Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Wordy Wednesday - Aku Anak Bongsu

Wednesday, June 29, 2011


Masyarakat mudah melabel anak bongsu sebagai manja, mengada-ngada, tak boleh berdikari, pemalas malah ada yang menganggap golongan adik-adik ni menyusahkan golongan abang-abang dan kakak-kakak. Memang tak dinafikan ada segelintir golongan adik-adik yang camtu. Tapi barang diingat, masih ada golongan adik-adik yang mampu bertindak sebagai abang atau kakak. Dan jangan tak percaya, ada jugak golongan abang-abang dan kakak-kakak yang lebih bersifat ke'adik'an berbanding adik.

Aku sendiri dilahirkan sebagai anak bongsu. Kalau mau kira nombor dalam keluarga, aku anak yang ke-11. Ramaikan adik-beradik aku? Aku bangga dengan angka itu. Dengan 7 abang yang macam-macam perangai serta 3 kakak yang sempoi habih, aku rasa sangat beruntung.

Cukup la intro dengan ayat skema tak ingat. Mari terus ke isi utama.

Masa kecik memang aku agak manja dengan mak. Sampai darjah 6 je. Start tingkatan 1 aku masuk asrama. Hidup kat asrama paham-paham je la. Semua benda kena buat sendiri. Dari situ aku belajaq hidup berdikari.

Apa benda yang aku buat, aku cuba usaha sendiri dulu. Kalau dah tak boleh sangat baru aku mintak tolong mak, abang or kakak aku. Bukan prinsip aku nak menyusahkan hidup orang lain kalau aku boleh usaha sendiri. Biaq diri sendiri rasa susah takpa daripada susahkan orang lain.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk jadi adik yang tak menyusahkan abang dan kakak. Tapi kalau abang atau kakak perlukan bantuan aku, aku tak menolak untuk menolong selagi termampu. Sapa la aku sebagai adik bongsu tanpa abang-abang dan kakak-kakak tersayang. Takdak abang atau kakak, takdak la adik.

Ces, skema jugak!!


Rindu adik Iman. Al-Fatihah. (T_T)

 

 

 
p/s : Sayangi keluarga anda.

Jom Kembali Ke Sekolah!

Monday, June 27, 2011


Lamanya blog tak berentri baru. Itu tandanya aku malas. Bila masa aku rajin ntah. Ok, tanpa membebel panjang, baca la ringkasan kisah zaman sekolah aku.

 
Mana paling best. Tadika, Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah?
Bagi aku zaman remaja di sekolah menengah lebih menarik. Sebab aku rasa perhubungan persahabatan yang terjalin tu sangat bermakna.

C02/b always be ~ kami kawan sampai bila-bila

Pengalaman Pahit

Tak la pahit sangat. Mungkin pengalaman yang mengajar kot. Hehe. Masa tadika penah tersembam cium tanah sebab masyuk sangat dok hayun buaian. Sekali terlebih laju, nah rasakan enaknya tanah itu!
Ada lagi sebenarnya, tapi malas nak menulis panjang-panjang. Hehe.

 

Pengalaman Manis
Tiap-tiap tahun dapat naik pentas amek hadiah. Masa sekolah rendah je la. Bangga mak ayah. Masa sekolah menengah aku malas belajar. Sekian.

 
Subjek yang digemari dan subjek yang bengap boleh baca kat entri

 
Jom layan gambar sambil gelak berdekah kahkahkah!







 
Gelak sket-sket sudah. Oh lupa, ni adalah segmen anjuran admin KBU. Kalau nak join, boleh la klik link kat bawah ni.

 

 
p/s : Yang ku tau, zaman sekolah itu indah :)

Aishiteru versi PJJ – Percintaan Jarak Jauh

Friday, June 10, 2011



 

"Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat,
bila kau rindu pejamkan mata mu, dan rasakan a a a aku. 

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh, terhapus ruang dan waktu, 
percayakan kesetiaan ini, pada ketulusan a a ai aishiteru!"


 
Bagi aku, kepercayaan dan kesetiaan sangat penting dalam hubungan percintaan jarak jauh ni. Bayangkan kalau masing-masing dok curiga syak wasangka. Bayangkan jugak apa akan jadi kalau masing-masing syok dok main kayu tiga, pasang spare-part sini sana. Maklum la masing-masing kurang kasih sayang.

Bayangkan.

Tapi percaya jangan sampai 100% cintaku macam Mas Idayu kata tu. Rasa curiga perlu ada jugak sket. Sebarang kemungkinan boleh berlaku oii. Dalam dok percaya setia pun boleh hancur musnah berderai terputus tengah jalan. Jadi, jaga-jaga!

 
Antara tips yang aku boleh kongsi untuk menjaga hubungan PJJ ni adalah seperti berikut:
  1. Pastikan hubungan anda direstui oleh keluarga. Supaya tiada istilah cinta terhalang oleh orang tua. Maka takdak alasan nak cari yang lain sepanjang tempoh berjauhan. *pengalaman mengajar weh*

  2. Sentiasa mengambil berat dan mengambil tahu perkembangan semasa pasangan. Kalau ada masa free, rajin-rajin la contact. Tak kira la via apa medium sekali pun. Masing-masing nak perhatian kan?

  3. Jangan nak ngada-ngada sangat. Salah sket nak merajuk. Tak pujuk mula nak mengamuk. Dah la berjauhan. Kena la paham situasi masing-masing okey.

  4. Tiap hari sayang. Semakin hari semakin sayang.

     
    Good Luck! Hehe.

     
p/s : Lagi 60++ hari. Yihaaaa!

Hambek Kaw! #1

Thursday, June 9, 2011


Pengajaran malam ini :

SILA KEMAS BILIK YANG MACAM KAPAL KARAM. SEKALI ORANG TERJAH BILIK, NAH HAMBEK KAU! TAK SEMPAT NAK COVER. KANTOI SUDAH. CHEQ MALU HABAQ HANG.
=.='

 
p/s : Dah la hudoh, pemalas pulak. Sapa mau amek buat bini oii?!

Lirik Lagu Takhta OST KL Gangster

Wednesday, June 8, 2011


Di mana tempat adanya kuasa
Di situ juga adanya angkara
Di mana ada namanya manusia
Di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi
Yang rendah ingin menjadi tinggi
Dan yang tinggi ingin mendominasi
Yang lemah ingin menjadi gagah
Dan yang gagah ingin terus berada di atas

 

(*) Di dalam hiruk piruk kota
Dalam mengelar cita-cita
Dimana ada kuasa dan takhta
Ramai yang telah menjadi mangsa
Bagaikan tiada penghujungnya
Bagaikan tiada titik nokhtah
Seakan sudah biasa
Entah bilakah akhirnya

 

Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudara ku
Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
Peduli apa katamu, peduli apa kau mahu
Bila senjata ku hunus
Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
Cuma hanya ini yang ku mahu

 

Bila kau menjadi kaku
Bila kau sudah layu
Bila kau tiada lagi bernyawa
Aku sudah berada di atas takhta

 

(*)

 

Saudara ku, yang berada disekelilingku
Saudaraku, yang sanggup menempuh maut dgn ku
Saudaraku, yang hidup mati bersama aku
Saudaraku, yang telah gugur kerana aku

 

Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
Kerana kuasa aku hampir binasa
Hampir ku hilang nyawa, hampir musnah semua
Ibarat mati hidup semula
Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua

 

Supaya aku sedar
Supaya tak mudah lagi lupa
Supaya tak mudah megah
Dan di atas pasti kebawah

 

Giliran di bawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya
Untuk menimpa mengambil alih takhta
Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa
(*)

 

p/s : whatever! *gaya Nabil*