Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

KPLI

Wednesday, April 14, 2010

Assalamualaikum...


Kisah 12 April 2010.. Eh, besday Hasnol Aliff ~ classmate time kat SAINA dulu.. Hepi Belated Besday Hasnol..!! (kebarangkalian dia nak baca ni macam tak de je pun..huhu~)

Berbalik pada kisah aku..

Aku excited lebih nak tau result MTEST.. Pagi - pagi dah bukak website moe.. Tapi,hampa.. Result belum keluar.. Aku pujuk hati supaya sabar dan try check lagi sekali tengahari sket.. Tup tap tup tap, dah tengahari.. Dengan semangat aku bukak lagi website tersebut.. Pun tak dak jugak.. Isyk! Ada jugak aku ternampak tajuk entri blog ntah-sapa-ntah berkaitan Jadual Aktiviti KPLI-SR Ambilan Jun/2010, tapi aku buat dek je.. Anggap je tak de kaitan.. Dalam hati aku berkata dengan angkuhnye

"Aku dah print la jadual tu.. Baru nak publish kat blog.. Ceh!"

Sampai la ke petang aku dok godek - godek moe punya website.. Hampa hati ku.. Rasa macam tertipu.. Sebelum ni maklum 12 April 2010 dah boleh semak dapat interview ke tak.. Aku pun berpegang la pada maklumat tersebut tanpa usul periksa.. Tiba - tiba tergerak hati aku nak tengok balik jadual aktiviti itu.. Dan rupa -rupanya tarikh semakan dah tukar pada 14 April 2010! Cilakak betul.. Buat penat je aku menunggu dan mengharap.. Salah kamu Ani, jadi sila maki diri sendiri.. Kalau ku tau, dari awal lagi aku dah baca entri blog ntah-sapa-ntah tadi tu.. Lain kali, jangan berlagak sangat ye Cik Ani!!

Hari ini, 14 April 2010 yang di nanti - nanti sudah pun tiba.. Debaran kian terasa.. Aku dapat interview tak ni?? Syukur alhamdulillah kalau dapat, tapi kalau tak dapat pun aku redha.. Ada motif lain sebenarnya yang buat aku excited lebih nak tau result MTEST ni.. Hehehe.. AKU NAK BALIK KAMPUNG!!!

Hek,ada kaitan ke balik kampung dengan result exam tu?? Entah..

Penantian aku terjawab bila aku dapat tau tarikh semakan di tukar sekali lagi.. Ya, tarikh di tukar lagi!!! Ulangan pengumuman, tarikh di tukar lagi.. Pada 17 April 2010.. Kali ni aku memang nak maki orang lain, bukan lagi diri sendiri..



Mungkin pihak yang berkenaan nak menguji tahap kesabaran bakal - bakal guru.. Ok, ok aku boleh terima.. Aku sedut balik makian yang belum aku lemparkan..

Aku Terima Nikahnya

Tuesday, April 13, 2010

Assalamualaikum...

Wow, dah hari Selasa! Hari ni aku akan bergerak ke Hotel Empress Sepang.. Putrajaya dengan Sepang bukan la jauh mana pun.. Tapi tetap bernama outstation.. Ceh! Aku ke sana untuk menghadiri mesyuarat sebagai Cik Urus Setia (macam biasa lah, setia dengan aku macam sinonim sangat dah..huhu~)

Cukup..

Pernah aku tulis pasai kawen.. Dan hari ini aku tulis pulak pasai nikah.. Kawen.. Nikah.. Nikah.. Kawen.. Sebelum korang melalut pikiaq jauh, aku peringat awai - awai bahawasanya aku belum mau kawen! Ecece, ayat cover tak hingat..!! Ayat yang betul ~ Diri ku tak laku - laku.. Sebab tu la aku tak kawen lagi.. Sekian..

Jadi, sebelum nak melangkah ke syurga dunia tu kita kena la menimba ilmu dulu.. Biaq penuh ilmu di dada ni hah Cik - cik sekalian.. Ada kawan aku Hazirah Ahmad Shukri a.k.a Hasz suggest aku baca buku ni ~ Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal.. Kalau ada masa lapang, usha - usha la blog dia..





Dah lama aku cari buku ni.. Buku ni menarik, kata pembaca yang dah baca.. Tapi tak dok pulok kat MPH Alamanda..


Leen yang baik hati, bila aku nak dapat buku nih??

Kekeringan Air Terjun Sungai Gabai

Monday, April 12, 2010

Assalamualaikum..

Aku dah jadi ketagih nak merapu kat sini..
Sebab?
Aku kat rumah jadi orang bisu! Huhu..
Jadi apa je yang terbuku dalam hati, aku curah kat sini.. Kalau korang rasa meluat, tak yah baca.. Ok?? Ada jugak yang merungut aku ni cakap banyak.. Ye la, bukan selalu aku leh bercakap banyak pun.. Bila ada peluang lepas geram, jangan dilepaskan! Hahaha..

Ok, mulai dari sekarang aku akan bahasakan diri aku sebagai aku.. Kenapa aku?? Aku punya suka la!

Sebenarnya aku nak cite pasai weekend aku di Sungai Gabai, salah satu pusat rekreasi di Hulu Langat.. Si Sungai Gabai tu buat aku kagum dan teruja.. Benda - benda 1st time ni mesti lah buat kita excited lebih kan?? Kekaguman aku semakin memuncak bila aku tengok ada beberapa puluh atau beratus mungkin anak - anak tangga yang perlu aku pijak - pijak untuk sampai ke atas..



Nampak tak tangga - tangga itu?? Ima masih mampu tersenyum manis walaupun penat nak mampos!

Dengan semangat berkobar - kobar aku mula mengatur langkah.. Pelbagai aksi manusia buat aku teruja.. Si ayah dan mak, duduk di batu sambil perhatikan anak - anak bermandi - manda.. Si pemuda bujang bangga dengan aksi terjun tiruk.. Si gadis pun apa kurangnya.. Aktiviti simbah menyimbah air kepada rakan - rakan jadi perkara wajib bila mandi di tempat - tempat sebegini.. Pakwe makwe asyik bergelak ketawa, bergurau senda.. Terapi hilangkan stress gamaknya.. Kod Etika Pemakaian tak yah cite la kot.. Paham - paham sendiri la ye.. Aku gunakan kesempatan yang ada untuk cuci mata.. Memang cerah bijik mata!







Maaf ye, aksi - aksi manusia dengan kod etika pemakaian yang betol aku tak snap pun.. Cukup la untuk pandangan mata aku.. Hahaha..

Aku yang melangkah dalam keadaan yang masih kering menjadi semakin kering dengan dosa - dosa kering yang aku kutip sepanjang perjalanan.. Keterujaan aku kian malap bila aku semakin penat! Siot betoi tangga.. Separuh mati aku dibuatnya.. Dan sebagai tanda kenangan, aku hadiahkan muntah aku kepada Cik Tangga.. Hahaha.. Padan muka kau tangga!! (tangga ada muka ke?) Padan muka aku jugak.. Keterujaan aku yang kian malap terus mati!

Untuk aku kembali normal, lebih kurang 10 bijik jeruk kedondong Kak Ayu aku balun.. Makanan lain hanya sekadar menjadi santapan mata aku.. Budak - budak lain tak buang masa, terus menyerbu air sejuk sungai.. Aku? Oh, mungkin tidak.. Dengan keadaan yang tak mengizinkan, cukup la setakat basahkan kaki.. Encik-gila-webcam tak habih - habih dok mengajak aku join sama.. Tak paham bahasa ke aku kata tak mau!!

Sambil menemani Kak Ayu melukis, pandangan mata aku melilau merayau - rayau menikmati 'pemandangan indah' di depan mata.. Macam - macam ada.. Ada yang buat aku gelak, ada yang buat aku terhibur dan tak kurang juga aksi yang boleh buat aku muntah sekali lagi.. Akhirnya, aku dan budak - budak lain berangkat pulang setelah penat bermandi - manda dan setelah puas menjamu mata.. Rasa - rasanya imbangan dosa kering aku selama beberapa jam di Sungai Gabai lebih berat dari pahala aku yang seciput itu.. Sekian kisah keringnya aku di Sungai Gabai.. Babai Sungai Gabai.. Semoga jumpa lagi! =)



Kak Ayu tengah asyik melukis..


p/s: Berhati - hati la dengan Encik-gila-webcam.. Mungkin anda turut menjadi model sampingan.. Eiiiii, nak je aku hempuk webcam kamu tu!! Kepala kamu jugak nak aku sekeh - sekeh!!!

Awak,Jom Kawen!!

Thursday, April 8, 2010

Aku ingat lagi....
Waktu baru habih UPSR orang sibok - sibok dok tanya ~ nak pi sekolah mana pulak pasni..Akhirnya aku dapat masuk SAINA (Sek.Men.Sains.Pokok.Sena)
Setel bab tu!

Tak lama pastu....
Selesai ja SPM, muncul pulak pertanyaan ~ nak sambung belajaq kat mana pasni..
Bab ni pun dah selesai..
Aku sambung study kat Matrix Penang & UMT (Uni.M'sia.T'ganu)


Eh,apsal tajuk entri macam tak kena je?? Sabaq! Sabaq! Belum sampai kepada perkara berbangkit..


Ok, sambung..


Kemudian...
Dah habih study, dah konvo apa sume persoalan bila nak keja pulak yang muncul..
Soalan ni paling lama aku dengaq.. Lebih kurang setahun jugak la.. Tapi, aku lega.. Sebab aku dah bergelar pekerja bukan lagi petani tanam anggur (penganggur)

Dan sekarang...
Soalan yang aku paling malas nak layan ~ Bila nak kawen??
Ha,dah ada bau - bau bacang dengan tajuk kan.. Kan??
Bab kawen mawen (erk,bahasa pe ni?) ni memang boleh menambahkan tekanan atmosfera.. Ada kawan - kawan aku dah bergelar ibu bapa.. Yang bergelar suami isteri pun tak terkira.. Jadi tunangan orang pun sama.. Tak kurang jugak yang tengah hangat bercinta.. Oh,memang tertekan!


Tapi...


Tiba - tiba ada yang muncul menerjah aku dengan soalan yang tak disangka - sangka.. Di taman yang indah, dengan sejambak bunga mawar merah di tangan.. Dia dekati aku lalu melutut, lantas terpancul suatu pertanyaan dari mulutnya

"Sudikah awak menjadi suri di hati saya.."??

Wah,bunga - bunga dalam taman hati aku berkembang mekar tahap max! Tipu la kalau kata aku tak excited dengan soalan itu.. Senyuman manis aku bertukar menjadi sengihan yang sangat bahagia lalu terus berkata

"Ya! Ya! Ya!"

sambil mengangguk - angguk tanda setuju.. Tengok, sampai 3kali aku kata Ya.. Memang excited sungguh time tu..

Angin sepoi - sepoi bahasa petang tu terasa begitu nyaman... Kicauan burung pun tiba - tiba kedengaran sangat merdu.. Manusia yang lalu - lalang tersenyum - senyum melihat aku dan dia kelihatan kaku.. Yang tinggal hanya aku dan dia menjadi pemilik mutlak taman itu... Ku bahagia!


Yeah, memang aku bahagia walaupun hanya dalam mimpi cuma.. Ceh! Rupa - rupanya itu sume adalah sebahagian adegan dalam mimpi aku.. Dalam alam realiti, aku masih sendiri.. Tidakkkkkkk....!!!! Aku akan terus dihantui oleh soalan Bila nak kawen?? untuk berapa lama lagi..?? Muncul lah cepat sapa - sapa yang boleh bagi jawapan kepada soalan bila-nak-kawen tuh.. =)

Oh,ya!

Ni lah jejaka yang hadir dalam mimpi aku tu..



Tak jemu mata memandang kan..?? Tengok la lagi.. Tapi jangan usha lama - lama.. Aku jeles!




Macam mana mamat ni pandai cakap bahasa melayu..?? Pelik!

Teringat kata - kata kawan aku, Nur Aisyah Nadzira a.k.a Ecah ~ "Hanya dalam mimpi impian aku jadi realiti.."


Soalan kepada diri sendiri (soalan lagi?) ~ Soalan kat dunia pun susah nak jawab, cmne la gamaknya nak berhadapan dengan soalan - soalan di alam kubur nanti.. erkk,gulp!


Romantic Snow Globes by WiddlyTinks.com

Sakitnya Gurauan Itu

Tuesday, April 6, 2010

Salam...

Pertama sekali marilah kita sama - sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi yang telah kembali menemui Pemilik Nyawanya.. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang - orang yang soleh.. Amin~

"Harimau mati meninggalkan belang, Manusia pergi meninggalkan nama.."

Nama Din Beramboi lebih kerap diulangsebut selepas kematiannya.. Yang baik, baguslah dicanang - canang.. Tapi yang sedihnya, ada jugak bunyi - bunyi sumbang yang kedengaran.. Di saat ramai yang berduka, saya sangat terkejut bila dapat tau ada jugak hamba ALLAH yang bergumbira di atas kematian arwah.. Astaghfirullahhal'azim.. Kenapa begitu kejam?? Apa salah arwah kepada hamba ALLAH tersebut?? Alasannya ~ Lawak - lawak sengal Din Beramboi itu selain boleh buat orang ketawa + gelak sorang -sorang [termasuk la diri saya sendiri..hehe~], ada jugak yang sakit dengan lawak - lawak tersebut.. Sakit hati!!

Bukannya saya mau mengecam, apatah lagi menyokong tindakan hamba ALLAH itu, tapi sedikit sebanyak dia buat saya terfikir tentang BERGURAU..

Kita semua sedia maklum, Islam tak menggalakkan kita berlebih - lebihan dalam sesuatu hal.. Begitu jugak halnya dalam bergurau.. Kita bebas untuk b'ekspresi dalam lawak jenaka,tapi dengan syarat tidak menyentuh isu - isu yang melibatkan agama dan sebarang gurauan berbentuk cacian, cemuhan, fitnah adalah dilarang!

Sekadar renungan dan panduan, saya kongsikan canda gurau Rasulullah.. =)

Seorang sahabat mendatangi Rasulullah SAW, dan dia meminta agar Rasulullah SAW membantunya mencari unta untuk memindahkan barang-barangnya.

Rasulullah berkata:
“Kalau begitu kamu pindahkan barang-barangmu itu ke anak unta di seberang sana”.

Sahabat bingung bagaimana mungkin seekor anak unta dapat memikul beban yang berat.
“Ya Rasulullah, apakah tidak ada unta dewasa yang sekiranya sanggup memikul barang-barang ku ini?”

Rasulullah menjawab, “Aku tidak bilang anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir dari ibu selain unta”

Sahabat tersenyum dan dia pun mengerti gurauan Rasulullah.
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi. Sanad Sahih)

di sini ada lagi gurauan dari Rasulullah..

Fikir - fikirkan...


psttt!! gosip terbaru saya dengar, hamba ALLAH tu dah mintak maaf.. harap - harap gosip tu boleh dipercayai..

Harga Sebuah Senyuman

Friday, April 2, 2010

"senyumlah...
senyumlah ahai cek mek molek..
senyumlah...
senyumlah ahai cek mek molek.."

Rasanya sume leh tau tu lirik lagu.. Ada ka sapa - sapa yang tak tau dan tak pernah dengar lagu nih?? Hatta budak - budak hingusan pun reti nyanyi lagu tu.. Di corong - corong radio pun selalu jugak dikeudarakan.. Dalam iklan kat TV pun ada..

Tak kesah lah kalau tau lagu tu ke tak.. Apa yang nak disampaikan di sini adalah maksud lirik di atas ---> SENYUM :) =) C:

Masih boleh dimaafkan kepada sapa - sapa yang tak tau lagu itu, tapi sangat hairan kalau ada sapa - sapa yang tak tau nak senyum.. Susah sangat ke??

Tak perlu kudrat yang kuat untuk senyum...
Tak perlu bayar sekupang pun untuk senyum...

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana korang lemparkan senyuman ikhlas yang paling manis tapi dibalas dengan muka seposen yang langsung tak dak perasaan..?
Bukannya nak balas senyum balik, tapi buat tak tau je.. Rasa seperti pipi ku lebih tersorong - sorong berbanding hidung ku yang memang tak mancung ini.. Termalu sendiri..!!

Mungkin orang yang tak membalas senyuman saya tadi tu tak tau betapa besarnya hikmah senyum.. SENYUM ITU SEDEKAH.. Senyum adalah sedekah yang paling murah tapi sangat besar pahalanya.. Senyum yang dianggap sedekah adalah senyum yang ikhlas dari hati, bukan dipaksa - paksa dan spontan.. Sebarang senyuman lain (spt senyum sinis, senyum kelat, senyum terpaksa,...) tak dianggap sebagai sedekah..

Senyum juga jalan untuk membuka rezeki, pengubat jiwa, memudahkan urusan dan mengeratkan kasih sayang ~ besar manfaatnya tu!

Hulurkan senyuman wahai teman,
Kerana dari senyuman,
Lahirlah keceriaan,
Terpamerlah kegembiraan,
Wujudlah keyakinan,
Jiwa terasa lega dan tenang,
Segala masalah jadi hilang..

Marilah kita sama - sama menghulur senyuman dan jangan lupa untuk membalas senyuman..

Senyumlah.. Senyumlah ahai cek mek molek! Cek mek yang tak bape nak molek pun selalu - selalu lah senyum ye.. Cek abang yang gagah perkasa pun senyum - senyum la sikit.. Tak jatuh aih martabat anda sebagai lelaki macho!

p/s: jangan dok senyum sorang - sorang sudah.. tak pasai - pasai orang tuduh gila nanti.. tapi percaya atau tak, saya pernah tersenyum sorang - sorang.. :)