Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Pengalaman Kereta Kena Pecah

Sunday, January 19, 2014

Salam.

Harini aku dapat pengalaman dan pengajaran. Buat pertama kalinya aku terlibat dengan kes pecah kereta. Alhamdulillah, tak ada barang aku yang hilang. Tapi kesian sahabat aku. Dah la cermin kereta kena pecah, beg tangan pulak kena kebas. 

Lebih kurang 7.30 pagi aku, Aisyah dan Syazleen berangkat ke sana untuk berjogging niatnya. Sebelum keluar rumah aku dah terdetik nak bawa duit dengan kad pengenalan sahaja. Tapi malas punya pasal, aku bawa sekali beg duit. Lain-lain barang aku tinggal. Nak pi jogging kan, tak perlu la bawa macam-macam.

Sampai sana dengan riang gembiranya kami bergelak tawa. Berjoggingnya sekejap saja. Bercerita, bergelak yang lebih. Sempat lagi join aerobik walau step ke laut. Padahal kaki dah nak melangkah balik pi cari sarapan masa tu. Sambung gelak lagi dalam perjalanan ke kereta.

Elok nak masuk kereta, Aisyah dah jerit "oh man, cermin pecah!". Aku blur lagi masa tu. Sungguh tak perasan cermin apa yang pecah. Rupa-rupanya cermin kecik kat bahagian pintu penumpang depan. Berdarau darah bila sedar kereta dah kena pecah. Cepat-cepat aku check dashboard dan alhamdulillah beg duit aku dan Syazleen masih ada. Syukur alhamdulillah.

Mau tak cuak. Cermin yang pecah tu betul-betul sebelah dashboard tempat aku simpan beg duit. Haiii, mau menangis tak berlagu kalau hilang. Handbag Aisyah yang dia letak kat bawah hilang dengan segala macam barang-barang dia dalam tu. Mujur handphone dia pegang. Kalau tak, lesap semua sekali. Pengajaran la buat kami supaya lebih berhati-hati. Handbag simpan di tempat yang tersorok sikit lain kali. Ataupun tak payah bawa langsung kalau nak ke tempat camtu.

Selesai buat report polis, terserempak dengan beberapa orang lain yg buat report yang sama. Lokasi yang sama. Cuma cara dia mencuri tu power sikit. Tak pecahkan cermin. Boleh unlock pakai senjata apa ntah. Dasyat betul penjenayah ni.

Oh ya, kejadian ni berlaku di tempat letak kereta sebelah Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa. Berhati-hatilah selalu ya. Penjenayah ada di mana-mana.

Kemimpian

Friday, January 17, 2014

Entah bagaimana dan entah kenapa aku tetiba boleh ada di sana. Dari kejauhan aku nampak susuk tubuh yang aku kenal. Sangat kenal. Dengan potongan rambut gaya baru. Tekun dia bekerja. Lama aku tenung. Tetiba dia berpaling dan pandangan mata kami bertaut.

Redup pandangan tetap sama. Lengkuk bibir menguntum senyum tetap sama. Tapi aku tak mampu untuk membalas. Sepantas kilat aku alihkan wajah. Biar hanya aku yang memerhati.

Di satu sudut yang lain aku lihat dua anak kecil sedang bermain riang. Dah besar anak-anak. Aku tersenyum syukur. Kemudian dimensi berubah. Aku nampak dia bersama seorang wanita turut menyertai anak-anak itu bermain. Terpancar aura kebahgiaan di raut wajah masing-masing.

Melihatkan itu, kaki segera melangkah. Aku semakin menjauh. Kaki terus melangkah walau mata masih pada dia. Sekali lagi pandangan mata bertemu. Aku beranikan diri memandang dan menghadiahkan sebuah senyuman. Dengan senyuman, aku semakin menghilang di balik kabus yang entah dari mana datang.

***

Baru beberapa hari yang lalu aku petik kata-katanya, terus dia hadir dalam mimpi. Semoga terus berbahagia sampai syurga sang mantan, MHK!


P/s : Meminta pada yang ada. Merindu pada yang sudi.

OST Ariana Rose : Di Pintu Syurga

Wednesday, January 15, 2014

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggallah ku sendiri
Menghitung hari tiada daya
Dimamah sepi

*Duhai kekasih hati katakanlah padaku
Bahwa semua ini hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam terasa pedih

Ulang * 

Doaku kasih kita bersua di pintu syurga



Resipi : Menu Bila Rajin

Menu Pertama : Creamy Butter Prawn

Resipi yang ringkas dan cepat disediakan. Bahan-bahannya adalah:

1. Udang 
2. Susu sejat
3. Mentega
4. Minyak
5. Bawang putih
6. Cili padi
7. Daun kari
8. Garam
9. Tepung jagung

Itu sahaja bahannya. Berapa banyak nak guna tu agak la sendiri ya. Ok, ni cara-cara nak buat pulak.

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak. Kemudian masukkan mentega. Agak-agak mentega dah cair masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Kacau hingga keperangan.

2. Perlahan-lahan masukkan susu sejat. Masukkan garam secukup rasa dan bila dah betul-betul mendidih masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kalau tak mau letak pun tak mengapa. Macam yang aku buat tu tak letak pun ok ja.

3. Akhir sekali masukkan udang. Tunggu udang masak, siaplah untuk dihidang.

Selamat mencuba!






Menu Kedua : Ayam/Daging Bakar

Bahan-bahannya adalah:

1. Ayam/Daging
2. Garam kunyit
3. Lada hitam
4. Jintan manis
5. Cili kering
6. Bawang merah dan bawang putih
7. Daun-daun (pudina, limau purut, kunyit) 

Resipi paling senang nak buat ni. Tumbuk cili kering, bawang, lada dan jintan. Daun pudina dan daun limau purut dihiris halus. Perap ayam atau daging dengan garam kunyit, bahan yang di tumbuk dan daun yang di hiris tadi.

Akhir sekali balut dengan daun kunyit dan bolehlah mula membakar. Daun-daun tu tujuannya untuk beri aroma yang enak. Memang terbaiklah!

Selamat mencuba!


Random Rant

Tuesday, January 14, 2014

"Saya tak takut ditinggalkan, tapi saya takut untuk meninggalkan. Itu lebih payah dan perit"

Cinta lama pernah meluahkan kata-kata ni kepada aku satu masa dahulu. Dan sekarang baru aku mengerti apa maksudnya.

Segala kesalahan lalu aku maafkan walaupun sukar untuk aku lupakan. Semoga bahagia milik aku, dia dan kamu.

Amin.

Minta Tolong Sikit

Wednesday, January 8, 2014

Salam dan selamat pagi.

Pagi ni terdetik di hati pasal minta tolong. Sebagai pekerja golongan bawahan yang tak sah taraf, haruslah begitu berhati-hati menyusun kata. Tak pasal-pasal nanti di kata mengarah pulak. 

Begitulah keadaannya bila nak minta pertolongan manusia. Merendah diri, sopan santun semua ada la. Kalau cakap lebih kurang karang mungkin manusia salah faham terus menuduh kurang ajar atau tak bersungguh-sungguh nak minta tolong. 

Kat sini lah hipokrit akan muncul. Kahkahkah!

Biasalah tu kan, normal. Bebaik masa nak minta tolong. Dah dapat apa yang dihajati, mungkin dilupakan begitu sahaja. Pengalaman camni sapa ja yang tak pernah alami. Itu dengan manusia.

Kalau dengan Tuhan haruslah lebih bertambah tawaduknya nak minta tolong. Lebih bersungguh-sungguh minta sesuatu dengan hati yang ikhlas. Kalau hari ni minta tapi tak dapat, teruskan meminta dengan sabar tanpa jemu. Mungkin Tuhan nak menguji takat mana kesabaran kita. Mungkin Tuhan mahu menduga takat mana keinginan kita.

"Sesuatu yang kita rasa baik, belum tentu baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu"


P/s : Kalau nak ikut rasa nak merajuk, nak terasa hati ja selalu memang la kau tak boleh kerja. Keep calm and chillax sudah!