Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Pagi Isnin

Monday, March 25, 2013

Hari pertama masuk pejabat setelah bercuti tiga hari di kampung halaman dimulakan dengan langkah longlai. Kononnya bercuti tu sebab nak bina semangat. Tapi lain plak jadinya.

Kejadian bertentang bijik mata dengan bekas bakal mak mentua terbawak-bawak sampai ke hari ni. Tak cukup dengan tu, kakak kesayangan plak 'bertegur sapa' di awal pagi. Semangat yang tinggal sikit, hampir nak hilang terus rasanya. Buat keja pun sambil termenung tembus ke dinding.

Tapi mujurlah bos panggil masuk meeting pepagi. Sedikit sebanyak buat masa terasa cepat berlalu. Hoho.

p/s : Saya sakit tekak, jadi saya tak mampu nak tengking awak. Jangan takut :)

Bunga Kuku

Tuesday, March 12, 2013

Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa tumbuh di kuku? Soalan sekadar berbasa-basi. Jawapan dah bagi tu haaaa.

Zaman kanak-kanak dulu kalau tumbuh ja bunga spesis camtu kat kuku, mesti rasa susah hati. Konon-konon bunga kuku tu melambangkan si individu tersebut sedang mengalamai masalah. Aku pun tak pasti apa kaitan masalah dengan coretan putih secoet kat kuku tu. Kanak-kanak punya imaginasi kot.

Dah dewasa sket ada orang kabo ke aku katanya tu tanda kurang kalsium. Hm, logik la jugak kan? Tapi sebenarnya tak tepat. 

Yang betulnya, bunga kuku terjadi kesan daripada trauma ke atasnya. Macam terhentak sket ke. Alergi bahan kosmetik ke. Tu apa yang aku google la. Nak maklumat lebih sila cari tahu sendiri. Huhu.


p/s : Apa tafsiran korang plak pasai bunga kuku ni?