Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Pantun Sayang Anai-anai Makan Buku

Thursday, September 30, 2010


Salam.
Aku mula kan entri kali ni dengan serangkap pantun.

Sayang anak hang tangan-tangankan,
Sayang isteri hang ditinggal-tinggalkan,
Sayang kekasih pulak hang biaq anak mati kena pijak pun tak pa,
Lepas tu hang buat statement, saya masih sayang dia.

Kepala hot-ak kau la pompuan! Sayang la sangat. Tak sampai mana pun sayang hang tu.
Eh, nak berpantun lagi la. Hehe.

Nasik lemak buah bidara,
Sayang selasih hampa lurutkan,
Buang anak merata-rata ikut suka saja,
Cara nak cegah pi sekolah kat Melaka.

Jangan cemuih noo. Tak tau pasai pa aku suka sangat guna pantun nasik lemak ni.
Sudah. Aku dah habih berpantun. Hampa ada nak berpantun? Silakan. Pantun sapa best, aku bagi hadiah. Hehe.

 

********

 

Kalau biawak dengan cicak buat aku meremang bulu roma, anai-anai plak haiwan kecik yang paling pandai buat aku hangin.


 

Nampak kecik. Tapi bila seluruh kaum kerabat depa bersatu padu, habih nak reban rumah aku. Maklum saja la rumah orang susah. Rumah papan. Sedap la depa kekoh. Tak cukup dengan papan, sekali buku-buku aku pun dia balun. Tu memang buat aku hangin. Sangat!


 

Kat bahagian rumah atas ada satu bilik. Bilik tu kira macam bilik bacaan la. Tapi aku tak baca kat dalam bilik tu pun. Panas. Buku-buku khazanah kesayangan aku pun ada la tersimpan kat situ. Yang paling aku sayang adalah kamus bergambar. Hadiah aku dapat masa darjah 4 kalau tak silap. Nak beli sendiri memang tak dapat la.
Pernah satu ketika aku perlu meraung terguling-guling kat lantai baru leh dapat buku Tom and Jerry. Nak dapat majalah KAWAN pun macam tu jugak. Punya la susah nak dapat buku. Sebab tu aku sayang gila buku-buku tu. Tapi sayang beribu kali sayang, anai-anai si kecik tu dah musnahkan semua buku aku tu! Buku-buku cerita yang kak-kak aku songlap dari perpustakaan sekolah pun habih lenyap. Selamat la depa takdak bahan bukti. Haha.


 

Tiap kali ada jualan buku kat sekolah, aku mampu tengok dan berangan ja untuk dapat buku yang menarik tu. Tengok tajuk buku pun dah cukup buat aku teruja. Apatah lagi bila tengok buku depan mata. Yang tu nak. Yang ni pun nak. Eh, yang sana pun nak jugak. Nak! Nak! Cukup cakap dalam hati saja la. Kesabaran aku ada had nya. Sampai satu tahap, aku buat perangai nak jugak jugak beli buku. Siap tak mau pi sekolah kalau mak tak bagi duit buat beli buku. Alasan takut cikgu marah sebab tak beli. Bila pikiaq balik rasa macam nak sekeh-sekeh kepala sendiri.


 

Demi nak aku pi sekolah, cari lah mak aku ni duit. Selok poket seluaq abang aku, ada seringgit. Gagau poket seluaq ayah aku plak ada lagi seringgit. Cari punya cari cukup la RM3.20. Ingat lagi aku harga buku tu. Alhamdullillah, ada lagi buku tu sampai sekarang. Bila tengok buku tu, terkenang masa susah payah dulu. Budak sekarang buku berlambak depan mata pun tak mau amek baca.


 

Ini mukhadimah saja. Hehe. Aku nak tayang satu buku ni sebenaqnya. Jatuh cinta pada pandangan pertama. Dari mata turun ke hati. Hati berkenan terus beli. Tapi tak tau lagi nak bagi kat sapa.



Ni ha rupanya. Buku nak belajaq ABC. Memang sah-sah aku tak layak jadi pemilik buku ni.


Bila buka, ada 25 buku kecik kat dalam. Aku teruja plus jakun. Siap ternganga mulut tengok. Dalam hati, "wah! Mesti beli ni"

Comey kan? Suka betoi aku. Ya la, kecik-kecik tak berpeluang ada buku macam ni.

 

Teruja tak tengok buku tu? Apa lagi tunggu, dapatkan segera di pasaran. Sementara stok masih ada.

 

*****
Banyak banyak buku, buku apa orang takot?



Biodata Musuh Kita

Tuesday, September 28, 2010


Nama : Iblis

Tempat kediaman : Hati yang lalai, Tempat maksiat, Tempat yg kotor

Keluarga : Jin, Setan dan Taghut

Tempat kembali : Neraka jahanam

Pangkat : Fasik darjah pertama

Agama : Kufur

Tugas : Professor dan pengarah bagi golongan yang menyesatkan hamba Allah

Kerja : Menyuruh kepada kemungkaran dan maksiat serta mencegah kebaikan

Tempoh khidmat : Hingga hari kiamat

Modal : Angan -angan

Majlis : Pasar-pasar

Tema kerja : Munafik penghulu akhlak

Keuntungan : Sia-sia seperti debu yang berterbangan

Pakaian : Pakaian yang tidak menutup aurat

Pasangan hidup : Orang yang berpakaian tapi bertelanjang

Sahabat : Munafik

Sumber rezeki : Harta yang haram

Janji : Menjanjikan kekafiran dan kemiskinan

Cita-cita : Mengkafirkan semua manusia

Benda yang menyedihkan baginya : Banyak sujud kepada Allah

Makanan : Daging bangkai (mengumpat)


 

~ Sumber maklumat ~
Mengenali makhluk Allah bergelar JIN : hakikat & pengubatan
(Dato' Haji Ismail Kamus, 2006)

Saat-saat Kematian


Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail,

"Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?"

Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya (Al-Maut itu), maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka,

"Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?"

Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu"

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda,

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu"

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi,

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya"

  
 

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" Al-fatihah. Semoga roh sekalian saudara saudari yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat. Aminn~

************

Dan ingatlah

Hadiah Terindah Buat Seorang Anak

Friday, September 24, 2010


Alhamdulillah. Aku masih bernyawa hari ni. Serabut di kepala pun dah semakin kurang. Jangan risau, aku tak telan panadol pun. Tak mau dah jadi macam dulu. Semuanya bermula apabila aku mula mengenal erti cinta. Sekitar tahun 2004. Tapi kini biarlah perangai buruk tu terkubur sama dengan cinta yang dah berakhir.

Alhamdulillah. Si kertas yang menghilang, yang aku cari seminggu ni dah dijumpai. Fuh,lega! Kalau tak, mati aku. Walaupun kertas yang hilang itu hanya dua helai, tapi impaknya sangat besar ke atas diri aku. Semestinya aku akan kena marah dek bos. Marahnya tak la jenis jerit-jerit. Cukup dengan riak muka, aku dah tau bos aku marah atau dak. Sedikit sebanyak kredibiliti aku tercalar di situ.

Kertas itu sangat penting untuk audit ISO. Tanpa kertas itu, pihak audit akan banyak soal dan prestasi BPK akan terjejas. Semestinya aku tak ingin jadi penyumbang kepada kemerosotan kualiti kerja BPK.
Dengan kemunculan semula kertas tersebut, sungguh aku lega. Aku yang hilang kertas pun dah cuak semacam, apatah lagi mak ayah yang hilang anak. Macam kes baru-baru ni. Lari dari rumah sebab ikut lelaki. Kena sangat la dengan pantun klasik ni:

Nasik lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang sedara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

Jom boooooo spesis macam ni ramai-ramai. Boooooooo~~!!

Suatu ketika di zaman jahiliah aku dulu, aku pun pernah rasa macam nak marah kat family sebab halang kehendak aku. Marah sungguh aku time tu. Marah dalam hati. Lama-lama marah tu bertukar jadi dendam. Ya Allah, anak apakah aku ni yang sanggup berdendam dengan keluarga sendiri? Suatu hari aku dengar ceramah kat tv. Ayat ustaz tu lebih kurang macam ni:

"Mak ayah dan keluarga tiada galang ganti. Kita mungkin boleh ada 2 3 orang mak tiri. Tapi mak yang lahirkan kita di dunia ni hanya SATU. Hargai dan sayangilah sepenuh hati."

Menangis tersedu sedan aku ketika tu. Sejak hari tu, aku dah semat dalam hati. Kekasih boleh datang dan pergi, tapi mak yang satu tiada pengganti. Apa saja yang aku buat, restu mak yang aku cari. Allah tak restu kecuali restu dari ibu bapa.

Aku dah lalui semua tu dan sekarang aku seboleh-bolehnya tak nak anak-anak aku buat perangai yang sama. Susah betoi nak jaga anak-anak zaman sekarang ye. Macam-macam masalah. Memang aku belom bersuami, apatah lagi nak punya anak. Tapi aku ada ramai anak sedara yang sedang membesar mengenal erti hidup. Awal remaja ~ fasa nak mencuba. Fasa yang paling mencabar dalam kehidupan. Aku akui kenyataan itu.

Ok, berbalik kepada kes budak hilang tadi. Merajuk dengan teguran mak barangkali. Tapi kalau dia ingat ayat yang warna merah kat atas tu, pasti tak terdetik pun kat hati nak lari dengan laki yang tak berbaloi itu. Lari rumah dah satu hal. Conteng arang kat muka mak ayah pulak tu. Sedih kan? Aku lebih rela dimarahi, ditegur, dileteri, dibebeli dan lain-lain di lagi oleh mak. Sebab aku tau tu tandanya dia masih sayang aku. Macam mana kalau mak tiba-tiba dah tak ambik tau pasai anak dia sendiri?? Hah, lu pikiaq la sendiri!!

Hari ni hari ulangtahun kelahiran anak sedara aku Bibie Syaheera binti Zulkifli yang ke-13. Dah masuk usia awal remaja. Susah nak nasihat. Tapi sekurang-kurangnya dia lari masuk bilik je kalau kena berleter. Harap-harap dia kekal macam tu.

Aku ada buat perjanjian dengan budak ni, kalau dia dapat result exam best aku nak bagi notebook kat dia. Nak tau apa dia jawab?

"Takyah bagi pape la. Lagipun semua tu tak kan bagi kebahagiaan kat aku"

OMG! Aku dah mula risau. Apa dia tak bahagia ka selama ni dok dengan kami? Budak ni kami jaga dari umoq dia 44 hari sampai la ke hari ni. Aku syak mesti mak aku kata something kat dia. Sensitive sangat plak dah.


Kata-kata dia tu buat aku terkesima. Aku rasa aku paham apa maksud dia. Apa yang lebih membahagiakan selain dapat kasih sayang dari sorang insan bergelar ibu kan? Apatah lagi setiap kali sambut besday, tiada mak di sisi. Mungkin tu maksud dia. 


Hepi besday budak gemok! Haha. Aku doakan hang sentiasa sihat sejahtera, bahagia selalu & berjaya dunia akhirat. Kami semua sayang hang wei!!

Hah, satu perkara lagi. Aiman si budak sengal tu minat gila lagu Kekasihku nyanyian Azzam Idola Kecil. Paling tak leh tahan bila dia tarik part 'oh,ibuuuu…' Cayalah Aiman!

 
Padamu kuharap kau hadir dalam hariku,
Agarnya kau tahu betapa kucinta padamu,
Setiap masa seolah ada disisi,
Kasih padamu takkan pernah padam,

 
Sayangku, hanya engkau dihati,
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu,
Oh belaianmu..

 
(*) Kasih, kita ditakdirkan bersama,
Takkan engkau kupersiakan,
Walau terkadang hati mudah terusik olehku..

 
Selagi ada nyawa,
seluruh daya kan kupastikan kau gembira,
Segala cinta dan saat bahagia, oh ibu...
Ke akhir hayatku..

 
Oh ibu..
Ibu...



Peminat setia Azzam. Haha. Siap tiru gaya rambut lagi tu. Aiman. Aiman.

**********

"Sapa suruh hang biaq family atur hidup hang"

Ada sorang pompuan penah pelece aku dengan kata-kata ni sebab aku lebih ikut cakap mak. Free je kena maki dengan aku. Mungkin pompuan bangang tu tak tau hadiah terindah buat seorang anak adalah perempuan mulia yang dipanggil mak. 

Sekarang dia dah jadi mak, harap-harap dia paham la kot.

Masalah Dan Panadol

Tuesday, September 21, 2010


Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Bergantung kepada kita sendiri macam mana nak selesaikan. Selesai cara baik atau berpura-pura masalah tu tak wujud. Dulu waktu bercinta sakan, senang ja aku setel masalah hati. Dah puas gadoh, nangis dua tiga round, telan panadol, tidoq. Pagi esok sure dah lupa semua. Penyelesaian cara paling senang iaitu lari dari masalah. Makin laju dikejar masalah, maka makin lajulah aku perlu berlari. Tapi tu masalah diri sendiri. Tak sangkut paut dengan orang lain. Boleh la buat macam tu.
Masalahnya sekarang, ni masalah orang lain! Pun begitu aku turut terkena tempias. Apa penyelesaian yang terbaek? Mula-mula aku malas nak pikiaq. Malas nak ambik port. Malas nak masuk campoq. Bila aku mula pikiaq, otak mula serabut. Sebab tu la aku malas nak pikiaq.

Cuma aku harap, tak dak la bunyi-bunyi sumbang yang akan kaitkan aku dengan masalah itu. Jangan sebab nila yang dua tiga titik tu, habih semua susu sebelanga tak boleh minum! Aku nak jadi susu yang boleh di minum. Kalau ada sekoq semut pun boleh minum lagi bila buang semut tu. Tu pun kalau ada yang sanggup minum. Tapi kalau dah bercampoq dengan nila, boleh curah kat tanah je la. Rugi.

Masalah tak boleh selesai bukan sebab tak dak orang bijak. Tapi masalah tetap jadi masalah bila orang bijak tak mau bersuara.


Semoga apa yang berlaku itu adalah yang penghabisan. Oh Tuhan, kau berikan aku segala kekuatan untuk meneruskan perjalanan. Lindungilah seluruh keluarga ku dari sebarang kemungkaran Ya Allah. Amin ya Rabbal'alamin

************

Dah lama tak buat perangai ketagih panadol. Malam ni nak try telan panadol sepapan. Kot-kot bangun esok ok sket kepala otak serabut ni. Semoga masih ada esok untuk aku.

Raya Tanpa Baju Raya


Wah! Lamanya blog ini tak disuap entri baru. Malas gila aku nak update. Kalau malas nak menulis baek takyah buat blog. Ye la,baik. Lepas ni aku akan lebih rajin. Banyak benda ada dalam kepala otak, tapi kemalasan mengatasi segalanya. Tak boleh share dengan yang sudi mendengaq, aku curah semua rasa hati kat sini. Sebab apa? Sebab semua orang ada telinga tapi tak semua boleh jadi pendengaq yang baik. Ye dak?

Setelah sekian lama cuti, hari ni baru start kerja balik. Cuti sakan tapi raya tak tara mana sangat pun. Raya aku tahun ni tak meriah sangat. Mood raya awai-awai dah out. Mula-mula dok buat kontroversi raya jatuh pada hari Khamis. Memang tragis la kalau betoi raya Khamis. Sebab pagi tu baru nak balik kampong. Tapi lega raya hari Jumaat. Hehe.


Aku balik kampong dengan penuh semangat nak raya. Betol la kata orang, malang tak berbau. Kalau kita leh hidu bau malang tu, mesti semua selamat sejahtera selalu kan. Ku sangkakan panas sampai petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Aku sangka aku sampai umah petang, tapi bas pulak boleh rosak di tepi highway! Dan natijahnya, malam terakhir Ramadhan [ataupun lebih sedap bunyinya disebut malam raya] aku masih di Shahab Perdana! Buka posa dengan ayaq 100plus saja. Untuk tambahkan kesegaran setelah berpuasa di siang hari bak kata Fizzow Omar. Eh,best jugak tengok lakonan dia dalam cite Siti Kelembai. Bodoh-bodoh hensem! Hahaha.


Senyuman macam ni la yang aku tak boleh tengok.

Ah, sudah! Aku dah melalut kot laen pulak. Tetiba je kepala otak aku jadi serabut. Rasa nak jerit kuat-kuat. Nanti la aku story.


Sambung sket lagi kisah raya. Perjalanan balik kampong kali ni paling lama pernah aku rasa. 9.30 pagi dari putrajaya, aku sampai rumah pukul 9 malam. Hampir 12jam!! Belom pun hilang penat, tiba-tiba baju pulak buat pasal. Tak seperti yang aku harap dan bayangkan. Moral of the story, jangan terlalu mengharap. Nanti kalau tak jadi seperti apa yang kita harapkan, pasti rasa kecewa gila. Dan kekecewaan itu buatkan aku beraya tanpa baju raya. 


Ini bukan baju raya saya. Sekian!


Perkara itu betoi-betoi mengganggu mood aku nak menulis sekarang ni. Oleh itu, sampai sini saja. Nanti aku sambung. Chow!




Muka-muka mangsa bas rosak.





bila masalah orang lain turut babitkan kita sama, adakah masalah itu masalah kita jugak?