Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Good Good Bye

Thursday, February 20, 2014

Buku di tangan, mata tengok geng RunningMan beraksi. Dalam dok gelak happy sorang-sorang, boleh pulak teringat terkenang terimbas kembali dan macam-macam ter lagi lah yang sama waktu dengannya. Gara-gara baca artikel (ke?) dalam Kitab Terfaktab Konotasi Rasa. Sekadar berkongsi pengalaman perpisahan. Mungkin boleh buat karangan?

***

Petang itu rumah dikunjungi Mak Tam dan Pak Tam. Niatnya menjemput walimah anak sedara belah Mak Tam yang juga sang mantan belahan jiwa aku satu masa dulu. Punya tak cool bercinta dengan sepupu sepapat. Aku buat-buat tak dengar apa yang mak dengan adik dan adik iparnya berbual. Malas aih nak ambil tahu.

Beransur pulang Mak Tam dan Pak Tam, aku gagahkan diri tengok kad undangan. Warna hijau muda. Tertulis nama dia dengan pengganti aku. Pengganti yang ditakdirkan jodoh dia. Nama sedap. Aku syak mesti cantik juga orangnya. Ahh, memang cantik pun. Pernah aku tengok gambar pertunangan mereka.

---

"Awak, mana gambar tunang? Nak tengok!" over jugak la aku berlakon cool time tu.

"Nah, tengok la" dia lagi selamba badak. Album gambar aku selak satu persatu. Kata terpaksa tapi senyum bukan main lagi. Hati jeles berbicara.

"Cantiknya dia!" konon teruja tapi tahan ja sebak.

Selesai upacara membelek gambar, kini tiba giliran upacara mengembalikan kenangan. Barang-barang pemberian dia aku pulangkan. Ada la beberapa barang. Tak berapa nak ingat dah apa barang tu. Tapi yang paling syahdu adalah duit seringgit yang separuh ada pada aku dan separuh ada pada dia. Konon-konon nak cantum semula jika kami bersama. Indahnya angan-angan.

Masa pulangkan barang-barang dia lagi teruk aku kena berlakon cool. Tahan air mata supaya tak tumpah depan dia. Tapi tak tahan lama pun. Berpaling ja membelakangkan dia, terus pecah empangan air mata. Tanpa dipaksa-paksa. Tu la dia penangan cinta pertama yang kegagalan. Tu lah kali terakhir aku bertentang mata sebelum dia bergelar suami orang.

---

Kad undangan aku kembalikan ke meja. Taubat aku tak pi aih kenduri hang! Kaki terus melangkah ke dapur cari makan sambil lap air mata.

***

Lebih kurang camtu la kisahnya perpisahan yang pertama. Yang lain-lain aku karang dalam entri lain la pulak. Bertambah la jugak entri bulan ni. Hahaha. Ok, nak sambung tengok Kwang Soo oppa.


P/s : Perpisahan mungkin adalah suatu permulaan. Permulaan bagi yang baik atau buruk? Haaa, itu yang kita tak tau.

Entri Dalam Bas

Wednesday, February 19, 2014

Salam dan selamat pagi.

Aku menaip dalam bas ni. Harini semangat keluar awal. Konon nak siapkan keja cepat-cepat. Kalau tidur pun siap termimpi pasal keja petanda tak best la tu. 

Oh ya, lepas ni aku rasa aku tak kira dah berapa hari fighting apa semua tu. Sebabnya hari-hari aku berlalu dengan pantas dengan keja yang tak siap-siap.

Aku suka.


P/s : Nanti la aku karang entri menarik sikit. Dalam bas ni oiii. Nak menaip ni pun seksa. Haha.

Day 5, Fighting!

Monday, February 10, 2014

Sakit kepala menyerang. Perut masuk angin. Hilang selera makan. Padahnya jadi tak bertenaga. Kalau ikut rasa tak larat, memang aku terbaring ja sepanjang hari. Tapi sakit ni bukan boleh ikut sangat. Tak boleh manja sangat.

Aku gagah bangun mandi dengan kepeningan. Niat nak melawat Alamanda terpaksa dibatalkan. Nak pi dapur pun melelong ada hati nak pi shopping. Rebah terguling sorang-sorang baru padan muka.

Demi nak mengisi perut yang kosong aku ke dapur jugak buat bubur. Tu pun ada la 2 3 kali muntah sebelum bubur tu masak. Penat ja masak, semangkuk pun makan tak habis. Kepala dah cari bantal. Lelap sampai tengahari. Alhamdulillah lega sikit.

Apa pun yang jadi hidup mesti diteruskan. Tuhan, tolong aku.


P/s : Buat teruk boleh.

Aku Bukan Eriza

Thursday, February 6, 2014

Aku gagahkan jari menaip sebaris ayat ucapan selamat hari jadi untuknya. Tak sampai 5 minit, pesanan ringkas itu berjawap. Sempat jugak bertanya khabar dan bertukar cerita setelah sekian lama tidak berhubung.

Tapi kali ini lain benar aku rasakan. Aku tak sepatutnya berbuat begitu sedari awal. Sebagaimana susah payahnya aku nak melupakan, begitu juga dia. Maaf kawan, bukan niat untuk mengungkit kisah lalu apatah lagi untuk mengganggu perasaan. Maafkan aku.

Bahagianya Zain Hakimi dan Ersalina Imani selepas bermacam dugaan melanda. Begitu juga aku harapkan kebahagiaan milik kalian. Bahagia sampai hujung nyawa. Bahagia sampai syurga. 

Dari jauh aku doakan kebahagiaan kalian kerana aku bukan Eriza.


P/s : Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-30 Along.

Day 1, Fighting!

Wednesday, February 5, 2014

Aku akui perasaan sebak masih bersisa. Tapi aku yakin perasaan itu tak akan singgah lama. Seiring masa beredar, lenyaplah ia. 

Tuhan, tolong aku.

February Fight

Tuesday, February 4, 2014

Salam.

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah masuk Februari. Februari? Ada apa dengan Februari?

Awal bulan ulang tahun kelahiran sang mantan. Tak pernah lupa. Mungkin kalau ditakdirkan hilang ingatan baru boleh lupa kot. Ini adalah contoh orang yang gagal untuk move on ye kawan-kawan.

Tengah bulan setakat ni belum ada apa-apa event yang menarik dalam perancangan. Akhir bulan sedikit kecewa sebab Perhentian Vacation tak jadi. Tapi tapi tapi kita tukar Trip to Langkawi on March. Semangat dah ni!

Last but not least, Februari adalah bulan di mana aku ada kekuatan untuk mulakan langkah terakhir selepas ignore and endure. Harap Tuhan tolong aku.

Fighting! 

Kasut.Sandal.Selipar

Perempuan dan kasut tak dapat dipisahkan.

Kasut kerja lain, sandal berjalan ke tempat kerja lain, selipar ke tandas di tempat kerja lain, kasut outing lain, sandal santai lain, selipar pakai dalam rumah lain. Setiap aktiviti lain-lainlah kasut/sandal/seliparnya.

Itu baru aktiviti, belum kira bilangan lagi. Kalau setiap aktiviti ada 2-3 pasang kasut/sandal/selipar?

Redha ja la.