Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Hari Ulang Tahun Kelahiran Tisu

Tuesday, December 11, 2012

Ada satu kawan. Dia digelar kak tisu atas dasar sikapnya yang gemar gunakan tisu. Bukan sekeping malah berkeping-keping. Jika makan beramai-ramai di kedai makan maka akan penuhlah meja itu dengan tisu yang beliau guna. Itu cerita kawan aku.

Lain pulak kisahnya dengan diri ku sendiri. Jarang amat ada tisu dalam beg. Hatta selesai makan pun belum tentu aku gunakan tisu. Oh, tidak! Perangai apakah? Tapi ada masa-masa tertentu tisu akan jadi sahabat sejati yang sentiasa menemani. Seperti sekarang. Srooottttt~~

Sebenarnya aku nak maklumkan bahawa hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran kak tisu yang ke-26! Dan aku ucapkan semoga beliau sentiasa peroleh bahagia di dunia dan akhirat. Semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala urusan menuju hari bahagia beliau. Dah nak kawen dah kawan aku ni haaaa! Happy Birthday Nur Syazleen Ashah a.k.a Kak Tisu.

p/s : Esok 12.12.12. Tarikh cadangan yang tinggal kenangan. Kohkohkoh~

Kau Punya Kereta, Jangan Hina Yang Tiada

Thursday, December 6, 2012

Kalau yang berkenaan ada terjumpa dan terbaca entri ini pun, aku tak kisah! Tulis tetap tulis. Provok boleh provok tapi jangan sampai provokasi menjatuhkan motivasi dan harga diri. Jaga-jaga, aku nak mula ni.

Bermula dari tweet Terfaktab buat aku terimbau balik kes ni. Sarang tebuan jangan diusik, kisah lama jangan diungkit. Jika diungkit juga, makanya ada la entri nak update. Heh.

Tweet tadi tu berkisar tentang awek-awek yang turn on dengan pakwe yang ada kereta. Yang tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan tu tak berkenan la kot. Tapi rata-rata yang reply tweet tu macam tak kisah pun. Sama macam aku la jugak. Tak dak kereta, kita naik la tren pi jalan-jalan. Apa ada hal. Cuma kadang-kadang tu sudu plak yang terlebih dari kuah!

"Eh, betul ka kerja tu. Tak pernah nampak bawak keta pun. Keja apa camtu sampai keta pun tak dak"

Tak nampak dia berkereta, bukan bermaksud dia tak punya. Jangan dituduh melulu mbak. Tak elok tu. Kalau ada yang tak puas hati tu luahkan sajalah. Tak perlu buat spekulasi sampai macam tu sekali. Menyirap darah bila hal ni sampai ke pengetahuan aku. Sikit lagi nak hilang respek. Mujoq tahap kesabaran aku masih bersisa.

Bagi aku la kan, biar dia tak berkereta tak punya harta asalkan ada secebis kasih sayang buat aku. Bahagia aku mungkin tak sama dengan bahagia kau. Ngerti lho?


p/s : Tak perlu sombong dengan apa yang kita ada. Ditarik balik nikmat tu, baru padan muka!

Lagu Untukmu : "Obvious Song"

Thursday, November 29, 2012


Obvious song!
Do you miss me? (it's obvious)
Do you think about me? (it's obvious)
I love you, you love me (obvious, obvious, obvious)

Do you like me? (it's obvious)
Do you love me? (it's obvious)
I love you, you love me (obvious, obvious, obvious)
Don't ever change (it's obvious)
Forever and ever (it's obvious)
I love you (2x)

Even though at times you feel irritable
Even though at times it's difficult
Always think of me
Who will always be smiling by your side

Even though at times you feel sad
Even though at times it's lonely
Always think of me
Who will always be with you



p/s : Ku terjemahkan lagu ini, ku persembahkan pada mu. Hanyalah satu pinta ku, teruslah bertabah walau apa pun yang berlaku. Fighting!

Aku & Kad Pengenalan

Monday, November 26, 2012

Tiap kali bila ada urusan yang melibatkan kad pengenalan, mesti aku berdebor. Kalau takat tunjuk saja, ok lagi. Bila nak kena scan cap jari tu la masalah akan muncul. 

"Tak boleh baca la"

"Hm, try lagi sekali"

"Memang tak boleh"

Terbaru ni masa nak buka akaun bank. Sampai ke sudah tak boleh dan kena la plak sertakan dokumen sokongan yang lain seperti bil air, bil elektrik, lesen dan sebagainya. Kebetulan plak aku memang nak pi bayaq bil, makanya adalah dokumen tersebut dalam simpanan. Akhirnya siap la jugak buka akaun bank setelah berapa lama berurusan. Benda yang boleh siap dalam masa singkat pun jadi lama. Meluat!

Kepala otak aku ni bajet cip kad pengenalan aku dah rosak. Bersemangat la nak pi tukar kad baru. Kebetulan sekarang ni kan dah ada kad pengenalan versi dua gambaq. Alang-alang dah rosak, boleh la terus ganti. Kononnya lah kan.

Di kaunter JPN, Putrajaya.

Letak ibu jari kanan, ok. Letak ibu jari kiri, failed! Aku dah agak dah. Berapa kali pun tak tau la encik kaunter tu cuba dan cuba lagi untuk dapatkan bacaan cap ibu jari kiri yang sepadan dengan rekod sedia ada. Sudahnya, encik tu pun kecewa untuk terus mencuba.

"Memang selalu macam ni ke?"

"Selalunya memang macam tu la. Saya ingatkan cip rosak"

"Cip ok lagi tapi bacaan cap jari tak sepadan dengan rekod. Jari cik kecik ja tapi dalam rekod ni lain macam sket" kata encik tu sambil menunjukkan rekod cap jari aku.

Sapa la yang amek  rekod cap jari aku sampai camtu rupa sekali. Langsung tak nampak garis-garis pusar. Sampai bebila pun memang tak kan dapat yang sepadan la.

p/s : Orang lain siap dalam masa 24 jam, aku punya yang special case ni seminggu baru siap. Pi la tukaq baru, kena bayaq sepuluh ringgit saja.

Hilang

Thursday, November 15, 2012

Sejak sebentuk cincin tersarung di jari, mau dibeleknya sehari 24 jam cincin tu. Bukan cincin emas putih idamannya pun. Tapi ntah kenapa teruja sangat nampaknya.

"Oi, dok belek ja cincin tu. Ingat boleh kenyang?" jerkah Baby teman gaduh Hanie.

"Biaq la. Dengki! Hang la plak pi masak hari ni. Gue malas." balas Hanie.

Kebiasaannya memang la Hanie yang masak tiap kali balik kampung. Sejak dua menjak ni jadi malas plak dia. Berangan ja memanjang. Maklum la hati berbunga-bunga. Bila diceritakan ke mak perihal cincin tu bukan main excited lagi mak. Dah merancang itu ini untuk majlis yang ntah-ntah tak wujud pun. Alahai mak!

****

"Dikesempatan yang ada ni kalau boleh cepat-cepatlah kita settlekan mana yang boleh. Contohnya pi kursus kawen, cari baju nikah, amek borang. Amacam, ok tak? Paling kurang pun time u cuti ni kita dapat baju nikah pun dah ok."

Bukan main bersemangat dan terujanya Hanie dengan perancangan masa depan. Macam nak menikah esok. Izam pun apa kurangnya, awal-awal lagi dah beli kain sampin. Terbahak-bahak ketawa Hanie bila diberitahu. Padahal banyak lagi urusan penting yang perlu diselesaikan. Masing-masing dah sibuk merancang itu ini, dari busana sampailah ke majlis tu nanti.

Tapi sehebat mana pun perancangan kita, Yang Maha Berkuasa lebih layak menentukan segalanya. Panas yang Hanie sangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hubungan tanpa nama yang dibina akhirnya berdepan dengan dugaan yang maha hebat. Hebatnya dugaan tu sampai tak mampu diceritakan kepada sesiapa.

"Kenapa ni, macam ada masalah ja?" naluri seorang mak memang pandai meneka. Hanie hanya mampu tersenyum hambar.

'Apa yang aku rasa biarlah terbuku saja di hati. Aku belum bersedia nak berkongsi dengan sesiapa'

****
Remuk hati setiap kali melihat baju kurung moden kuning cair yang tergantung elok dalam almari. Kalau ikutkan hati yang kecewa, mau disiat-siat baju tu. Kemudian bakar sampai jadi abu. Dengan harapan rasa sakit hati akan hilang bersama debu-debu yang beterbangan. Cincin yang selalu dipakai pula terasa mahu digadai saja. Dapat jugak buat duit.

Tapi semua itu hanya bermain di minda. Mana mungkin Hanie tegar melakukannya dengan perasaan sayang masih berbaki di hati. Dengan baki yang sedikit itu, Hanie terus menyimpan harapan. Sayang seribu kali sayang, harapan yang dibina sekali lagi hancur berkecai. Dan kali ini, Hanie tekad melenyapkan segala perasaan sayang yang ada. Kini dirinya bagai seorang insan yang hilang naluri!

"Tak!"

Itulah jawapan Hanie bagi setiap pertanyaan Izam yang berkaitan hati dan perasaannya. Biar sama-sama sakit hati. Baru adilkan? Ah, tak perlu berbicara tentang adil. Semakin galau hati jadinya.

****

Setiap pagi seperti kebiasaannya jam dan cincin dicapai sebelum keluar rumah. Tapi pagi itu hanya jam yang ada di atas meja. Puas dicari, puas diselongkar, malangnya cincin yang dicari masih belum kelihatan. Macam orang gila dibuatnya. Sampai dalam sampah pun dicari. Bila menyedari usahanya itu hanya sia-sia, Hanie terus berputus asa mencari.

'Ya Allah, adakah ini caranya Kau menolong aku lupakan dia? Andai benar ini pertolongan dari Mu, aku redha. Cuma aku mohon Ya Allah, tolong hilangkan segala rasa di hatinya juga' berdoa Hanie dengan deraian air mata.


p/s : Jangan nangis, tak sedih pun :)

Projek 10 Years Later

Tuesday, November 13, 2012

Ntah kenapa pagi tu perasaan nak belek gambar zaman belajar kt SAINA dulu membuak-buak. Ni semua gara-gara Ekmi tukar DP facebook dia. Satu persatu gambar aku belek. Rindunya bukan kepalang ya Allah. Aku lebih suka suasana di asrama berbanding di kelas. Orang malas belajar memang la camtu. Lagi pun tak banyak yang manis untuk di kenang hal-hal berkaitan dengan kelas. 

Kemudian, di facebook jugak salah sorang rakan SAINA share video 'save the date' sorang junior. Latar belakang tempat adalah SAINA! Lagi la terasa rindu kat sekolah yang satu masa dulu aku tak teringin pun nak pi. 

Tanpa sedar, air mata ku mengalir. Itulah dia namanya tangisan kerinduan.

Kemudian aku tweet ke Ekmi kongsi kerinduan aku ini. Dan dia punya idea pasai projek "10 years later" memang aku sokong. Tak sabar tunggu tahun depan. Nak kembali ke sekolah setelah 10 tahun. 2003 - 2013, sat ja masa berlalu.



p/s : Betul la cakap cikgu dulu, zaman belajar la paling best untuk di kenang.

Kenapa Berubah?

Monday, November 5, 2012

Kenapa manusia berubah? Selalu kita dengar orang ajukan soalan camni atau mungkin kita sendri pun tertanya-tanya hal yang sama.

Ada seorang kenalan aku suarakan pendapat dia berkaitan isu ni. Katanya lebih kurang begini,


"Orang selalu cakap suami/isteri dorang berubah lepas kawin. Tapi sebenarnya bukan berubah. Memang camtu perangai sebenar dorang. Kita ja yang tak tau."


Betul jugak pendapat kenalan aku tu. Bukan manusia berubah. Itu memang diri dia yang sebenar.  Kata-kata beliau buat aku terfikir bahawasanya perubahan yang kita rasa tu sebenarnya adalah sisi lain yang belum kita kenal. Pasangan yang bercinta tak tunjuk 100% perangai sebenar dia. Ya la, time bercinta berapa jam ja jumpa pun kan. Camna keadaan dia masa kat rumah ada kita tau?

Sebab tu la bila dah kawin baru semua perangai terbongkaq. Tika tu la baru kenal sepenuhnya. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal barulah tau perangai macam celaka. Kehkehkeh.

p/s : Tak perlu kecik hati kalau ada insan yang kita kenal berubah. Itu hanya perasaan kita ja. Positiflah!

Duit Raya Pak Polisi

Saturday, November 3, 2012

Dengan berbaju tshirt dan jeans dari Google, aku berhari raya. Baju kurung tergantung elok ja dalam almari. Tak terasa pun nak sarung pakai. Mood nak raya dah hilang memandangkan pukul 2 petang camtu lebih kurang baru sampai rumah. Berliku sungguh perjalanan.

Suasana raya kali ni hambar sungguh terasa. Ketupat rendang terhidang tanpa biskut raya sebagai peneman. Mujur la ada kak aku sebagai penyelamat yang sudi merajinkan diri masak Mee Udang bagi pihak aku. Hehe. Sebelum balik punya la aku beriya-iya suruh mak beli bahan-bahan nak masak. Hm, masak la sangat kan! Sudahnya masak atas jalan ja.


Hari raya aidiladha berakhir camtu saja tanpa aku ke mana-mana. Letih habaqhang!


Esoknya, dengan teruja nak membeli-belah di nat (pasar). Dalam perjalanan terserempak pulak dengan biawak si binatang yang paling aku alergik. Ada la benda tak elok nak jadi ni. Firasat hati berkata sendiri. Peristiwa aku lapar roti canai berpuluh tahun dulu terimbau. *krik*krik*krik*

Malas dah aku nak ungkit kisah tu. Sejak tu aku benci dengan binatang bernama biawak. Maafkan aku.

Sambungan cerita nak p nat tadi. Sampailah ke destinasi yang dihajati tapi jantung berdegup kencang tika melintasi dua pakcik siap beruniform kemas. Lokasi parking motor plak di depan balai polis. Ulang suara balai polis! Selesai parking, pakcik tadi bersuara

'Mintak ic incik'

Sesi temu bual bermula. Akhirnya, sekeping surat cinta diberi. Sila jelaskan saman/kompaun atas kesalahan tidak memakai topi keledar dengan segera. Melayang RM 300.


p/s : Mujoq sorang ja kena. Kalau dua-dua kena, pengsan!



Perjalanan Balik Raya Yang Penuh Syahdu

Wednesday, October 31, 2012

Maaf. Tajuk tak indah.

Alkisahnya tahun ni aku agak sibuk pada bulan Oktober. Makanya tiadalah terfikir membeli tiket raya awal-awal. Dan keputusan nak balik raya pun dibuat pada saat-saat terakhir. Bak kata mak aku, nak terberak baru nak korek lubang. Tu hidup zaman dulu kot, berak dalam lubang.

Memang la aku nak terberak, tapi itu bukan kisah entri kali ini. Apa yang aku nak kongsikan adalah pengalaman aku insan yang lambat buat keputusan dan terpaksalah tanggung akibatnya. Padan muka! Tahun ni hari raya korban jatuh pada Jumaat 26hb Oktober. Aku insan yang lambat bertindak hanya cari tiket pada Isnin 21hb Oktober. Hasilnya, dapatlah tiket pada 26hb Oktober pukul 12.00 tengah malam. Yup, malam raya aku di Pudu Sentral @ UTC Kuala Lumpur (nama bukan main).

Bila last minute begitu haruslah naik bas tambahan ala-ala bas kilang gitu kan. Pada tiket printed jam 12.00 malam. Tapi tunggu punya tunggu dekat pukul 2 pagi baru bas sampai. Indahnya penantian. Berbunga la sket hati ku ini bila ada bas kan. Lambat pun tak kisah la kan. Janji sampai kampung kan. Tapi, yang indah itu hanyalah sementara.

Bas hanya mampu bergerak sampai ke tol duta dan terpaksa patah balik sebab ada kerosakan enjin. Bayangkan keluar rumah pukul 9 malam, pukul 4 pagi masih di Pudu! Hari bersiar-siar di Kuala Lumpur agaknya. Mujurlah incik kaunter tiket tu bagi balik duit memandangkan bas memang tak boleh nak bergerak. Syukur! Kalau tak, dah patah riuk incik tu aku rasa.

Sementara menunggu pagi cerah, singgah sebentar di KFC menjamu perut. Syahdunya dengar takbir raya. Usaha mencari tiket diteruskan. Akhirnya ada bas ke Butterworth pada jam 8 pagi. Beli la jugak walaupun harganya sangat la melampau. Tau berapa? Sekeping tiket berharga untuk dua keping! @#%^$((&^%$# (menyumpah dalam bahasa Jerman!)

Kesimpulannya, merancanglah dengan bijak. If you fail to plan, you plan to fail.


p/s : Tunggu entri seterusnya. Pasai kisah raya plak. Lagi syahdu!

Kerinduan Seorang Ayah

Thursday, October 25, 2012

Kerinduan yang tak dapat nak diluah dengan kata-kata tapi terungkap dengan titisan air mata. Dan aku menjadi saksi. Pedih. Terasa bagai hati disiat-siat. Bersembur darahnya. Dilumur pulak garam pada luka berdarah itu. Begitulah sakitnya hatiku.

Dalam melawan kesakitan, aku tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu merenung ke matanya dengan harapan suara hati aku yang berbisik 'sabarlah, semua ini pasti ada hikmah' sampai ke pendengarannya. Tanpa sedar pipi aku turut basah. Tangisan kekecewaan mengisi ruang. Sepertinya kecewa itu tak mudah berakhir. 


"Kasihnya ibu membawa ke syurga,
Kasihnya ayah sepanjang masa"


p/s : Aku lebih rela berpisah kerana kematian. Al-fatihah buat arwah ayah, Saad bin Man.

Disumpah Perokok

Tuesday, October 23, 2012

Usai mengisi perut dengan nasi lemak berlauk rendang daging bersama milo kosong, berangkatlah kami pulang ke sarang tempat kerja. Tapi nasib kurang baik, mesin pengangkat (lif) tetiba rosak. Maka dengan berat hatinya menapaklah kami menaiki tangga memasuki 'laluan maut'.

Bukan aku tak tega bukan pula aku tak cinta nak menapak guna tangga. Setakat dua tingkat apalah sangat. Masalahnya laluan tangga itu ibarat laluan maut! Laluan tangga itu dijadikan port baik punya untuk berasap. Kononnya ada larangan merokok di premis kerajaan. Kononnya la kan. Menyampah aku!

Kebetulan pulak masa melewati tangga ke aras 5, ada hamba Allah yang sedang enak berasap di tingkat 4. Serious sh*t aku tak tahan bau asapnya. Baru lepas makan plak tu, memang la aku rasa nak terkeluar balik nasik lemak tadi. 

"Kak Gee, laju laju. Sesak nafas dah saya ni"

Kejauhan kedengaran ada yang membalas,

"Tunggu la dah bersuami nanti, dapat yang perokok tegar baru tau!"

Baru aku cakap sket, dah kena sumpah camtu. Kalau ditegur, entah apa plak la yang aku kena.

p/s : Nak mati, sila mati sorang-sorang. Jangan libatkan orang lain!

Penafian

Friday, October 19, 2012

Menafikan sesuatu perkara yang terbukti benar itu ibarat menegakkan benang yang basah. Susah atau mudah? 

Begitulah juga halnya dalam menafikan perasaan sendiri. Aku bagi contoh mudah. Kau makan cabai melaka (cili hijau) segenggam kemudian kau cakap tak pedas sket pun. Kau belakon la macam mana pun bagi orang percaya cabai tu tak pedas. Tapi hakikat sebenar, kau sendiri yang tahu betapa seksanya menahan pedas bengang sampai berasap-asap telinga.


p/s : Dah penat berlakon.

Kisah Seram Sket : Dah Siap Ka Dah Tau?

Thursday, October 18, 2012

Ada satu kisah seram aku pernah terbaca di majalah yang aku dah tak ingat apa namanya suatu masa dulu.  Yang buat aku kembali teringat kisah itu tadi apabila selesai sidai baju laju saja mulut aku berbicara 'ok, dah siap!'. Kemudian tanpa sedar terus terlintas di hati aku sebaris ayat yang berbunyi 'dah siap ka dah tau'. Serentak dengan itu jugak la terasa seram sejuk dan meremang bulu roma. Kebetulan aku tinggal sendirian di rumah memandangkan rakan-rakan serumah yang lain masih di pejabat walaupun sudah hampir maghrib ketika itu.

Kisahnya bermula begini...

Rutin harian pelajar asrama pada sesi sebelah malamnya akan prep di kelas bagi pelajar lelaki dan di dewan makan bagi pelajar perempuan. Untuk tujuan keselamatan agaknya. Maklum la jarak asrama perempuan ke kelas agak jauh berbanding asrama lelaki.

Selesai solat berjemaah di surau, masing-masing membawa haluan. Ada pelajar yang terus ke kelas dan ada yang balik ke asrama dulu. Amran kebiasaannya akan terus ke kelas bersama rakan baiknya, Roslan. Tapi malam itu dia terpaksa kembali ke asrama untuk mengambil buku rujukan Matematik yang tertinggal.

"Lan, hang pi kelas dulu la. Aku nak balik dorm sat. Aku tertinggal buku la. Jumpa hang kat kelas no"

"Ok, jumpa kat kelas"

Bergegas Amran kembali ke dorm. Takut lambat plak ke prep nanti. Lagi haru kalau terserempak dengan warden asrama yang garang itu. Tambahan plak malam tu angin dingin sepoi-sepoi bahasa selepas hujan terasa sedikit meremangkan bulu roma. Rintik hujan yang masih bersisa kedengaran agak mendebarkan tiap kali menitik di bumbung laluan susur gajah. Berjalan kaki sendirian di waktu begitu memang la menyeramkan. Kepala otak pun mula la terimbau segala macam kisah seram yang pernah didengar. Bayang-bayang pokok pun dah terbayang macam lembaga misteri. Demi mahu segera sampai ke kelas, langkah kaki diatur dengan sepantas mungkin.

Kelihatan Roslan begitu fokus menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru siang tadi. Asyik tunduk saja menghadap buku tulis. Amran yang baru sampai ke kelas merasakan suasana yang sedikit aneh pada malam itu. Tiada rakan yang lain melainkan dia dan Roslan. Roslan plak dari tadi hanya senyum saja tiap kali Amran memulakan perbualan. Seakan tidak berminat untuk berbual panjang.

Akhirnya, Amran pun turut sama mendiamkan diri dan memberi tumpuan pada tugasan yang belum siap. Sesekali dia menjeling ke luar. Ada satu ketika, terasa bagai nak luruh jantung bila kelihatan seperti kelibat Roslan di blok bertentangan dengan blok kelasnya. Akibat terlalu terkejut dengan apa yang dia nampak tadi, pen yang dipegang terlepas dari tangan dan terjatuh di bawah meja. Dia mula terasa tak sedap hati. Dengan penuh berhati-hati dalam debaran, Amran kembali mengutip pen yang terjatuh.

Untuk mengesahkan andaian yang bermain di fikirannya ketika itu, dia menoleh ke arah Roslan. Alangkah terkejutnya dia bukan kepalang. Roslan yang berada dengan dia sekarang adalah Roslan yang tidak berkaki! Amran terlebih dahulu menasihati diri sendiri supaya bertenang dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Dia tanpa membuang masa terus berkemas untuk pulang ke bilik.

"Ok, dah siap! Aku balik dulu"

"Dah siap ka dah tau? Hehehehe..."

Hilaian panjang dari 'Roslan' membuatkan Amran membuka langkah seribu.

p/s : Macam tu la lebih kurang kisahnya. Banyak dah unsur aku tokok tambah ni. Tapi tak seram pun kan? Aku memang tak reti buat karangan kisah seram. Chill-lah!

Catatan 12 Oktober 2012

Tuesday, October 16, 2012

12 Oktober 2012, Jumaat

Alhamdulillah. Syukur aku masih berpeluang menghirup oksigen yang diberi percuma pada hari 26 tahun aku hidup di dunia. Mak aku pernah maklumkan bahawa aku ni dulu lahir lambat dari tarikh sepatutnya. Mungkin dah tahu betapa beratnya ujian hidup di dunia ni yang bakal aku tempuhi. Tapi sehebat mana pun ujian dan dugaan diberi, semua itu masih di bawah kemampuan kita. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya.

Pagi tadi menonton bingkisan kisah di MHI buat aku terfikir. Kita rasa kita dah teruk diuji tapi jangan lupa ada lagi insan lain yang lebih hebat ujiaannya. Anak kecil berusia 10 dan 16 tahun kehilangan ayah pada 2010 dan dua tahun kemudian ibu mereka turut pergi buat selamanya. Bayangkan kesusahan hidup yang bakal dilalui oleh dua beradik ini yang bergelar yatim piatu di usia yang muda. Si adik yang berusia 10 tahun itu turut menghidap penyakit radang jantung. Di usia begitu, emak ayah sangat mereka perlukan di sisi sebagai motivasi diri dan pembakar semangat. Ya Allah, tabahkanlah hati anak-anak kecil ini!

Kadang-kadang anak kecil ni lebih bersemangat untuk teruskan hidup berbanding kita yang dewasa. Cepat sangat mengalah dan berputus asa. Semoga aku terus tabah dan cekal dalam menghadapi segala macam rintangan dan dugaan yang sedang atau bakal aku hadapi nanti. Serta dikurniakan akal fikiran yang matang dalam membuat segala keputusan. Ini doaku.

p/s : Biar kurang harta, tapi jangan miskin budi bahasa!

Kisah Sang Pembolehubah

Thursday, October 11, 2012

Sekarang ni aku sedang berbengkel bersama guru-guru Sains di Melaka. Objektif mengikut perancangannnya adalah nak hasilkan Modul Kemahiran Proses Sains (KPS). 

Antara kemahiran yang aku cukup suka dari zaman belajar dulu sudah semestinya mengawal pembolehubah. Atas permintaan Naim, aku hasilkan entri ni. Nak terangkan persis seperti cikgu memang la aku tak mampu. Aku bukan cikgu pun.

Lazimnya, ada tiga jenis pembolehubah yang terlibat dalam bidang ilmu Sains ni. Pembolehubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan.

Pembolehubah dimanipulasi atau dulu semasa zaman PPSMI disebut sebagai what to change. Aku nak terang maksud dari segi istilah, malas nak karang ayat buku. Secara kasarnya pembolehubah ni bermaksud apa benda yang kita nak ubah dalam sesuatu penyiasatan tu. 

Pembolehubah bergerak balas plak adalah apa benda yang berubah jika pembolehubah manipulasi berubah. Ni kira ayat paling mudah la. 

Pembolehubah dimalarkan adalah apa benda yang tetap sepanjang tempoh penyiasatan tersebut. Tujuan dia adalah untuk mendapatkan hasil penyiasatan yang valid dan bermakna.

Contohnya, aktiviti nak menyiasat perubahan suhu cecair dengan masa. Hipotesis yang dibuat adalah semakin bertambah masa, semakin bertambah suhu cecair. Makanya pembolehubah yang dimanipulasi adalah masa dan yang bergerak balas plak sudah tentu suhu. Untuk dapatkan hasil akhir yang valid, cecair yang sama digunakan. Nah, itulah yang dimalarkan!

Dalam realiti kehidupan plak, mana satu pembolehubah yang mewakili kita? Adakah kita insan yang mudah dimanipulasi atau dengan rela hati membiarkan diri dimanipulasi untuk kepentingan pihak lain? Adakah pula kita ini insan yang berubah mengikut faktor lain yang turut berubah seperti pembolehubah bergerak balas? Ataupun kita ini insan yang tetap dan tak berubah dalam setiap situasi untuk menjadikan hidup pihak lain bermakna?

Sama-sama la kita renungkan.

Kemudian aku terfikir apa kisahnya plak masalah dengan kita. Hipotesis aku, semakin rumit masalah semakin kita menjadi tabah. Hipotesis anda?

p/s : Hipotesis ~ satu penyataan yang menghubungkan dua pembolehubah dan boleh diuji. Boleh jadi benar atau sebaliknya.

Running Man & Aku

Friday, October 5, 2012

Dia : Dah habih tengok ka semua 111 episod tu?

Aku : Dah tengok semua dah.

Dia : Tak download episod baru?

Aku : Tak.

Dia : Habih tu camna nak lalui malam-malam awak?

Aku : ...

Cis, ayat makan dalam siot!

Aku : Takpa, ada City Hunter tak habih tengok lagi.




'awak takda, sy ok lagi. tp tanpa running man di malam hari, maka bosanlah sy sendirian' - HS via twitter


Identiti Baru

Monday, September 24, 2012

Kita selalu dengar ungkapan "Apa ada pada nama?". Sesetengah situasi memang la nama tu tak penting sangat pun. Tapi sesetengah situasi macam aku alami ni haaa sampai kena tukar url blog la kesannya. 

Tak sangka plak ada hamba Allah yang rajin godek entri lama aku. Dan point dalam entri tu digunakan untuk menghentam aku. Rasa macam sangatlah cilaka. Luahan hati aku masa tu dihamburkan dengan perasaan marah. Tapi bila aku sendiri berada di situasi yang aku bengangkan itu, barulah aku faham. Situasi apa tu? Nanti aku jelaskan.

Buat masa sekarang, inilah identiti baru aku. 

p/s : Tak ping dah kat fb sendiri lepas ni. Huhu.

Bunuh Biar Mati

Monday, September 3, 2012

Ingatkan diri ni kuat sangat. Seharian bertahan, tapi tewas juga akhirnya. Di meja keja tersedu-sedan. Ah, malunya bila terkantoi dengan bos!

Bukan masalah keja jadi punca utama. Hm, mungkin la ada jugak sket serabut fikir hal keja. Tapi setakat ni aku boleh handle lagi. Bila masuk bab hati dan perasaan, segagah mana pun aku cuma berlagak ok pasti aku kalah.

Kalah dengan provokasi insan-insan yang tak mengerti. Takpa, aku telan ja semua kata caci maki. Memang salah sendiri. Segala rasa yang ada dalam hati, hari ini aku bunuh biar mati!

-The end-

p/s : Serahkan tugas menghukum kepada yang lebih layak. Kita sesama manusia sama saja tak lepas dari melakukan kesilapan. 

Raya KBU 2012

Sunday, September 2, 2012

Sekian lama kenal di alam maya, akhirnya berpeluang jugak bertemu dengan adik-beradik Kami Blogger Utagha (KBU). Setiap kali ada event memang la tak dapat nak join berikutan jarak yang memisahkan. Tapi kali ni dikesempatan yang ada, aku sangat berbesar hati untuk turut serta ke open house rumah Syafinaz di Semeling.

Entri ini bertujuan untuk mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua yang terlibat. Terima kasih bebanyak kepada tuan rumah yang sudi menaja lokasi dan menyediakan makan minum sepanjang perjumpaan tersebut. Kenyang makan. Maklum la orang paling awai yang sampai :)

Terima kasih jugak kepada Hadi dan Pakcu yang sudi tumpangkan aku ke sana. Yang lawaknya, aku baru tau depa dua ni sebaya dan juga schoolmate. Perangai pun sama suka bahan orang. Aku? Tumpang gelak ja.  Hihi.

Pertama kali dapat berjumpa Teka-teki Misteri, Naqiah, Syakira, Naim, Solihin, Jusiza, Farhana. Memang aku sangat segan. Aimaa dengan Anith aku dah penah jumpa sebelum ni jadi tak la segan sangat dengan depa. 

Pertemuan pertama, memang aku nampak macam segan dan malu-malu. Tunggu next perjumpaan, tau la perangai sebenaq aku. Hahaha. Berharap sangat kita semua dapat berjumpa lagi. Insyaallah :)

KBU di hati

p/s : Memerhati dan menilai untuk beradaptasi.



Istimewanya Ramadhan Kali Ini

Sunday, August 12, 2012

Ramadhan masih bersisa beberapa hari ja lagi. Cepat sangat Ramadhan nak sampai penghujung. Minggu depan dah nak raya. Entri ni baru nak cerita aktiviti iftar aku.

Awal-awal puasa balik berbuka di kampung dengan keluarga. Sapa ja pun ada kat umah tu. Mak, anak sedara dan abang aku ja. Masak pun ala kadar. Elakkan pembaziran :)

Iftar bersama geng charlie macam dah jadi aktiviti wajib. Tahun lepas berbuka di dataran dekat dengan masjid Shah Alam tu. Tahun ni up sket berbuka di Palm Garden bersama Aisyah, Leen, Tina & suami. Dah 7 bulan usia kandungan Tina. Aku plak yang teruja lebih.

Kemudian sempat jugak la beberapa kali berbuka sesama pakcik. Yang istimewanya tahun ni dia sempat berbuka di kampung bersama mak aku dan aku juga turut berpeluang berbuka bersama mak dia di Teluk Intan. 

Semoga Ramadhan kali ini memberi sinar kebahagiaan untuk semua. Amin~~

p/s : Apa yang terbaik, aku terima. Walau hati menangis luka.

"Mama Sayang Kakak Tak?"

Wednesday, July 25, 2012

Ya Allah, tersentuh hati kecil ku bila ditanya sebegitu. Terkesima aku buat beberapa saat. Tak sangka aku bakal ditanya soalan camtu oleh budak kecil berusia 3 tahun yang bahasakan diri dia Kakak. Butir bicara fasih tak ada pelat-pelat. Lantas terbayang seraut wajah bertahi lalat besar di pipi. Teringin benar nak bertemu. Dan hati pun mula merindu.


Shamimi @ Kakak


p/s : Suka-suka hati ja suruh panggil mama kan. Tapi ok jugak. Hihi~

Mahkamah Keluarga Episod 1

Monday, July 23, 2012

"Mak nak tanya hang sket ni. Betul ka?"

Aku dah boleh agak soalan itu yang akan terkeluar dari mulut mak aku. Aku tak pantas menjawap. Sengaja biarkan soalan lengkap diaju.

"Hang bukan kecik lagi. Pandai-pandai la pikiaq sendiri"

Diadili keluarga sendiri lebih ngeri

Perbicaraan berakhir dengan titis air mata. Kemudian, terus terlelap. Berharap bila terjaga nanti semuanya akan seperti sediakala.


p/s : Perbicaraan akan bersambung.

Bukan Meninggalkan

Thursday, July 19, 2012

Sebagaimana terasa peritnya ditinggalkan, begitu jugaklah rasa sakitnya meninggalkan. Apatah lagi meninggalkan tanpa kerelaan hati. Semoga aku diberi kekuatan untuk melakukan itu. Bila tiba masanya nanti.


Untuk insan yang aku sayang,

Tidak ada kata yang mampu aku ungkapkan selain MAAF dan TERIMA KASIH kerana sudah memberi erti dalam hidupku ini. Ketahuilah bahawa aku bukan pergi meninggalkanmu, tapi hanya terlepas darimu. Jika kamu yakin akanku, maka ini adalah jalan yang terbaik untuk kita.

Dari ku yang selalu merindumu,
Hanie

#credit to letto - permintaan hati


p/s : Perkahwinan dengan CINTA akan kekal selamanya. Kerana CINTA itu HAKIKI. Tapi tidak semua cinta bersatu. 

Tersepit Antara Rasa

Wednesday, July 4, 2012

Yang pasti aku bukan yang pertama. Mungkin juga bukan yang terakhir. Segalanya mungkin. Siapa yang tahu kan? Cuma aku mohon semoga hati aku dapat menerima takdir dan ketentuan dengan tenang. Tenang tanpa secalit rasa bersalah mahupun dendam. Ini bukan pengalaman pertama bagi aku. Pengalaman lepas banyak mengajar aku menjadi lebih matang dan belajar menerima hakikat. Cuma situasinya sedikit berbeza. Aku tersepit di antara rasa kasih dan satu rasa yang tak dapat aku jelaskan. Seperti menuding satu jari ke arah orang lain, empat jari lagi menuding diri sendiri. 


Soal jodoh bukan kita yang tentukan. Kalau dah tertulis begitu, macam mana kita menafikan pun tetap berlaku. Tapi mampukah aku?

p/s : Kembali keliru setelah menyakiti hati sendiri. Buntu.

Aku, Kau dan Dia Untuk Si Rabak Hati

Sunday, July 1, 2012


Minggu ni minggu rabak aku. Rabak hati. Rabak mata. Kemudian sengaja nak merabakkan lagi hati dan mata dengan melayan filem Aku, Kau dan Dia. Menarik pulak filem arahan si Pierre Andre tu. Sesuai la untuk sapa-sapa yang rabak hati tu. Selain jalan cerita, sound track pun sangat berperanan untuk lebih beremosi. Layan ja la lagu rabak ni.


Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerana derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang ku dambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Setelah tersedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpa mu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta



Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yg merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hati ku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

p/s : Tak mampu lagi menipu diri. Akhirnya tewas!

Tak Terluah

Friday, June 29, 2012

Sejak hari tu, macam-macam benda bersarang dalam kepala otak aku ni. Penat memikir. Kalau aku buat begini, susah jadinya. Bertindak macam tu pun tak boleh. Situasi dia macam

"di luah mati mak, di telan mati bapak, di kemam mati diri sendiri"

Sampai hari ni apa tindakan aku patut buat pun aku masih tak tahu. Penat jugak memendam rasa sensorang. Nak diluahkan takut dilabel meraih simpati plak nanti. Atau lebih teruk diri sendiri yang kena maki. Kat blog dengan twitter ja la tempat aku bermonolog. Akuan fb dah aku nyahaktifkan. Buat semak kepala!

Apa masalah aku ni? Nak bercerita pun tak sanggup. Sebab orang akan lemparkan tuduhan bukan-bukan kat aku bila tahu hal sebenar. Makanya, teruskan hidup dengan kepura-puraan. Terus mengukir senyum walaupun hati menangis sedih.

p/s : Selagi ada denyutan nadi, selagi itu Allah ada di sisi. Be strong bebeh! :')

Hati Sendiri

Wednesday, June 27, 2012

Apa yang berlaku sekarang adalah kesan tindakan masa lalu. Dan segala tindakan dan pilihan kita sekarang akan terasa kesannya di masa depan.

Argh, berat la kalau begitu! Kebarangkalian menerima kesan baik atau buruk sama banyak. 

Wahai hati, tenanglah. Biar akal fikiran dapat berfikir dan membuat keputusan yang diredhai Yang Maha Kuasa serta insan sekeliling. Bimbang ada yang terluka, terguris, terhancur, teremuk hatinya nanti.

Hati sendiri bukan lagi keutamaan. Pasrah. Redha.

p/s : Andai itu takdirnya. Siapa kita untuk menafikan?





Nasi Ulam - Resipi Ringkas untuk Pemalas (macam aku)

Tuesday, June 19, 2012

Ahad lepas aku rajin sket. Bangun awal pagi terus p kedai cari bahan-bahan nak masak. Walaupun rajin masih ada saki baki malas. Jadi bahan yang aku beli hanyalah daun kesom, daun limau purut, bunga kantan, bawang besaq dan kerisik. Makanya aku hanya perlu masak nasik dan goreng ikan terubuk masin dan pekasam. Terima kasih kak Shida atas sumbangan ikan pekasam itu. Hihi.

Kemudian bahan yang aku beli tadi diracik halus kecuali kerisik. Ikan terubuk masin dicarik halus jugak. Seterusnya bahan ini digaul bersama nasik. Masukkan juga kerisik dan serbuk lada hitam. Gaul hingga sebati dan terjadilah NASI ULAM!

Nasi Ulam Utara
Boleh dimakan waktu pagi, tengahari ataupun malam. Zaman kanak-kanak dulu mak selalu buat masa bulan puasa ja. 

p/s : Nak rasa? Cuba la sendiri. Senang saja.

Kuasa Air Mata Mu

Wednesday, June 6, 2012


Tuhan memberikan ku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah pada mu
Dia anugerahkan ku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi dengan mu

Atas restu Allah kau ingin miliki ku
Kau berharap ku menjadi yang terakhir untuk mu
Restu Allah kau mencintai diri ku
Kau pinang ku dengan Bismillah air mata

p/s : So Awal Ashaari la kamu! Perhaps I should be your Scha Alyahya. #OhMyEnglish 






Doa Kan Aku

Tuesday, June 5, 2012

Oktober 2011

Mei 2012

Tiada apa lagi yang mampu aku lafazkan selain ucapan syukur ku pada Mu Ya Allah. Alhamdulillah, aku bahagia. Semoga aku lebih bahagia selepas ini dengan restu semua. Semoga dibukakan hati untuk menerima segala kekurangan aku. Doakan impian dan harapan aku menjadi realiti.


p/s : Bertabahlah! Yang beronak berliku itulah namanya kehidupan.

Busana Pertunangan Ala-ala Artis

Monday, June 4, 2012

Orang cakap 'less is more'. Aku suka prinsip tu. Ringkas tapi cantik. Itulah konsep baju tunang kawan aku, Syazleen yang bertunang pada 28 Mei lepas. Baju tunang dia adalah inspirasi dari baju tunang Sheira Ayob. 

Simple and sweet!

Ikut tema itu sudah semestinya

Dan aku pun dah terbekenan dengan idea camtu. Kain kosong buat baju. Kemudian serikan dengan hiasan manik-manik. Menariknya! Aku juga idamkan busana pernikahan yang sebegitu. 


p/s : Dah kena mula design dari sekarang. Doakan aku!

Bilik Dikunjungi Rakan (III)

Thursday, May 31, 2012

Selang beberapa hari selepas bilik dikunjungi kak Adish Shida dan Ekmi, bilik ku ada pelawat lagi. Rakan blogger terkenal jugak ni. Selalu berhubung dalam telefon saja. Tak pernah bersua muka. Tapi naluri hati dapat mengenal beliau berdasarkan gambaran sipi-sipi yang ada di dunia maya. Hehe.

Beliau adalah Shameera Aimaa. Sapa tak kenal cikgu tadika KBU yang sorang ni. Bersuara lunak merdu plak tu. Ohsem! Terserlah kecintaan beliau dengan kerjayanya sekarang. Banyak jugak ilmu pasai kanak-kanak yang dikongsikan. Semoga diberkati dan terus berjaya ya! 

Sempena kedatangan beliau ke Putrajaya kali ni, aku turut sempat bertemu Nadh, Atiq dan kak blogger terkenal sorang lagi yang aku maksudkan dalam entri ini. Cantiknya kak Lydia Miza! Si baby pun sangat comey. Yang aku perasan, si baby nya kak Lydia tu suka pink. Auw, so sweet!

Hari last sebelum bertolak balik sempat jugak berjumpa Eva Natasha dan sorang lagi kawan Aimaa. Dan paling tak sangka boleh plak terserempak dengan blogger retis Ben Ashaari itu. Huhu.

p/s : Semakin ramai aku kenal geng blogger nampaknya. Menarik. 





Bilik Dikunjungi Rakan (II)

Wednesday, May 30, 2012

Pada hari yang sama kedatangan kak Adish Shida ke bilik ku, ada sorang lagi rakan datang melawat. Beliau adalah Ekmi, jiran katil dorm Co2/B-Saina. Sanggup beliau datang dari Johor semata-mata nak melepak bersama ku. Terharu sebentar.

Waktu pagi aku ditemani kak Shida dan sebelah petangnya aku ditemani Ekmi. Tak putus-putus bilik dilawat rakan. Bukan selalu berkeadaan begini.

Aktiviti di malam hari asalnya mau menonton bareng. Sementara tunggu show time sempat la melalak sejam. Pergh, perit gila tekak berkaraoke kerap. Tak dapat aku bayangkan penyanyi yang dok nyanyi lebih seploh tahun tu. Impian nak nonton terpaksa dibatalkan berikutan suhu di dalam panggung ketika itu sangat panas. Maka aktiviti malam diganti dengan pusing-pusing Putrajaya tengok lampu jalan.

Esoknya, kami meluru ke Port Dickson! Seterusnya, hayati secebis gambar kami di sana. Terima kasih.

Indah ciptaanNya. Subhanallah!

Camwhore itu harus!

Berjalan membasahkan kaki di malam hari

p/s : Hobi baru ku, kumpul towel banyak-banyak. Sume nak warna hijau =.='

Bilik Dikunjungi Rakan (I)

Wednesday, May 23, 2012

11hb yang lepas, saya dilawati kakak blogger yang terkenal. Kedatangan beliau bertujuan untuk ke majlis perkahwinan sahabatnya. Sebagai seorang insan yang baik hati saya menawarkan bilik saya yang semak dan panas tanpa kipas untuk beliau berehat pada pagi tersebut. Dapatlah beliau merehatkan diri sebelum berjumpa dengan kakak blogger terkenal yang sorang lagi. Semua femes ni. Saya ja blogger picisan.

Pagi itu seperti dijanjikan menapaklah saya ke Putrajaya Sentral untuk menjemput beliau. Kesian beliau terpaksa menunggu saya buat seketika. Hehe. Dah masuk tol Putrajaya baru saya dimaklumkan, kelam-kabut saya bersiap ala kadar. Sah-sah nampak muka baru bangun tidur.

::saya takdak gambar nak titipkan::

Sampai di bilik saya, kakak blogger yang terkenal tersebut berhajat nak tidur. Tapi, tak dapat. Haha. Meralit bersembang sampai pukul 10 lebih jugak la rasanya. Terima kasih kepada beliau kerana sudi bawakkan saya ketupat (untuk bekfes pagi itu) dan kek lapis karamel (untuk dinner saya hari berikutnya). Sedap sungguh!

::juga tiada gambar sebab dah melahap dulu baru teringat tak ambil gambar rupanya::

Tengaharinya berangkatlah kami ke Alamanda untuk berjumpa tiga orang blogger lagi yakni Suhaili, Iffah dan Qaseh. Mereka merancang untuk berjumpa dengan kakak blogger terkenal yang sorang lagi jugak. Saya tak dapat turut serta berikutan kawan saya dari UTM akan datang melawat. 


Pertemuan kami sampai di situ saja. Selepas makan dan jalan-jalan sekitar Alamanda, kami pulang ke rumah saya untuk mengambil barang kakak blogger terkenal tersebut dan beliau terus berangkat ke rumah kakak blogger terkenal yang sorang lagi.

Terima kakak blogger terkenal untuk kesempatan itu. Semoga berjumpa lagi! Kakak blogger terkenal yang saya maksudkan adalah kak Adish Shida.


p/s : Bila segan, gua terus jadi pemalu. Ahaks~



Karangan Budak : Kucingku Meow Meow

Wednesday, May 9, 2012

"Sedang menikmati makan malam, bersembanglah seorang lady boss bersama anak-anak buahnya. Dari satu topik berubah ke satu topik yang lain. Masa rehat-rehat beginilah baru berpeluang bersembang kencang soal peribadi. Kalau tak, asyik urusan kerja saja. Dari soal anak sampai la ke kisah kucing. Topik anak tu tak dapat la aku nak menyampuk sangat. Tapi bila saja masuk bab kucing, ingatan aku terus kembali ke zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Kurang pasti umur yang tepat ketika itu.

Di sekolah, murid-murid selalu diterapkan dengan amalan murni dan sangat dituntut untuk mengamalkan sifat-sifat murni seperti yang selalu diketengahkan dalam buku teks. Aku sebagai murid yang masih berfikiran suci murni, selalu terdetik untuk meniru sifat baik yang dibawa oleh watak perempuan dalam buku teks tersebut. Kalau masih ingat la kan, antara kisah yang femes adalah kisah sorang budak perempuan yang terjumpa kucing di tepi jalan.

Hah! Makanya aku pun tiru la aksi watak perempuan tersebut. Kebetulan aku balik rumah jalan kaki pada hari itu. Sedang berjalan terserempak la aku dengan seekor anak kucing comey berbulu warna putih melepak. Tanpa fikir panjang terus aku angkat bawak balik rumah.

Lebih kurang beginilah kucing yang aku jumpa tu

Perkara pertama yang aku buat adalah mandikan kucing tu. Part ni macam sasau jugak la jadinya. Aku hantam jirus dengan air sejuk. Apa lagi berlari la si kucing tu. Tapi peduli apa aku, aku nak peluk cium dia jadi aku tak mau la dia busuk. Dah kata mandi kan, haruslah bersabun jugak. Hahaha. Siap guna sabun Lux lagi!

Dah selesai mandi, aku bagi makan. Eh, silap. Aku bagi minum. Minum susu. Susu apa yang aku bancuh pun dah tak ingat. Silap-silap susu tin. Muahahaha! Seingat aku benda yang paling bangang penah aku buat sepanjang bela kucing tu adalah aku pi potong kuku dia! Konon-konon tak bagi dia simpan kuku panjang. Punya la sengal kan?

Mulai dari hari tu hari-hari la aku mandi dan sabunkan. Baru la syok peluk cium. Hehe. Tapi akhirnya ke mana hilang kucing tu pun dah tak ingat. Ke mati ntah. Sekali tu je la aku bela kucing dengan semangat sekali. Sekian saja kisah kucingku meow meow."

Muahaha!!


p/s : Entri zaman bila ntah ni baru nak publish. Sila gelakkan ayat penulis yang macam budak malas pi sekolah. Chill!


Air Mata Hari Jadi

Friday, May 4, 2012

Sangka Hanie, aku tak suka. Sangka Hanie itu semua tiada makna bagi ku. Tapi ternyata sangkaan  Hanie meleset. Ternyata Hanie salah mentafsir. Andai masa lalu itu pahit, jangan terus menghukum masa depan yang belum berlaku. Bak kata Ukays, yang pahit akan manis jua akhirnya :)

***

"Hepi besday sayang!" menjerit kuat Hanie di telinga aku. Maximum volume Hanie kasi. Dia ingat aku pekak barangkali. Kadang-kadang perangai kanak-kanak dia tu la yang buat aku terhibur. Boleh buat aku tersenyum sendiri. Siapa sangka Hanie si gadis kasar yang aku kenal itu juga berhati tisu. Pantang ada salah sikit bukan main panjang muncungnya. Nak dipujuk selalu katanya.

Dan hari ini 1 Mei cuti sempena Hari Pekerja juga hari istimewa buat aku. Cukup 29 tahun. Cukup matang aku rasa untuk membina masa depan. Misi hari ni mahu manfaatkan masa yang ada sebaiknya. Tiada makanan mahal di restoran mewah. Cukup sekadar mengisi perut dengan nasi campur bersama ikan bakar di warung tepi jalan. Sekali sekali Hanie mengelap peluh yang membasahi dahi. Kesian plak aku tengok. Sengaja aku pilih kedai di situ. Sambut birthday dengan ikan bakar bersama insan tersayang. Ok jugak kan?

Usai makan. Aku mengajak Hanie berjalan-jalan sekitar ibu kota mencuci mata. Melewati gerai menjual bunga segar. Terpaku Hanie di situ melihat-lihat ros merah. Jangan harap aku nak beli dengan dia. Aku lebih suka buat kejutan. 

"Kak, ambil la. Segar lagi ni" anne kedai mempelawa.

"Tak pa, saya dah ada! Hehe.." Hanie membalas. Aku tersenyum.

***

Imbas kembali

"Tq ye awak. Hari ni birthday awak tapi saya plak yang dapat hadiah" 

"Sama-sama. Saya suka tengok awak gembira. Kalau boleh tiap kali jumpa saya nak bagi bunga tau. Tapi sedih la saya tak dapat hadiah. Orang tu tak nak bagi pun kan"

"Alaaa....."

Aku sengaja usik Hanie. Nak tengok muncung dia panjang mana. Padahal aku tak kisah pun semua tu. Yang penting dia ada dengan aku di hari jadi.

***

Sebelum pulang, singgah sebentar di restoran kegemaran di KL Sentral. Membasahkan tekak setelah penat mengharungi panas. Apa yang aku perasan setiap kali melepak di situ pasti ada ja benda yang Hanie nak bahaskan dengan aku. Sambil makan sambil gaduh. Ni lagi satu perangai Hanie yang buat aku geram. Dia punya mulut kalau boleh membebel, mengalahkan mak nenek! Tapi kalau dah habis modal nak kenakan aku, mula la nak merajuk. Oh my Hanie!

"Ok. Kalau camni selalu lain kali tak nak dah la datang kedai ni" aku cuba mematikan hujah Hanie. Lagi dibiarkan lagi panjang dia nak berdebat.

"Hm, ok. Orang diam la. Tapi pejam mata sat please"

"Ada apa ni?"

"Orait, 1...2...3...taraaaaa!"

Terkedu aku seketika. Terdiam tak mampu terkata apa. Sekeping kad ucapan hari lahir mampu buat aku menitiskan air mata. Terasa aura keikhlasan di sebalik usaha buatan tangannya itu. Aku terharu.

"Terima kasih sayang..." hanya itu terluah dari mulut ku. Dan air mata terus mengalir.


p/s : Ternyata usaha sendiri kali ini lebih berbaloi. Usaha yang ikhlas pasti menyentuh hati. Selamat hari lahir kamu yang selalu ku rindu :)

p/s : Susah jugak nak menulis dari mata seorang lelaki. Muahaha! Errr, ok ka?

Kedua Kalinya

Wednesday, May 2, 2012

Ini kali yang kedua. Aduh, kalau begini tiap kalinya mau jadi kebun bunga bilik aku ni. Hehe. Tapi apa-apa pun aku hargai usaha beliau untuk menggembirakan aku. Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya. Yang pasti, aku selesa dengan cara beliau. Terima kasih yang tak terhingga.

Usaha yang berhasil buat aku terkejut lagi

p/s : Tiga kata untuk mu :)

Hanie di Alam Fantasi

Monday, April 30, 2012


Kasut yang buat aku termimpi-mimpi

Terasa seperti Cinderella plak bila kasut ini tersarung di kaki. Jika dipadankan dengan gaun pinky white pasti lebih terasa aura kayak seorang puteri. Dengan lemah gemalai menuruni tangga penuh sopan mengatur langkah.


Cantik kan? Nampak sopan gitu
(sumber : http://www.veerle.net/why-choose-a-vintage-wedding-dress.html )


Lambang kesucian. Tapi ini jugak bunga kematian.

Di tangan kanan kelihatan sejambak bunga carla lily putih pelengkap hiasan tangan. Tangan kiri mengangkat sedikit labuhan kain. Langkah berjaga-jaga perlu diambilkira. Jangan sampai tersadung di tangga. Uhuks, malu plak nanti.

Opss! Terlebih sudah. Itu semua hanya imaginasi yang tak mungkin menjadi realiti. Tapi seriously kasut itu sangat cantik. Sesuai la kan kalau nak pakai time nikah. Ahaks, berangan tak sudah aku ni. *ketuk kepala sendiri*


p/s : Andai kata terjadi dalam masa terdekat memang aku pakai kasut itu :)


Dilema Cinta Seorang Lelaki

Tuesday, April 24, 2012

Apa yang aku nak kongsi ni berdasarkan pengalaman insan-insan sekitar aku. Mungkin ada jugak yang penah berdepan dengan situasi camni. Bolehlah share pendapat hampa.

Situasi 1:

Mencintai si gadis dengan sepenuh hati. Tapi keluarga si gadis tak merestui. Akhirnya dengan paksa rela berkahwin dengan gadis pilihan keluarga. Kini bahagia bersama anak dan isteri.

Situasi 2:

Mencintai si gadis dengan sepenuh hati. Tapi keluarga sendiri tidak merestui kerana sudah ada calon pilihan untuknya.  Sanggup bertegang urat dengan keluarga sendiri demi mempertahankan cinta. Adakah akan bahagia??

***

Point dia kat sini aku nak tekankan tak semetinya kita akan happily ever after dengan pakwe/makwe. Bercinta bagai nak rak tapi dah tak berjodoh maka tak dapat jugak hidup bersama. Sebab kita akan kawen dengan jodoh bukan dengan cinta . Ok, setel bab tu.

Yang jadi kemusykilan aku sekarang ni pasai situasi yang kedua tu. Berdosakah seorang anak lelaki yang tak menurut kata ibubapanya itu? Kira sebagai derhaka tak? So Khabi Kushi Khabie Gham kan.

Jika aku berada di tempat kekasih hati si lelaki tu, aku akan turut berasa bersalah. Disebabkan aku hubungan dia dengan keluarga jadi renggang. Adakah aku juga berdosa? Ya, Allah…

p/s : Tak perlu lagi bersusah payah nak mengambil hati mak mentua. Sobs!

Harimau di Hotel

Thursday, April 19, 2012

Sambungan entri Terserempak Harimau di Kuching. Sejak dua menjak ni aku rajin buat entri bersambung kan?

Alkisahnya pasukan Harimau Malaya menginap di hotel yang sama dengan kami, Merdeka Palace Hotel. Dan yang lebih menarik function room depa depan function room kami. Boleh kata peluang nak terserempak tu sangat tinggi. Time makan lagi syok. Sebelah menyebelah lagi tau. Siap main jeling-jeling dengan si Fakhri yang sedikit pelik itu :P






Sudah cukup sudah la pasai harimau ni. Aku nak story tempat-tempat yang aku pi plak. Tapi dalam next entri la ye. Motif? Nak banyakkan entri. Muahaha!

p/s : Boring kan??

Terserempak Harimau di Kuching

Friday, April 13, 2012

Ini kisah Mac yang lalu. Baru teringat nak coretkan di sini. Kami warga BPK ke Kuching atas urusan kerja. Tapi macam biasalah kan. Sambil menyelam sambil minum ayaq. Tapi kena beringat jangan sampai lemas sudah.

Berikut adalah turutan perjalanan ke sana:

23 Mac 2012




Kami bertiga menyebokkan diri ikut meeting pra-sekolah

Berangkat ke Kuching. Mula-mula tu memang dah excited. Sebab first time kot aku ada geng belia remaja bila pi meeting. Tapi yang lebih membuat aku teruja bila tengah menunggu nak boarding, ternampak dua tiga jejaka berpakaian sukan lengkap siap ada logo FAM. Oh, dalam hati dah fikir adakah ini sebahagian dari pasukan Harimau Malaya? Hm, mungkin tak kot hati kecil menidakkan.

Tapi masuk ja dalam flight, nampaklah Datuk Raja Gopal di seat depan. Sempat lagi beliau melemparkan senyuman. Nampak merendah diri ja orangnya. Kehadiran Datuk di situ buat tanggapan aku tadi hampir betoi. Sedang berenak-enak di tempat duduk masing-masing kemudian masuklah jejaka-jejaka berpakaian sukan tadi. Oh, man! Memang betol pun mereka dari pasukan Harimau Malaya. Sorang demi sorang yang masuk tapi sorang pun aku tak kenal. Muahaha! Sampai la yang terakhir. It’s the twin footballer celebrity, Aidil Zafuan and Zaquan Adha!

Aku dengan Aju dah ternganga sebentar *Intermission*

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam sikit pun aku tak berpeluang nak melelapkan mata. Bergosip saja aku dengan Aju. Hehe. Tiba time makan, melahap sungguh-sungguh. Lapaq wes dari pagi setitik ayaq pun tak masuk.

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sekali lagi kami teruja. Selain pasangan kembar itu, ada jugak Fakhri Saarani dan Shafik Rahim! Tu ja yang aku kenal pun. Saat yang ada tidak kami lepaskan untuk bergambar. Aku sempat gedik bergambar dengan Zaquan ja. Ingatkan sampai situ saja pertemuan kami. Rupanya pasukan Harimau Malaya menginap di hotel yang sama kami menginap. Sesuatu yang tak di sangka seringkali mendatangi kita. Boleh la cuci mata 2 – 3 hari ni. Hehe. Next entri aku sambung cerita suasana di hotel plak. Chill!


Sebab gambar kat ipad itulah buat aku boleh cam dia ni adalah Zaquan.


p/s : “Pernah tak pi KLIA?” < ---- soklan yang menjengkelkan!

Nur Aimy Ismalaily, the Third Musketeer

Tuesday, April 10, 2012

Lanjutan dari entri Two Musketeers

Aku ada janji nak update April kan pasai kelahiran geng the musketeer yang ketiga ni. Hadif dan Wafee dapat kawan pompuan.






Nur Aimy Ismalaily, itulah nama yang diberi. Ismalaily tu dari abahnya sendiri dan nama Nur Aimy tu diberi oleh mak sedara yang baik hati. Ehem..ehem..It’s me yaw!

First time aku berpeluang menamakan anak sedara ku sendiri. Terima kasih kat mak baby ni sebab bagi kepercayaan kat aku. Hehe. Lawak jugak kak ku ini. Baru tiga orang anak dah tak boleh pikiaq nak bagi nama apa.

Kesimpulannya, aku dapat tiga anak sedara tahun ni. Oh, another one coming soon. Ngeh~

p/s : Tiap kali nak raya, aku mesti pening kepala.

Eh, aku di lamar ka? (Ending)

Monday, April 9, 2012

Sambungan dari kisah INI dan INI...

Dari kejauhan Hanie dapat melihat Izam yang sedang menunggu di bawah. Tersenyum-senyum dia. Cuba melangkah dengan hati-hati sambil menahan gejolak di dalam dada.

*Gejolak habaq hang! Ayat tak mau kalah. Huhu*

Hanie semakin menghampiri Izam. Selangkah, dua langkah, dan kini Hanie berada betul-betul di depan Izam.

“Aik, tak beli apa pun” semakin pelik jadinya.

“Jom pi 7e sat. Nak beli something la” Izam mengajak tanpa menjawab.

‘Dia ni kan, memang nak kena sekeh dua tiga kali. Tadi pi Midvalley bukan nak beli siap-siap. Grrrrr!’ Bebelan tu cukup terdetik di hati saja. Tak berani nak dihamburkan.

Berjalanlah mereka beriringan menuju kedai yang ada di situ selain deretan kaunter tiket yang tak putus-putus menerima kunjungan pelanggan. Sampai di kedai serba-serbi ada tu, terbelek-belek la dua insan bercinta tersebut mencari barang yang hendak di beli. Satu ke satu rak di jelajah. Hanie mengikut saja. Hm, mengikut sambil membebel. Tabiat biasa la tu tiap kali bertemu. Ada ja benda nak dibebelkan. Mujur la Izam jenis penyabar orangnya. Usai membeli, mereka kembali ke meja. Kesian Syaz kena tinggal sorang-sorang.

“Sori beb. Ko marah pakcik ni. Dia yang membeli lama sangat”

“Tak de bendalah. It’s ok. Chill! Chill!”

Berderai lagi gelak tawa dua sahabat itu. Tanpa buang masa perbincangan assignment dan sesi menelaah yang terbantut tadi diteruskan. Sedang rancak berbincang, berborak dan bergosip untuk mengurangkan tekanan tiba-tiba Hanie tersentap. Kaget seketika. Bisu seribu bahasa.

“Syaz, tunggu jap ek. Saudara Izam meh ikut saya sat” Hanie mula nak bersaya-awak. Petanda ada sesuatu yang tak kena. Hanie membawa Izam ke satu ruang yang sket menjauh dari kawasan yang bising tadi. Tak sabar nak membebel.

“Awak buat apa ni? Sampai hati awak kan” drama sudah bermula. Air mata mula bertakung di kolam mata. Cuba ditahan supaya empangan air mata tak pecah menyirami pipi.

‘Setitik air mata awak jatuh, saya balik!’

Kata-kata berupa ugutan itu sungguh berkesan pada Hanie. Sampai tak berani dah nak menangis depan Izam.

“Laaa, mana ada buat apa pun. Tak suka ka?” Izam sedikit keliru tapi dia faham benar maksud Hanie tu.

“Ni apa ni?” Hanie bertanya sambil menunjukkan cincin belah rotan yang tersarung di jari manisnya.

“Tu cincin tanda saya melamar awak” selamba Izam menjawab.

“Cincin melamar? Eh, saya dilamar ka ni? Awak jangan main-main!”
Hanie cuba nak berdrama lagi.

“Sayang ku, saya serius ok!” suara tegas mula kedengaran.

“Tapi, saya tak suka awak buat camni tau”

“Kenapa?”

“Awak sepatutnya melutut depan saya sambil bagi cincin ni dan cakap sudikah awak menjadi isteri saya. Pastu bila saya dah setuju baru la awak sarungkan ke jari. Tu baru betul” penuh semangat menyatakan ketidakpuasan hati.

“Ok la tu. Buat apa saya nak susah-susah tanya. Sebab saya dah tau awak akan say yes punya la. Baik saya terus sarungkan je. Hehe” Izam terus mempertahankan tindakannya tadi.

“Eiiii…geramnya! Tak romantik langsung..” Hanie terus berlalu pergi dengan perasaan sedikit tak puas hati.

Sebenarnya Izam pergi ke Midvalley sensorang tu semata-mata nak cari cincin. Sengal kan? Pandai-pandai nak beli sendiri. Nak buat kejutan katanya. Last-last cincin tu agak kecik saiznya. Tapi itu ok lagi. Yang buat Hanie hangat dia main sarung ke jari camtu ja. Masa bila? Haaaa, tengah sedap Hanie dok bincang dengan Syaz time tu la dia tarik tangan Hanie dan terus sarungkan cincin. Tersentap sekejap si Hanie. Kalau ikut hati, mau jugak ditampar-tampar si Izam tu.

Hm, pasai aksi melutut tu rasa-rasa berlaku tak? Mungkin satu hari nanti. Doakan Hanie dan Izam bersatu ya kawan-kawan :)

-TAMAT-

p/s : Memang kisah benar, tapi ada jugak tokok tambahnya. Chill!