Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kerana Nama Sama, Habih Aku Meluat Semua

Tuesday, November 30, 2010


Kalau orang tua tua dulu guna peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga, aku pulak guna peribahasa itu (rujuk tajuk entri).

Nampak sangat muda mudi zaman sekarang (aku terutamanya) tak reti nak berbudi bahasa. Reka peribahasa pun macam tak dak nilai. Tak macam tok nenek moyang kita dulu. Cipta peribahasa yang ada kaitan dengan kehidupan harian depa tapi masih mengekalkan keindahan bahasa.

Contoh: mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Sopan je bahasa kan? Hah, satu lagi! Ibarat melepaskan batok di tangga. Aku baru tau rupa-rupanya batok tu adalah benda alah ni




Selama belajaq kat sekolah, aku ingat batuk uhuk uhuk tu. *Dusyhhhh!!* Baru la indah perumpamaan tu kalau batok adalah seperti rajah di atas. Rumah zaman dulu kan ada tempayan kat tangga. Sila basuh kaki sebelum naik rumah. Kemudian batok tu sila letak balik kat tempat asal. Jangan main campak je batok tu kat atas tangga! Haaa, maka terciptalah perumpamaan itu. Bijak la orang dulu. Cheq kagum habaq hang! =]

Eh eh, ni segmen mari belajaq peribahasa ka apa. Tak! Aku nak tulis benda lain tadi. Tapi dah lupa la. Ok la, nanti dah ingat aku sambung tulis. Chow!

 


 

*andai saja semua yang tak indah boleh luput dengan buat-buat tak ingat, ahhh bahagianya jiwa terasa*

Kaitan Makan, Semangat & Bahagia

Monday, November 29, 2010


"…sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki…"

 
Aku akan bersabar untuk kedua-duanya; mengawal dan mengejar!!

 
Go Ani, Basyahhh!!!
[kata aku dengan penuh semangat sambil melagakan penumbuk seperti yang selalu di buat oleh watak JU YOO RIN dalam drama MY GIRL; drama yang buat aku sat gelak sat nangis macam orang tak betoi]


JU YOO RIN ~ sumber inspirasi

 
Tetiba jadi semangat lepas melantak nasik RM9.50


Bahagia rasanya boleh makan.
Alhamdulillah, kenyang.

Lebih Baik…


Kesabaran manusia ada batasnya. Apatah lagi bagi manusia macam aku. Bas lambat sket pun aku nak hangin. Orang depan jalan terkedek-kedek halang jalan aku pun rasa nak maki hamun. Pintu rumah susah nak kunci pun buat aku nak mengamuk. Hanger tersangkut-sangkut masa nak sidai baju pun aku leh terjerit-jerit macam orang gila.

Tengok?? Benda kecik macam tu pun aku tak leh sabaq. Buruk gila perangai kan?

Tapi aku sedar yang perangai hangin, makin hamun, mengamuk, terjerit-jerit aku tu tak kan buat masalah selesai. Tak rugi kalau aku bersabar. Baiklah, aku cuba. Walaupun aku tau akhirnya nanti tak seperti yang aku harapkan. Arghhhh, apa benda la aku mengarut ni!!!

 

Lebih Baik Jauh Tak Terlihat,
Daripada Dekat Tersekat..
Lebih Baik Jauh Yang Membahagiakan,
Daripada Dekat Yang Menyeksakan..

 

*Ya ALLAH, aku akan bertahan selagi Kau mengizinkan*

Rambut dalam Tepung

Saturday, November 27, 2010


Terasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Tapi aku tak tahu apa sebenarnya. Naluri hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang berlaku. Dan sesuatu itu pasti akan membuat aku terluka lagi. Usai bersolat, berteleku aku di hamparan sejadah dengan air mata berjujuran di pipi. Menadah tangan memohon di beri petunjuk bagi segala rasa kerisauan aku.

"Ya ALLAH, Kau berikanlah aku petunjuk. Apa sebenarnya yang sedang berlaku dan hilangkanlah segala kerisauan aku ini Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkaulah tempat aku meminta…"

Selang beberapa ketika, semua persoalan terungkai. Yang aku jangka benar-benar terjadi. Namun aku redha.

 

Maaf
ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku
dan kubawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta

 
Jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya
(demi cinta – kerispatih)

 
*Cuma sekarang aku perlu pikiaq macam mana nak tarik rambut dalam tepung supaya rambut tak putus tepung tak selerak. Buang tepung tu tanpa rasa bersalah mungkin?*

Batu Nisan Itu Sudah Mereput

Monday, November 22, 2010


Sila bayangkan batu nisan di tanah perkuburan. Ada banyak kan? Cuba bayangkan ada satu saja. Eh, silap. Sepasang batu nisan. Mana ada orang pacak satu batu nisan saja kan? Kemudian bayangkan batu nisan tu mereput sket-sket macam kayu di makan anai-anai. Walaupun nampak kurang logik di situ, cuba lah bayangkan jugak ya.

"…sebab tu la takdak sapa dalam hati aku selagi batu nisan tu tak reput!"
Tudia ayat! Tu ayat aku suatu ketika dulu. Dan sekarang batu nisan dalam lubuk hati aku ni dah mula mereput. Pelan-pelan bertukaq menjadi sebuah taman dengan pelbagai bungaan yang segar lagi harum. Haaaa, ambek kau! Hyperbola punya description.

"Aku meluat orang angau! Booooo~~"
Ayat ni pun penah jadi status fb aku. Dan sekarang, sapa rasa nak boooo aku dipersilakan dengan segala hormatnya. Hahaha!!
*****

^ini kisah Aku & Dia^

Berkenalan di bulan penuh berkat bulan Ramadhan.
Bertemu buat pertama kalinya pada 21 November 2010

Berbeza tapi serasi bersama. Hahaha.
[perasan tak aku lebih gergasi dari beliau? ces!]



Terpesona dengan telinga itu. Kehkehkeh!



Sukaaaa sangat ;)

 
Cukup sudah ceghita aku. Lebih-lebih kang kena sumpah tak pasai ja. Chow!

 

Cuak di Tengah Malam

Sunday, November 21, 2010


Malam ni entah pasai apa, susah pulak nak lelap. Mata dok cerah lagi walaupun dah masuk tengah malam. Seperti malam-malam sebelumnya aku sendirian di rumah. Rakan-rakan yang lain masih bercuti. Di hening malam beginilah perot terasa lapaq. Gagah jugak melangkah ke dapoq masak megi walaupun malaih tahap max. Tengah sedap menikmati megi dengan lahapnya, tetiba………

Dummmmmm!! (bunyi benda jatuh)

Cuak bukan kepalang!! Mau tak cuak. Dah la sensorang kat rumah. Keadaan sekeliling sunyi sepi. Dengan pulak rumah sewa aku ni ada sejarah misteri. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Kalau bukan karna aku tengah makan, mesti aku dah kalut-kalut masuk dalam selimut. Jadi terpaksa buat cool sambil sambung makan. Selesai makan, aku usha kat ruang tamu. Mak aii, ada satu beg jatuh dari tempat asal!!!

'Sebab angin kot'

Aku cuba berfikiran positif. Kemudian seperti agen CSI aku mula buat analisis. Beg tu aku angkat. Berat. Tengok kipas. Angin tak laju pun. Level 2 ja pun. Ikot logik, memang tak logik la angin sepoi sepoi bahasa macam tu boleh jatuhkan beg berat. Padahal ada lagi benda ringan yang lain tapi tak tergugat pun kedudukan dia.

Aku musykil. Tapi tak mau pikiaq sangat. Apa korang rasa kalau korang kat tempat aku?

Contest ~ Aku Suka Gambar Ni Sebab…

Saturday, November 20, 2010


Hati sedang berbunga-bunga menanti hari esok. Hehehe. Sementara tunggu hari gelap, sebelum mata mau lelap meh aku setel satu entri untuk hari ni.

Dengan ini dimaklumkan aku nak join satu contest. First time kot join contest. Semangat takyah ceghita la. Benda first time, haruslah excited lebih. Hihi. Beribu-ribu lemon terima kasih kat rieyana ynn yang sudi meng-tag aku.




 

Photo Addict Contest nama diberi
Dianjurkan oleh si cantik lagi gorjes cik yuyu
Nak tau syarat-syarat contest silalah klik SINI
Dah tau semua apa lagi tunggu??
Jom la join ramai-ramai. Hihi.

 
Tempoh contest ~ 14 Nov 2010 hingga 27 Nov 2010
Hadiah ~ cik yuyu kata rahsia. Tapi hadiah menarik pastinya menanti seorang pemenang berdasarkan kisah kreatifnya..

Gambaq yang aku pertaruhkan adalah seperti berikut:



Aku suka gambaq ni sebab…

dalam gambaq ni aku masih kurus! Tu yang aku suka sangat. Sekarang ni mana nak dapat tengok aku kurus macam tu. Lemak sana sini. Damn! Damn! Lagi pulak aksi itu menyerlahkan lagi kegedikan aku. Gedik itu aku. Hahaha.

Tapi yang paling aku suka pasai gambaq ni sebab gambaq ni merakamkan peristiwa dan kenangan manis antara aku dengan geng kamceng. Time sedih-jiwa kacau-serabut kepala otak, usha balik gambaq ni kompom terimbau nostalgia gumbira yang mempu buat masalah hilang dan secara otomatiknya senyuman akan terukir di bibir aku ;)

Tu je. Kalau ikut jari ni banyak lagi nak taip. Tapi kesian pulak kat cik penganjur nak baca panjang-panjang. Hehe. Sekian, terima kasih.

 

Tanpa segan silu aku nak tag
1)Adila
2)Puteriqaizyan
3)Sha

 



Sat..sat..dah submit penyertaan baru perasan gambaq ni tak nampak sangat muka aku.Cik yuyu, gambaq ni boleh di terima kah?? :(

Rindu Itu Nikmat Bila Dapat Bertemu..Tapi Bilakah??

Friday, November 19, 2010


Akhirnya dapat jugak dengar suara kesayangan setelah beberapa hari terputus hubungan. Di mulut senantiasa kata tak pa, tapi dalam hati resah gelisah semua ada. Jarak beribu batu yang memisahkan membuat hati ku begitu rindu.

Hahaha.

Sebenarnya aku rasa sangat sukaaaaaa bila dapat tau kesayangan aku nak balik. Yuuuhhuuuu!! Rasa macam nak lompat-lompat kegembiraan.

Andai diizinkan Allah, dapatlah kami bertemu Ahad ini. Terjawap la sudah pertanyaan 'bilakah' itu. Aku bahagia. Sungguh! Terima kasih ya Allah.

Miss Pikon??


Mula-mula aku nak gelak barang dua tiga saat. Hahahahaha!!


 

Dah cukup gelak sikit-sikit. Tak elok gelak banyak, nanti nangis pulak. Mau aku tak gelak. Nick name aku ni menimbulkan persoalan rupanya. Ok, baiklah. Meh aku ceghita asal usul nama MISS PIKON.

Kalau Aishwarya Rai penah dapat gelaran Miss Universe, aku pulak dapat gelaran Miss Pikon. Wakaka. Perasan cun la konon. Caih!


 

Mana datangnya Pikon?

Masa form 5, kami ada jamuan akhir tahun. Wajib tukar-tukar hadiah. Time la aku memiliki si pikon. Pikon ni adalah sebuah beg silang. Aku ni pulak bukan jenis ayu-sopan. Haruslah aku gayakan beg itu dengan penuh macho. 




Macam ni la lebih kurang. tapi dulu macho lagi kot. Huhu. Nampak pikon kat beg tu?? Begitulah gambaran beg aku dulu. Beg yang asli warna putih. Memang sebijik la macam benda alah yang dok ada kat miss universe tu. 

Err, boleh bayang tak? Sungguh-sungguh aku ceghita ni tau!


 

Bila dapat gelaran Miss Pikon?
Dah masuk matrik pun aku masih guna beg tu. Sampai la satu hari, aku ke bilik pensyarah. Dengan yakin aku melangkah tetiba ditegur oleh seorang pensyarah yang tak mengajar aku. Dan pastilah aku tak ingat nama beliau. Tapi beliau seorang perempuan. Tu aku ingat.

Beliau: eh,dah macam miss dah kamu ni saya tengok.
Aku: hehehe.. (sengih sengih) miss apa pulak puan?
Beliau: miss pikon. (sambil menjeling tali beg aku yang tertera perkataan PIKON)
Rakan-rakan: bhahaha~~
Aku: (damn! Gelakkan aku ye)


Maka, mulai dari hari tu rakan-rakan dok panggil aku Miss Pikon. Kiranya nama Miss Pikon ni nama yang penuh kenangan la. Kenangan kanak-kanak riang time sekolah sampai la kenangan remaja baru nak kenal cinta time matrik. Hehe.



 

Korang punya nick name pulak, apa ceghita?

Soal Jawab Lagi

Thursday, November 18, 2010


Ok, ada lagi blogger yang sudi tag aku. Meh aku nak jawab!

  1. ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT?
    Hmmm, tak hot langsung kot. Sejuk ketaq-ketaq dah ni.

     
  2. UPDATE WALLPAPER PC/LAPTOP ANDA GUNA SEKARANG?


     
  3. CERITA PASAL GAMBAR INI

    Alkisahnya, mula-mula aku guna gambaq kat atas ni. Nak dijadikan cerita, laptop ofis ada problem dan tak pasai-pasai kena present guna laptop aku. Apa lagi, seronok la peserta mesyuarat dok bergelak-gelak. Tanpa banyak pikiaq terus tukaq wallpaper. Kenapa bunga tu? Sebab aku sukaaaaa!! Hehe..

     
  4. KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA
    Awai tahun kot. Tu pun nasib ada orang belanja. ;)

     
  5. LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR
    Pelamin angan ku musnah – Azie

     

    p/s: aku memang peminat lagu tangkap lentok camni. Ngeh3~~

     
  6. APA YANG ANDA BUAT SELAIN SELESAIKAN TAG INI?
    Tunggu arahan dari bos.

     
  7. SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL DENGAN NAMA APE?
    Mak Chaq – anak-anak sedara ja yang panggil. Kalau anak-anak pun panggil nama asli aku, mau kena swing sorang sekali. ;p

     
  8. TAG LAGI 5 ORANG
    ekmi
    sha
    diriku
    rieyana ynn
    ayulunera

     
  9. SIAPA ORANG NOMBOR 1 DENGAN ANDA?
    Kesayangan aku tuh! Kamceng dari zaman sekolah sampai sekarang.

     
  10. KATA SESUATU PADA ORANG NOMBOR 5?
    sesoi dah tu kalau nak jadi model tudung. hehe..

     

    (ok ke kata sesuatu aku nih)
  11. NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DENGAN SAPE?
    Dengan cik awek dia la.

     
  12. BAGAIMANA PULA DENGAN NOMBOR 2?
    Kesayangan aku gak ni. Sedang bersedia untuk menerima cinta mungkin?hehe..

     
  13. KATA-KATA CINTA PADA ORANG NOMBOR 4?
    Sedang hangat bercinta? ONCINTA hantar ke 33399. Macam-macam kata cinta dok ada. Kehkehkeh!

     
  14. BERIKAN 5 FAKTA YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG ANDA TAG
    Cantik-cun-menawan-bijak-smart

     

    p/s: pilihlah mana-mana yang korang suka =]

 

tQ daun keladi Puteriqaizyan, len kali tag la lagi. Hihi~

Suai Kenal Blogger..Anda Berminat?

Tuesday, November 9, 2010


Salam olls!


Dua tiga hari lepas aku ada terbaca entri sorang blogger iaitu mira. Tajuk entri dia berbunyi suai kenal blogger…anda berminat?





Ya, aku berminat. Tapi aku tangguh dulu hajat murni nak join. Aku usha usha dulu blog yang dah join. Wah, best best belaka. Terasa kerdilnya blog aku yang biasa biasa saja ini.

Aku pikiaq lagi. Mau join ka dak. Tengok Abg Ben punya blog, dah 3 4 entri kot dok update pasai segmen suai kenal ni. Dah masuk fasa 11 kau!! Tetiba pagi ni dapat ilham nak join jugak. Maka tertulis la entri ini di awal pagi semata-mata mau bersuai kenal dengan blogger blogger otai semalaysia!! Hehe.

Ucapan ku untuk yang sudi menerjah blog Miss Pikon:
Kehadapan saudara saudari blogger sekalian. Terima kasih kerana sudi menyinggah di blog biasa biasa aku ni. Terima kasih jugak kat Abg Ben yang dengan rela hati jadi orang tengah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara blogger. Salam kenal semua. Sila beri tunjuk ajar ku sifu.

 

                                         With love,
                                        ::Miss pikon::

 

p/s: jom join beramai-ramai.

Omong Saja Sama Tangan

Monday, November 8, 2010


 

Andai hari ini kau anggap aku baik,

Adakah aku masih baik di hati kau bila kejahatan aku tersingkap?

Andai hari ini kau puji aku cantik,

Adakah aku masih cantik di mata kau andai kejelekan aku terserlah?

Andai hari ini manja ngada-ngada aku kau suka,

Adakah aku kau suka untuk selamanya?

Andai hari ini kau kata sayang aku,

Adakah aku masih kesayangan kau andai aku berubah?

Andai 'YA' jawapan dari mu,

Maka tanpa ragu cinta aku serah.

Andai sebaliknya kau beri jawapan,

Maka omong saja sama tangan!


 

p/s: I love u!



[[poyo itu aku]]

Yummy!! Sangat Menggiurkan

Sunday, November 7, 2010


Semalam di waktu malam bukan semalam yang bermaksud kelmarin, aku di tayang dengan gambaq-gambaq yang buat aku terliur. Sket lagi ayaq liur nak meleleh. Betoi-betoi menggiurkan. Tergugat jugak nafsu aku. Gila!


Dan hari ni aku kena dapatkan jugak. Kalau tak, nafsu aku terus meronta-ronta nak kan dia. Asal dapat terus aku belasah dengan rakus sekali. Gila lagi!





Lunch aku tadi. Isi kandungannya ialah tiga jenis salad, tomato, coleslaw dan EPAL!!
EPAL itu lah yang buat aku terliur. Jom tengok gambaq kat bawah ni. Mari terliur bersama-sama.








[Sumber : my sayang]
Apa perasaan?
Terliur?
Tak?

Semoga my sayang ada rezeki lebih, maka boleh lah beliau menyapot aku pi melawat tempat kejadian. Hehe.


Sila perhati gambaq ini pulak. Transformasi yang berjaya. Gila tembam pipi aku!!



Setelah ditegur nampak sedikit berisi, baru lah kelam kelibut nak control makan. My sayang yang bertindak sebagai penasihat makanan jugaklah yang sarankan aku makan salad tapi tanpa mayonis. Yang aku hantam melahap sesuka hati saja. Itulah kisahnya yang buat aku tetiba tak makan nasik.


Motif : masih tiada seperti entri sebelumnya

Anting-anting di Kepala

Saturday, November 6, 2010


Motif : Tiada



Aku selesa menggayakan selendang anting-anting ni. Jimat masa. Takyah susah-susah nak iron. Guna satu pin pun dah cukup. Jimat! Jimat!

Kisah benar : Usai mengangkat wuduk. Mau pakai tudung. Tetiba pin hilang entah ke mana. Selamat aku pakai selendang anting-anting. Kesimpulan, tak yah guna pin pun boleh menggayakan selendang jenis ni. Sekian.

Selendang begini pun aku suka.
Kelebihan : Nak iron pun boleh, tak mau iron pun ok. Murah.
Kelemahan : Tak sesuai di pakai ketika kelam kabut. Serabai jadinya nanti. Huhu.

 

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

 
Aku bosan. Jadi aku tulis entri yang membosankan ini. Biaq hampa bosan sekali. Ngeh3~

Masuk TV dengan Shah Rukh Khan

Tuesday, November 2, 2010



Masih kisah di Pavilion. Haa, jangan tak caya. Tajuk entri tu memang benar. Masuk tv dowh! Masuk tv! Rancangan ala-ala "Jalan-jalan Cari Makan" tapi kat Tv2 kot. Sempena Deepavali yang bakal tiba. Ecah bagi idea cari makan Indian food. Sampai la kaki buat pertama kalinya di Spice of India (SoI).


Pi la try makan kat kedai ni.



Aku tak tipu. Nampak krew dan kamera itu? Ok, sekarang edisi menerjah makanan yang kami makan. Mula-mula ayaq. Aku pilih ayaq jambu batu hijau. Ayaq tu saja dah 9 ringgit yakni sama jumlah duit aku guna untuk beli dua kotak peel fresh guava yang sangat yummy itu. Ecah punya coke setin 6 ringgit! Kira la sendiri berapa tin coke boleh beli dengan harga tu.


Yang ni plak harga dia RM12. Apa ka nama ntah. Nak sebut pun berbelit lidah. Apatah lagi nak ingat. Tapi nama lainnya di sebut cheese naan. Sedap la jugak.
Tapi serius aku tak jejak dah kaki kat situ. Tak padan dengan punca pendapatan. Haha. Duit habih, perot tak kenyang pun. Rugi aih!

Mana Shah Rukh Khan? Mamat SoI tu dengan yakinnya bagitau,

"Shah Rukh Khan is on the way"

Hah, SRK?? Waaa, bestnya leh jumpa SRK. Leh bergambaq dengan beliau. Mesti rakan-rakan yang len jeles. Hehe. Excited gila la kami berdua. Mamat tu kata lagi,

"tunggu la half an hour. Nanti SRK sampai"

Lagi la excited. Tapi aku rasa tak dak plak berita habaq SRK mai Malaysia. Pelik gak tapi buat tak tau ja la. Tak sampai 10 minit mamat tu kembali dan berkata,

"ni lah Shah Rukh Khan" sambil menuding jari ke arah rakannya. Bongeksss sungguh!