Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Awak,Jom Kawen!!

Thursday, April 8, 2010

Aku ingat lagi....
Waktu baru habih UPSR orang sibok - sibok dok tanya ~ nak pi sekolah mana pulak pasni..Akhirnya aku dapat masuk SAINA (Sek.Men.Sains.Pokok.Sena)
Setel bab tu!

Tak lama pastu....
Selesai ja SPM, muncul pulak pertanyaan ~ nak sambung belajaq kat mana pasni..
Bab ni pun dah selesai..
Aku sambung study kat Matrix Penang & UMT (Uni.M'sia.T'ganu)


Eh,apsal tajuk entri macam tak kena je?? Sabaq! Sabaq! Belum sampai kepada perkara berbangkit..


Ok, sambung..


Kemudian...
Dah habih study, dah konvo apa sume persoalan bila nak keja pulak yang muncul..
Soalan ni paling lama aku dengaq.. Lebih kurang setahun jugak la.. Tapi, aku lega.. Sebab aku dah bergelar pekerja bukan lagi petani tanam anggur (penganggur)

Dan sekarang...
Soalan yang aku paling malas nak layan ~ Bila nak kawen??
Ha,dah ada bau - bau bacang dengan tajuk kan.. Kan??
Bab kawen mawen (erk,bahasa pe ni?) ni memang boleh menambahkan tekanan atmosfera.. Ada kawan - kawan aku dah bergelar ibu bapa.. Yang bergelar suami isteri pun tak terkira.. Jadi tunangan orang pun sama.. Tak kurang jugak yang tengah hangat bercinta.. Oh,memang tertekan!


Tapi...


Tiba - tiba ada yang muncul menerjah aku dengan soalan yang tak disangka - sangka.. Di taman yang indah, dengan sejambak bunga mawar merah di tangan.. Dia dekati aku lalu melutut, lantas terpancul suatu pertanyaan dari mulutnya

"Sudikah awak menjadi suri di hati saya.."??

Wah,bunga - bunga dalam taman hati aku berkembang mekar tahap max! Tipu la kalau kata aku tak excited dengan soalan itu.. Senyuman manis aku bertukar menjadi sengihan yang sangat bahagia lalu terus berkata

"Ya! Ya! Ya!"

sambil mengangguk - angguk tanda setuju.. Tengok, sampai 3kali aku kata Ya.. Memang excited sungguh time tu..

Angin sepoi - sepoi bahasa petang tu terasa begitu nyaman... Kicauan burung pun tiba - tiba kedengaran sangat merdu.. Manusia yang lalu - lalang tersenyum - senyum melihat aku dan dia kelihatan kaku.. Yang tinggal hanya aku dan dia menjadi pemilik mutlak taman itu... Ku bahagia!


Yeah, memang aku bahagia walaupun hanya dalam mimpi cuma.. Ceh! Rupa - rupanya itu sume adalah sebahagian adegan dalam mimpi aku.. Dalam alam realiti, aku masih sendiri.. Tidakkkkkkk....!!!! Aku akan terus dihantui oleh soalan Bila nak kawen?? untuk berapa lama lagi..?? Muncul lah cepat sapa - sapa yang boleh bagi jawapan kepada soalan bila-nak-kawen tuh.. =)

Oh,ya!

Ni lah jejaka yang hadir dalam mimpi aku tu..



Tak jemu mata memandang kan..?? Tengok la lagi.. Tapi jangan usha lama - lama.. Aku jeles!




Macam mana mamat ni pandai cakap bahasa melayu..?? Pelik!

Teringat kata - kata kawan aku, Nur Aisyah Nadzira a.k.a Ecah ~ "Hanya dalam mimpi impian aku jadi realiti.."


Soalan kepada diri sendiri (soalan lagi?) ~ Soalan kat dunia pun susah nak jawab, cmne la gamaknya nak berhadapan dengan soalan - soalan di alam kubur nanti.. erkk,gulp!


Romantic Snow Globes by WiddlyTinks.com

1 komen:

SHEA SHEERA said...

OMG ! kris allen . hee ! suke dye ke ? comel kan dye ? suke dye nyanyi lgu heartless :)