Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Resipi Ku Kini Milik Semua

Monday, June 28, 2010


Petang tadi aku asyik tengok rancangan masakan ja. Tiba-tiba teringat permintaan Kak Aida yang nak resipi laksa yang aku selalu masak. Hehe. Resipi dari mak aku. Tapi sudah diubah suai ikot suka aku. Hahahaha. Cakap banyak pun tak guna, usha la resipi kat bawah ni. Selamat mencuba ye.

Resipi Laksa Ikot Suka Hati
Bahan utama:
Ikan kembong segar sekilo. Rebus ikan bersama dengan asam keping dan garam. (Simpan air rebusan ikan untuk buat kuah)
Laksa yang dah di rebus dengan sempurna.
Bahan-bahan untuk dikisar:
30 tangkai cili kering. Kalau korang rajin kira la. Kalau tak, buboh la banyak mana yang korang suka. (Sila rebus dulu ye sebelum kisar)
20 ulas bawang putih.
Bawang merah 10 ulas ke atas.
Selabu bawang besaq.
*bawang yang banyak-banyak ni fungsi dia untuk bagi rasa manis. Lagi banyak lagi sedap.
Bahan-bahan lain:
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Bunga kantan
Daun kesom
Bahan hiasan:
Timun, bawang besaq dan pucuk putat yang di hiris halus dan mulus. Aku selalu guna pucuk putat sebab senang nak dapat. Amek kat depan rumah je. Terpulang la dengan selera korang nak hias dengan apa laksa korang tuh.
Teloq ayam rebus.
Limau nipis.
Cara-cara nak masak:
  1. Asingkan isi ikan dan tulang temulang. Tulang jangan terus buang. Kisar isi ikan dengan air rebusan tadi. Kisar tulang pulak dengan baki air rebusan. Tapis. Masukkan dalam periuk.
  2. Jangan lupa masukkan cili kisar tadi ikot tahap ketahanan pedas korang. Tambah asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa sayang hey korang.
  3. Nak bagi bau wangi buleh la buboh daun kesom dan bunga kantan. Jangan pandai-pandai nak spray perfume korang pulak.
  4. Masak sampai mendidih. Kemudian, siap sudah.
Cara-cara nak makan:
  1. Amek pinggan, buboh laksa. Taboq la bahan-bahan hiasan tadi. Pastu curah kuah setamak mungkin.
  2. Kemdian, nganga mulut ngap la.Tunggu lagi. Tak kan nak suroh aku suap pulak kot. Sebelom makan tu, jangan lupa baca doa ye. Selamat makan!
p/s: Sebenarnya aku masak main campak-campak ja. Tak penah pun bilang bape biji bawang aku guna atau banyak mana cili nak kisaq. Korang buleh modified resipi ni ikot suka hati. Tapi kalau tak sedap, jangan salahkan aku. Hehe.


Kat bawah ni aku tayang sket camne rupa daun kesom dan daun putat. Kot-kot ada yang tak kenai. Yang dah tau pun, sila buat-buat tak tau jugak.





Sumber rujukan : Google images :)

Makin Sibok Makin Rindu


Wei kau! Kalau aku kata aku rindu kau, kau caya tak? Tolong la. Tolong la caya kat aku. Sungguh aku sangat merindui kau di saat ini. Rindu yang lebih tinggi dari gunung everest. Rindu yang lebih luas dan dalam dari lautan Antartika. Rindu yang tidak terhenti bak denyutan nadi aku ni. Doakan nadi aku terus berdenyut ye. Aku tak kawen lagi wei. Haha.

Aku rindu kesengalan kau. Sengal tahap max!! Aku rindu kata-kata merapu dan mengarut kau yang selalu buat aku gelak berdekah kahkahkah.. Aku rindu perangai kau yang manja nak mampos. Aku rindu kau yang banyak cikadak. Aku rindu nak mengamok dengan kau bila kau ketegaq tak mau dengaq cakap aku.

Isyk, rindu sungguh aku kat kau budak Muhammad Aiman Hakimi uiiii. Sobs sobs. Nak balik kampong tapi tak sempat. Sobs sobs. Konon-konon sibok la tu. Bukan konon ok, memang aku sibok pun. Sibok menyebok!

Tengok jadual pergerakan menyebok aku kat bawah ni.
 

29 Jun – 1 Julai 2010 : Mesyuarat Kawal Mutu Standard Kurikulum Sains Tahun 3 dan Sains Tingkatan 2 Bil.1/2010 di Radius International Hotel, Kuala Lumpur

6 – 9 Julai 2010 : Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR Dunia Sains dan Teknologi Zon Labuan, Sabah & Sarawak di Hotel Dynasty, Miri

13 – 15 Julai 2010 : Mesyuarat Kawal Mutu Standard Kurikulum Sains Tahun 3 dan Sains Tingkatan 2 Bil.2/2010 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur

20 – 22 Julai 2010 : Mesyuarat Penyediaan Modul P&P Sains Tingkatan 2 Bil.1/2010 di Ancasa Allsuites Resort & Spa, Port Dickson

27 – 30 Julai 2010 : Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR Dunia Sains dan Teknologi Zon Selatan di Hotel Empress, Sepang

3 - 5 Ogos 2010 : Mesyuarat pembinaan Modul P&P sains Tingkatan 2 dan Sains Tahun 3 Bil.2/2010 di Selesa Resort, Bukit Tinggi

 

Sangat menyebok kan?? Ada lagi aktiviti menyebok yang tak masuk dalam senarai. Rasa macam mau menyebokkan diri menghantaq anak sedara aku ke Sabah pada 3hb Julai. Sempat ke nak menyelit kat tarikh tu? Anak sedara aku dapat masuk UMS. Jangan tanya kos apa, sebab aku pun tak tanya dia lagi. Aku ni mak sedara yang sangat baik kan.

Kemudian ada lagi misi. Ecah mengajak join dia gi kenduri kat Kota Tinggi pada 10 Julai 2010. Kalau dah kenduri 10 hb, tak kan hari tu baru nak pi Johor. Harus lah gerak pada hari sebelumnya. Kan? Usha balik jadual kat atas tu. Tengok 9hb aku ada kat mana. Ye, bijak! Time tu aku masih kat Miri. Petang mungkin baru bertolak balik ke KL. Agak-agak sempat tak nak kejor bas malam ke Johor?

Tu la, aku dah kata tadi. Aku sangat menyebok. Nak balik kampong pun tak sempat. Sobs sobs. Menyebok punya pasai. Lambat lagi la nak buleh balik kampong. Lambat lagi la nak buleh mengadap budak Aiman. Makin rindu la aku kat dia. Sobs sobs (lagi)


Budak yang aku rindu rinduan. Aiman Sengal! Time ni dia masih budak baik. Belom mula berperangai sengal beliau.




Dah mula sengal sket-sket time ni. Suka sungguh hisap jari.



Aiman pesan, "Jangan minum dalam botol!" Tapi kau minum dalam botol tak pa pulak ye budak.



Aiman kena buli. Hambek kau!! Haha. Ni bukan idea kreatif aku okey.



Nadia ~ selamat berdikari di negeri orang.


Dah besaq belaka dah anak-anak sedara aku rupanya. Cepatnya masa berlalu.

Crew Tari Menari

Wednesday, June 23, 2010

Aku pikiaq, karang dalam kepala otak, menaip, padam.

Kemudian aku pikiaq lagi, karang semula, menaip sekali lagi, padam!

Arghhhh!!!!

Aku nak menulis, tapi tak terluah ayat yang menarik.

(Macam la karutan aku sebelum ni menarik sangat)

Demi tak menghampakan diri sendiri, aku cuba pikiaq sekali lagi.

Dari petang sampai ke malam aku menunggu ilham. Poyossss!!! Macam la nak mengarang novel.

Tau sebab pe aku tak leh pikiaq? Tau tak sebab apa? Sebab aku sakit gigi! Bukan main-main punya sakit ni. Rasa macam nak hentak-hentak kepala lutut kat dinding. Nak ketuk-ketuk pintu dengan penyapu. Boleh bayang tak rasa sakit tu? Sakit tu memang sakit. Sangat!


Sejak dua tiga menjak ni, aku mula terminat dengan breakdance. Oh, jangan pikiaq aku dok menari pulak. Semestinya tidak. Ni sume pengaruh showdown 2010 di 8tv. Best dowh layan show ni. Aku paling suka Floor Fever dengan HMC Phlow. Terbaekkkk!!!! Dan aku baru perasan Wakaka Crew tu adalah Alam and the geng.




Mereka terdiri daripada: Zen, Nita, Diha, Boojae, Na, Flip dan Lilo

Floor Fever Crew ~ Cool crew ever. Aku suka pompuan-pompuan itu punya step. Mantop!



Nama budak-budak ni: Farez, Epul, Fuzz, Faroq, Angah dan Mail

HMC Phlow Crew ~ Yeah, aku ter'flow' dengan korang. Paling best time martial art performance. Perghhh!



Ahli-ahli crew: Wan, Ayie, Heri, Alam, Azim, Joe dan Naz

Wakaka Crew ~ Boleh la. Sebab ada Alam. Hehe.

Battle round paling best. No touching! No touching! Haha. Kesian Hafiz dok jerit-jerit.

Kalau rasa tak paham apa aku dok merapu ni, tengok la showdown Rabu depan. Tengok boleh, undi-undi tak yah. Hahahaha.

Gambaq-gambaq ni aku cilok dari ---------> SINI <--------- nak tengok gambaq crew-crew yang lain pun boleh

Huarghhhhhhhh…… ngantok dah aih. Aku tidoq dulu noh. Selamat malam manusia.

Semalam & Hari Ini

Tuesday, June 22, 2010


Kesejukan terlampau melampau mendorong aku beraksi sedemikian. Tapi jangan risau, tiada aksi terlampau yang berlaku.. hehehe~~


 

Selamat hari Selasa. Basah lencun aku pi ofis pagi ni. Hujan lebat yang amat. Tapi sume tu rahmat.

Ok, hari ni aku nak cerita pasal semalam. Kisah semalam untuk hari ini. Niat di hati nak post semalam, tapi aku tak larat nak menulis.


 

Semalam BPK adakan majlis perpisahan Pengarah BPK, Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani yang akan berangkat pergi bertugas di UNESCO, Paris. Aku yang berhajat untuk bercuti, terpaksa menangguhkan hajat tersebut. Terima kasih En. Hashimi dan En. Aziz kerana sudi mengheret saya dan Haslina terlibat sama. Tak pasai-pasai aku jadi AJK Makanan untuk majlis tersebut.


 

Bab makan memang best. Tapi yang macam hampess nya, geng-geng catering tuttttttt itu lambat mengalahkan siput sedut. Janji melayu memang tak leh pakai. Janji nak sampai kul 8 pagi tapi akhirnya kul 10 lebih baru nampak batang hidung. Baru la kelam kabut nak prepare meja VIP. Time pengarah dok berucap plak tu. Nampak macam kurang sopan la sket. Bayangkan majlis dah nak habih, makanan masih di jalan. Yang sampai awai sket tadi tu bawak barang-barang sahaja. Boleh plak mai asing-asing. Dah la lewat!!!

AJK makanan yang terlibat, dah macam ayam berak kapur. Tak senang duduk. Gelabah bewak. Bewak pun tak cuak macam kami. Sume orang dah bertanya pasai makanan. Ada yang berambus dulu sebelum sempat makan. Tak sanggup nak tunggu dah sebab dah lapaq sangat. Maafkan kami ye sebab anda sume kelaparan. Aku sangat memahami kerana aku juga sangat lapaq ketika itu.


 

En. MC pun terpaksa la melengah-lengahkan majlis. Dapat la dengaq pengarah menyanyi. Boleh tahan la jugak suara dia walaupun ada sket sumbang sana sini. Haha.


Aku dan Haslina. Ramai yang kata muka kami sama. Nampak macam adik-beradik ke??


Bermesra-mesra dengan Kak Aida. Hehe.




Kek di taja. Tapi akhirnya terbiar begitu saja.

 

Dan hari ni pagi-pagi buta dah kena mengadap bos ku ~ En. Aziz. Melaporkan apa yang berlaku semalam. Aku bukan kaki mengadu, tapi aku hanya jawab apa yang ditanya.. hee~~ Macam yang En.Hashimi selalu cakap, jangan sampai kena tembak dengan En. Aziz. Ye, pagi ni memang aku kena tembak. Tapi jangan la dok bayang kena tembak dengan senapang patah pulak. Kalau tak, kompom la aku tak leh menulis sekarang ni. Telinga aku sebenarnya yang kena tembak. Telinga ku ini ditembak dengan butir peluru yang berubah dalam bentuk kata-kata beliau. Berdesing telinga aku! Tak. Tak. Bukan aku yang kena marah. Cik dari catering tuttttt tu yang kena. Haha. Jangan ingat bos aku yang nampak baik tu akan baik selamanya. Terima la akibat kalau buat salah dengan dia. Terus kena blacklist. Hidup En. Aziz!!!!


 

Pengajaran ~ Tak yah dok buat segak la kalau buat keja macam taikkk.

(Naseb baek aku memang tak segak. Jadi kalau buat keja macam cibai pun, tak dak la terasa sangat dengan kata-kata sendiri ni. Hahaha.)


 

Rumah siap, pahat dok bunyi lagi. Tu la yang jadi. Pahat-pahat tu tau bunyi ja. Padahal waktu rumah tu tengah di buat, pahat-pahat tu tak pulak menawarkan khidmat mereka. Jangan kata nak berkhidmat, kalau amek tau sket pun dah kira besaq tuah dah. Tapi ada pahat-pahat tu amek kesah?? Tak yah harap la. Tau dah apa pahat-pahat tu nak kata. Ada kami kesah?? Hah!! Tapi bila rumah dah siap, pahat-pahat tu pulak yang bunyi lebih-lebih. Memang dasar pahat berkarat betoi!!

Nasihat aku, kalau tak boleh jadi pahat yang sedia berkhidmat sekurang-kurangnya jadi la pahat yang tak mengeluarkan bunyi-bunyi sumbang setelah rumah siap. Boleh ke tidak?


Pahat tak semestinya berasal dari Batu Pahat. Pahat-pahat itu ada di mana-mana.

Lelaki Bernama Ayah

Sunday, June 20, 2010

Salam. Selamat hari Ahad.

Hari ayah di sambut pada hari ahad ketiga dalam bulan Jun.

Hari ini adalah hari ahad ketiga dalam bulan Jun.

Jadi hari ini merupakan hari apa murid-murid??

Pandai. Pandai. Pandai.

Hari ini adalah HARI AYAH SEDUNIA!! Selamat hari ayah kepada kaum lelaki yang bergelar ayah, abah, abi, walid, daddy, papa ataupun bapak.

Entri kali ni aku akan bercerita tentang lelaki bernama SAAD BIN MAN. Entri yang beremosi barangkali. Tapi aku janji tak kan nangis.

Beliau adalah ayah aku. Atau lebih tepat arwah ayah aku. Aku hanya berkesempatan bergelar anak kepada seorang ayah selama 10 tahun sahaja. Arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada tanggal 02 Oktober 1996. Bulan Oktober memang banyak suka duka dalam hidup aku. Besday aku dan mak tercinta juga jatuh pada bulan Oktober.

Mengimbau kenangan selama 10 tahun sebagai anak kepada seorang ayah yang tegas tapi penyayang…

Kenangan bermotorsikal dengan ayah dan mak, memang aku tak penah lupa. Mana saja depa pi, mesti aku nak ikut sama. Kiranya tak dak peluang langsung la nak berdating. Malam-malam pun aku tido dengan depa. Hehe.

Menurut kata mak aku, ayah aku memang garang. Tapi sejak aku lahir kat dunia ni sampai umoq aku 10 tahun, aku tak penah nampak kegarangan arwah seperti kata mak aku tu.

Anak-anak dah besaq, jadi pendekatan untuk mendidik pun turut berubah. Sumpah, aku tak penah kena marah dengan ayah aku! Pagi-pagi melalak tak mau pi sekolah pun ayah aku cool je. Sabar je dengan karenah aku.

Aku memang tak rapat sangat dengan ayah aku. Apa benda yang aku takut sangat pun tak tau la. Tapi ayah tak penah lupa belikan aku dan kak intan hadiah setiap kali dia keluaq pekan. Barang yang sama untuk kami berdua, tapi berlainan warna.

Penah suatu hari, masa aku baru balik sekolah (tak ingat umoq berapa masa tu). Mak cakap ada hadiah untuk aku. Berlari aku masuk rumah. Rupa-rupanya ada anak patung untuk aku. Suka gila aku. Mau tak seronok, selalu dok main patung kertas je. Terima kasih ayah.

Masa aku sakit sampai tak boleh jalan, ayah yang dukung aku bawak gi klinik. Maaf ayah dan mak sebab banyak menyusahkan hidup kalian.

Pagi 02 Oktober 1996…..

Ayah tiba-tiba mengadu sakit dada. Sesak nafas. Berpeluh-peluh. Mak setia di sisi ayah. Membasahkan tubuh ayah yang tegap. Aku tak tipu. Ayah aku memang tegap orangya. Tapi makin lama, sakit ayah semakin menjadi-jadi. Mak yang kekalutan, arahkan aku dan kak aku memanggil abang sulung dan tok sedara aku yang tinggal di sebelah rumah. Kak dan abang yang tinggal berjauhan turut dihubungi. Abang sulung aku terus meriba ayah dan mengajarkan ayah mengucap sejurus dia sampai. Aku hanya mampu melihat dari jauh ketika abang sulung ku meraung di saat ayah menghembuskan nafas yang terakhir dipangkuannya. Tepat pukul 7 pagi, ayah telah kembali kepada pemilik nyawanya. Aku tak menangis ketika itu. Sebab aku rasa seperti ayah aku sedang enak tido ketika itu.

Tapi aku mula menahan sebak tatkala ayah ku dikafankan. Mau saja aku marah orang yang kafankan ayah aku. Namun, tak terucap di mulut. Aku menangis dalam hati sambil berkata:

"Nape nak bungkus ayah. Ayah tengah tido la. Camne kalau nanti ayah bangun.."

Bagi aku, peristiwa itu bagai satu mimpi. Tapi untuk aku kembali bertemu ayah, tak mungkin terjadi. Tiap kali memikirkan hal ini, pasti ada air mata yang menitis di pipi.

Maaf, aku tak mampu nak tunaikan janji aku tadi. :'(

Semoga ayah tenang di sana.

AL-FATIHAH.

Ya ALLAH, ampunkan segala dosa ayah ku. Kau tempatkanlah ayah ku di kalangan orang-orang yang beriman. Jadikan syurga sebagai ganjaran untuknya. Amin.

Sayangi kedua ibubapa sementara mereka masih ada. Hargai mereka. Kehadiran mereka hanya sekali.

"Ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya." (Hadis sahih riwayat Ahmad, at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Terima kasih Rosyam Nor. Anda buat mata aku bengkak tengok cerekarama "Sutera Sebalik Wajah"

Ayah, Selamat Hari Ayah. Saya sayang ayah. :'(



 


Enak Bangat Sih!

Wednesday, June 16, 2010

Afgan, napain elo ni ganteng bangat sih? Lagu-lagu elo memang kren. Lagian suara elo enak bangat..

Ni yang dah di alih bahasa.

Afgan, awat hang hensem sangat?? Lagu-lagu hang pun best. Tambah pulak suara hang yang sungguh menusuk kalbu itu, alahai….

Haha.

(cilok dari pokcik google)

Isyk, jangan la usha i cenggitu. Malu la u.

Euuwwww!!! Gedik kan aku?

Ok. Ok. Aku tau korang menyampah. Aku tak gedik dah. Kali ni je la.. Pasni sambung gedik lagi.

Haha.

Dipendekkan kisah, aku nak kongsi lagu Afgan yang memang femes sekarang ni. Lagu tema drama bersiri Janji Kekasih itu la ~ Padamu Ku Bersujud!! Tanpa banyak cikadak, sila la hayati lirik lagu di bawah.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Dapat pengajaran tak?? Dapat insafi diri tak?? Mungkin lirik saja tak cukup berkesan. Jom layan lagu pulak. Nak download? Nah ambek!

Padamu Ku Bersujud mp3

Videoclip Padamu Ku Bersujud


En. Afgan, anda patot nyanyi je kot. Berlakon macam tak berapa nak berlakon pun aku tengok. Pape pun aku tetap ngefan sama kamu Afgan.

Lupakan Yang Lama

Sunday, June 13, 2010


Salam.

Hari ni pagi-pagi buta aku dah tolong menjana ekonomi negara di Alamanda. Dari pintu masuk, aku tuju kedai Celcom. Kat situ saja dah habih 2 lai not warna biru yang ada tercatat angka 50! Adoi,sesak napaih!

Kemudian, misi mencari beg duit. Last sekali aku guna beg duit adalah pada tahun 2008 kalau tak silap. Beg duit pink yang penuh kenangan. Beli time dating. Ahaks!


Nampak tak beg duit itu? Sangat pink. Ye la, tengah hangat bercinta. Pastu konon-konon nak jadi pompuan ayu. Gedik! Inilah aku pada masa lalu.









Rupa-rupanya banyak jugak gambar kenangan aku bersama beg duit pink tu. Sayang sungguh! Bawak ke mana saja.

Dan hari ni pada tahun 2010, barulah aku ada keinginan nak ada beg duit pulak. Beli sendiri, mungkin lebih bermakna. Juga petanda aku sudah lupakan yang lama. Yes! Yes!



Cantik kan? Nampak lebih matang. Sesoi la kot dengan usia. [Usia? Kenapa nak berahsia? ~ selingan jap] :))

Tapi kalau duit tak dak, tak guna gak ada beg duit baru pun. Hampeh nyok!


 


 

Tak Guna Betoi!!

Saturday, June 12, 2010

Malam ini aku sendirian di rumah. Tiba-tiba aku terdengar bunyi suara kau. Aku berasa sangat seram.

"Hey kau! Tolong jangan berbunyi lagi boleh tak? " marah sungguh aku pada suara itu.

Walaupun rupa kau tidak kelihatan, bunyi suara kau saja sudah buat aku cuak.

Oh,tidak!

Kau berbunyi lagi. Dan kali ini kau menampakkan susuk tubuh kau yang langsung tak menggiurkan pada pandangan mata manusia bernafsu. Aku nampak kau cuba menyorokkan diri. Dengan separa berani aku cuba untuk menghalau kau dari persembunyian. Takut. Memang aku takut! Tapi aku gagahkan jugak diri aku ini.

Cubaan pertama,gagal! Kau masih tak berganjak dari situ. Air mata aku mula bergenang. Cilakak sungguh! Sekali lagi aku mencuba. Akhirnya,kau mau berambus. Ya ALLAH,aku lega.

Kau memang seekor cicak tak guna!!!!! :'(

Tak Dak Tajuk

Friday, June 11, 2010

Angin malam yang dingin selepas hujan terasa sangat nyaman.. Sambil menghirup air milo O suam, aku menghayati angin tersebut dan seperti biasa lagu shahir af8 ~ kebahagiaan dalam perpisahan menjadi penghibur hati.. :)

Entah kenapa aku jadi begitu obses dengan lagu itu.. Nak kata sedap telinga mendengaq, ye memang sedap pun!


 

Meneliti lirik lagu best tu, aku terimbau peristiwa malam semalam..


 

Nada dering lagu Straight Through My Heart kedengaran menandakan ada panggilan.. Dengan mamai-mamai aku gapai telefon ku yang pernah terendam dalam air terjun Lata Bayu dan baru-baru ni dah hilang covernya.. Aku usha skrin telefon yang sedikit kelabu asap.. Ada no yang aku tak kenal..

"Sapa plak tepon tengah-tengah malam buta ni?"

Memang aku tak tau tu no sapa.. Tapi aku pulun pi jawab jugak..

Gebang punya gebang, last-last aku tau dah siapa gerangan yang sedang bercakap dengan aku ketika itu.. Siapa dia tak penting.. Tapi soalan yang diaju kepada ku itu memang mampu membuat mata ku cerah benderang! Mamai pun dan dan lari lintang pukang..

Orang itu mengingatkan aku pada seseorang yang aku tak mau ingat sangat walaupun aku tak boleh lupa dia.. Aku tak mau ingat sangat sebab nanti aku akan syahdu lebih..

Walaupun terguris hati ini, hingga menitis air mata

Namun semua tak bererti bagi mu

Sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau kau tak suka tak apa,Tuhan masih menyayangiku

Moga suatu hari akan tiba jodoh buatku dengan insan yang ikhlas cintanya

Sobs.. Sobs…

Kan aku dah kata? Sudah. Kita tinggalkan yang syahdu syahdan kat belakang.. Kata kebahagian dari perpisahan kan..

Baik.

Kalau tengok kat facebook aku, aku ada post status yang berbunyi begini..

"Dinikahi perempuan 4 perkara.. Dinikahi lelaki kerana apa?"

Sebenaqnya tu adalah tajuk ceramah yang aku p tadi.. Tajuk ceramah memang gempak.. Tergedik-gedik aku nak p.. Excited lebih!

Tapi…….

Sedikit kecewa jugak la.. Sebab penceramah tu macam tak elaborate sangat part "Dinikahi lelaki kerana apa?" Padahal part ni la yang aku tunggu-tunggu.. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

Satu = cari calon suami yang berharta.. maksudnya yang ada keja la..kalau tak dak keja,macam mana nak bela anak orang cik abang oii…isteri boleh membantu si suami,tapi bukan menyara hidup suami..paham? (eh,macam ustaz tadi la pulak..hehe~)

Dua = lelaki yang layak bergelar pemimpin keluarga sesoi buat calon suami..

Tiga = akhlak yang baik/keturunan yang baik..

Empat = Agamanya..

Lebih kurang macam nak pilih isteri jugak la kan.. Tak yah explain panjang-panjang la kot ye..

Ok lah.. Nak cari baju untuk pakai esok.. hehe.. Chow!



 

 

Membongkar File-file Sulit

Tuesday, June 8, 2010

Jom semak pasai Hanie Saad yang mungkin korang tak tau! Hehehe…


1 ~ Dia ni sebenaqnya suka nangis.. Tapi dia tak kan nangis depan orang.. Habih cover la depan orang, tapi kat belakang meraung melalak, menangis (secara matang) tak yah cite la.. Jaga imej la kunon.. Cit,pooooorah!!



Nota penting: Menangis secara matang tu adalah tangisan yg tak berlagu.. Hanya ada air mata yang menitis..


2 ~ Bermonolog adalah hobi dia kalau dia xboleh nak berkomunikasi secara langsung dengan seseorang yang dia nak bergebang.. Ke arah nak jadi sewel la ni.. Sila berhati-hati sikit dengan beliau..


3 ~ Cikgu selalu ingat dia berangan dalam kelas.. Tapi hakikatnya, dia sedang memikirkan kata-kata berupa nasihat atau kata-kata semangat dari cikgu tersebut.. Time tu jugak dia nak pikiaq!


4 ~ Menjadi ketua study group walaupun dia ni merupakan murid kedua yang paling malas ke sekolah.. Guru Besar pun terkejut berok! Hahaha…


5 ~ Suka belajaq di rumah dengan TV.. Kalau budak-budak sekarang tengok Tv Pendidikan tu, mau gelak guling-guling.. Skema yang amat..!! Tapi bagi Hanie Saad, suka sangat.. (time kanak-kanak tu je la)


6 ~ Minum guna botoi susu sampai umoq 6 tahun.. Gila ka pa dia ni?? Tak sedaq diri kot dah tua bangka pun minum guna botoi lagi.. Haiyaaaaa~


7 ~ Yang ni lagi burok perangai.. Tidoq dengan mak sampai darjah 6.. Anak sapa la ni..


8 ~ Takot p hospital dari kecik.. Bila besaq sket dia buat-buat berani.. Dia geli dengan binatang seperti biawak (euwwwwww!!!) & yg terbaru dia fobia dengan cicak.. Tolong la cicak, jangan la muncul tiba-tiba depan dia, mau berderau darah…


9 ~ Pernah mencederakan mata anak jiran yang bermulut longkang.. Kata-kata perlu dijaga ok.. Kan dah kena baling ranting kayu dengan beliau.. Padan muka!


10 ~ Sudah la kot sikit-sikit.. hihi..


Nikah Kawen Firdaus & Ekin :))

Monday, June 7, 2010

Selamat cuti sekolah!!! Alangkah seronoknya kalau dapat bercuti jugak.. Apa fenomena yang sering melanda time cuti sekolah macam ni??

Apakah??

Apakah??

Ye,betol.. Fenomena kenduri kawen!!

Aku pun turut sama menyebokkan diri di majlis kawen kawan ku pada 06 Jun 2010..

Tanggal 05 Jun 2010 salah sorang Geng King Charlie dah menamatkan zaman bujangnya.. Dengan sekali lafaz je Ekin dah selamat bergelar isteri yang sah kepada En. Firdaus.. Tahniah!!




~Bagai pinang di belah dua~




~Semoga korang berbahagia sampai hujung nyawa~



Majlis perkahwinan yang ringkas.. Seterusnya, biarlah gambar berbicara..




Pengantin lapaq ayaq..hehe~




Ketekunan jurufoto yang tiada batasan







ecah, mulha yg sesat barat & aku :))




aku & ika :)




Jurufoto yang gigih :)




hehe :))





Selamat Pengantin Baru Ekin!!! Semoga anda berdua kekal bahagia selamanya..


Ikhlas dari bakal pengantin 20??.. hahaha ;D

Cikgu, Cikgu & Cik

Friday, June 4, 2010

Terimalah pantun tak berkerat!


 

Hari ini hari Jumaat.. Aku masuk ofis lambat..

Bukan nak ngelat..Tapi aku pi majlis konvokesyen Saaidi Saad..


 

Beliau adalah abang aku..

Tarikh    : 4 Jun 2010

Tempat : Auditorium Cendera Sari, Putrajaya

Perkara     : Majlis Konvokesyen KPLI IPG Kampus Islam, Bangi




Walaupun tak dibenaqkan ambik gambaq, tapi aku spesis ketegaq curi-curi snap ini gambaq..




Cikgu Adi & Cikgu Nani




Cikgu Nani & Cikgu Adi



Cik & Cikgu Adi


Bila la Cik nak bertukaq jadi Cikgu jugak?? Hmmmm…..

Kawan ke??

Thursday, June 3, 2010

Dah agak lama aku tak meng'emo'kan diri aku..

Tapi,

hari ni aku kembali ber'emo'..!!!

Setiap manusia kat mukabumi ni paling kurang pun mesti ada jugak kawan sorang.. Kan??

Persoalannya, kawan jenis macam mana yang kita berkawan tu??

Aku tak kesah kalau orang yang berkawan baik (maksudnya,tak dak gadoh2 la) dengan aku tiba-tiba buleh buat macam tak kenal je.. Aku masih ok dengan tindakan sebegitu.. Sebab setakat ni aku tak penah lagi bertemu jodoh dengan spesis yang macam ni.. Hehee..

Apa yang buat aku hangin adalah spesis manusia yang mengaku kawan padahal langsung tak penah contact dalam jangka masa yang panjang.. Jangan kata nak tepon, sms tanya habaq pun tak dak!! Lepas tu bila nak mintak tulong, baru la terhegeh-hegeh nak tepon, nak sms.. Sorry nek lori la..!!

Lagi satu, spesis yang suka ambik kesempatan.. Memang memeluatkan!! Pantang buat baik sikit.. Bangang!! Huh!



Fuh,lega sikit!



Kepada kawan-kawan yang penah mengenaliku sejak zaman kanak-kanak ribena,zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, zaman matrik, zaman universiti & zaman kerja, sesungguhnya aku mau jadi kawan yang selayaknya dipanggil kawan.. Tapi,layakkah aku??


**Berdebar-debar jantungku dikala ini..Kenapakah??**

Laporan Tertunda

Tuesday, June 1, 2010

“Tanggungjawab orang laki sampai bila-bila…”
Dengaq ja ayat ni, meleleh ayaq mata.. No, no, no!! I tak cengeng ok?! Tapi tersentuh beb! Ayat ni diungkapkan oleh seorang suami yang ada masalah penglihatan tetapi masih mahu membantu isterinya mencari rezeki dan dengan rela hati menolong isterinya melakukan kerja rumah kerana baginya tanggungjawab orang laki sampai bila-bila..
Malangnya, ada jugak manusia yang celik bijik mata, tapi hati buta ~ yang ni aku tak mau explain panjang-panjang.. Meluat!

Aku nak mula mengarut dan merapu.. On your mark, get set and go!!
Kalau tengok kat facebook, ada la nampak satu album bernama “pengembaraan budak2 jakun”.. Di sini akan dilanjutkan kisahnya.. Peristiwa 22 Mei, tapi baru sekarang laporan menyusul.. Kalau makanan, dah basi dah pun!

Watak-watak yang terlibat adalah:



Each sbg Budak Kurang Jakun





Leen sbg Budak Jakun Tak Jakun Sangat La (isyk,panjang plak nama dak ni..;p)


Dan



Ani sbg Budak Tak Jakun Langsung.. haha~


Pengembaraan bermula agak lewat.. Maaf kan Budak Tak Jakun Langsung ni ye.. Memang terbukti kalau nak merayap kat kota raya ni kena guna motorsikal, lebih jimat dan pantas..Tak dinafikan penggunaan pengangkutan awam lebih jimat, tapi banyak la masa anda yang umpama emas itu terbuang begitu saja.. Rugi kan? Tapi apa daya ku, hanya BAS,KTM,ERL,LRT,Monorail saja yang termampu..
Berehat sat bersama kitkat.
Tahukah anda??

Tahukah anda bahawa Barrack Obama tak suka makan eskrem?? Tak tau? Sama la, aku pun baru tau.. Ini disebabkan dia pernah keja kat Baskin Robbins dulu masa zaman remaja dia.. Cemuih dah la tu dengan eskrem..

Ok, sambung balik pengembaraan tadi.
Stesyen KTM Serdang menjadi destinasi pertemuan.. Masa menunggu tak disiakan.. Ambik gambaq sana ambik gambaq sini.. Tak tunggu aku pun,sampai hati!

Arah tuju --> The Mines..!!!


“Kedai mana kita nak terjah dulu nih?”
“Kita makan dulu!!”


Pusing punya pusing, last-last masuk Kenny Rogers..
Soalan untuk Aisyah --> ¼ + ¼ = ?
Aku nak gelak je.. HAHAHAHAHA!!!

Perut sudah kenyang, aku mula mengantok..Tapi masih ada mission yang belom tercapai.. Movie time! Layan cite Robin Hood sampai tertido la.. Syahdu sangat dalam panggung tu.. Sejuk + mata yang segan nak celik = terlelap seketika.. zzZZZZZzzzzz..

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.. Tengok je la gambar-gambar ni..












Maaf la, ada tiga watak ni ja.. Jangan cemuih tengok no!





Macam tak penah tengok ikan.. Jakun sungguh!



Sengih cah, jangan tak sengih!!



Mana tak jakun kalau tgk ada traffic light kat tasik..
Yg mcm empangan tu nama dia lif air.. Lagi la bertambah jakun..



Ambik gambaq tak cemuih2..



Ada lagi foto-foto










&
Jeng..jeng..jeng..
Kasut baru!!!!



Hehehehe..
Sangat seronok perabih duit.. Yeah!