul kat depan sorang mamat ni. Kebetulan kat sebelah dia plak yang ada tempat duduk kosong. Dengan muka yang blushing (takyah pakai blusher dah!) dan hidung yang kembang kempis cover malu, aku pun duduk la kat sebelah mamat tu. Nasib la mamat tu tak hensem sangat. Kalau tak, terjejas imej aku. Hahaha.

Tapi sesungguhnya aku sangat malu time tu...!!!!!

Shoping Time

Monday, November 2, 2009

Hujung miggu lepas aku n kak Harliana memang enjoy shopping habis-habisan. Plan asalnya nak kuar KL hari Ahad. Tapi aku dah bosan sangat, kuar la g jalan-jalan kat Alamanda kesayangan ramai tu. Tiba-tiba dalam bas, dapat satu idea nak ajak kak Harliana sekali. Seperti yang di jangka kak Harliana dengan semangatnya bagitau nak join jugak. So, terpaksa la aku menunggu dia. Sementara kak aku tu nak sampai, sempat jugak aku melilau n merayau kat Alamanda. Dari dalam sampai ke luar aku tunggu. Tapi tak jugak sampai-sampai. Kebosanan telah membawa kaki ku menuju MPH. Hehe. Macam besa novel baru menjadi sasaran. Akhirnya dapat jugak novel yang dicari, MIKAIL by Ramlee Awang Murshid..!!



Dah habih 3 chapter pun tak nampak lagi batang hidung cik Harliana tu. Penat menunggu! Padahal Serdang dengan Putrajaya bukan jauh sangat pun. Tapi bas yang lambat. Camni ni la nasib orang-orang yang tak dak keta sendiri. Sangat bergantung harap pada bas yang lambat bertindak. Aku plak terus sabar menunggu, menunggu dan menunggu.

Setelah hampir 2 jam, akhirnya terlihat jugak kelibat kak Harliana. Tersenyum sambil melambai-lambai ke arah aku. Lega! Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan! Tanpa membuang masa, aku terus ajak g makan. lapar siot! Tempat tujuan aku adalah pizza hut. Bila dah boleh makan, aku melantak macam orang kebulur. Dalam masa bape minit je dah habih pizza tu aku belasah. Hahaha. Alhamdulillah, tersenyum aku kekenyangan.



Kak Harliana plak asyik sibok ngan camera dia. Snap sana snap sini. Aku tak kira dah janji leh makan. Ramai orang ingat aku n kak ni adik-beradik. Sama ka muka kami ni? Pape pun kak Harliana macam kak aku sendiri dah aku rasa. Love u kak!






It's Me...!!!!

Thursday, October 22, 2009


Hi all. Salam perkenalan. Semoga dengan adanya blog ni, korg sume akan lebih mngenali siap sebenarnya SITI ROHANI SAAD.



Selepas setahun makan tido kat umah, akhirnya aku insaf dan mula bekerja. Mula bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada bulan 7 yang lepas. Best siot keja kat sini. Merata aku pi sepanjang hampir 4 bulan bekerja.

1st tempat yang aku pi adalah Langkawi. Sepanjang hidup aku tu la kali pertama aku pi sana. Walaupun aku ni memang orangg Kedah. Haha~ Leh kata tiap-tiap minggu aku kuar outstation. Memang letih sket, tapi best la. Setakat ni aku dah 2 3 kali outstation kat area KL, Tganu, Langkawi and maybe pi Sabah lak kot. Harap-harap pakej Kak Wa tak dak prob lagi. Kalau tak, melepas la peluang aku nak shopping kat sana. Hehe.

Banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat sepanjang ikut mesyuarat ngan cikgu-cikgu ni. Pengalaman yang paling aku tak boleh lupa bila aku yang kena handle meeting tu. My very 1st pakej di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan..! 1st time aku handle meeting ngan cikgu. Memang huru-hara sket mula-mula tu. Time tu jugak la bateri tepon kong. Charger plak tak bawak. Betol-betol serabut. Cikgu-cikgu nak contact pun tak boleh. Aku nak contact sales person pun tak boleh. Terpaksa la naik turun tangga mencari orangnya,En. Suhaimi. Tapi  bila dah masuk hari ke-2, everything is under control..! Tq kak Siti Halijah sebab bagi pinjam charger. Huhu. To En. Suhaimi jangan serik berurusan dengan BPK and nice to meet u..=)

Satu Hari, Satu Malam Di Terengganu

Tuesday, October 20, 2009




Mula2 smpai tganu, trus check-in kat YT Midtown Hotel. Macam besa la, ada meeting dengan cikgu-cikgu dari pantai timur plak. Lepas dah setel sume keja aku, tmpt tujuan aku is UMT (tmpt study ku yang tersyg. huhu). Kat sana aku jmpa Sha (kawan sebilik time kat Saina). Dah lama tak jumpa dia. Sekarang dia plak study kat situ. Petang tu kitorang naik gerek pusing-pusing UMT. Sampai lenggoh la kaki aku ni. Pastu g lepak-lepak kat pantai tok jembal. Teringat zaman muda mudi dulu. Tension-tension sket, kat situ la tempat nak tenang kan fikiran. Tengah meronda tu terjumpa plak dengan Yuniza, my x-coursemate. Dia still macam dulu. Aku je yang tak reti-reti nak berubah jadi macam dia. Hehe.

Sebelah malamnya aku jumpa adik angkat aku. Aku penah jumpa dia sekali je, tu pun 4 tahun yang lepas!!! Time tu dia masih budak sekolah. Bila jumpa plak hari tu, masyaAllah..!! Dah besor panjang dia. Hensem plak tu. Hampir-hampir je nak ngorat. Hahaha~ Nasib baik la aku ni masih waras berfikir dan ada sifat-sifat malu kucing. So, cancel la plan nak ngorat-ngorat ni. Biar dia je yang ngorat aku (gila gediks!)

Dia bawak aku g makan kat kedai tomyam. Tomyam dia warna putih. Pelik tapi sedap la jugak. Apa nama kedai tu pun aku tak ingat. Perot dah kenyang, kitorang lepak-lepak ambik angin kat dataran syahbandar. Adik aku cakap kalau malam hujung minggu memang ramai orang lepak kat situ. Tapi malam tu tak ramai sangat orang. So, tak leh la nak lepak lama-lama. Bahaya!! Siap ada signboard lagi kat situ.


So, renung-renungkan dan selamat beramal. Hehe~