Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Entri Khas Buat Nur Aisyah Nadzira

Friday, December 31, 2010


Morning all!!

Masih lagi pasal bola ye. Tahniah skuad Malaysia!! Tahniah atas aksi cemerlang anda. Pujian harus diberikan kepada satu pasukan. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Terima kasih jugak buat anak buah RajaGopal. Kerana kemenangan mereka, hari ni diumumkan cuti umum. Yuuhuuuuu!!!

Hari ni jugak tanggal 31 Disember 2010 adalah ulang tahun kelahiran sahabat baik ku (rujuk nama beliau kat tajuk entri) yang ke-24. Ketapi lambat sket. Orang lain dah nak masuk 25 daa. Tapi tak mengapa, dia tetap sahabat aku dunia akhirat.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan

"Selamat hari lahir yang ke-24. Umur tu sekadar angka je. Yang penting hati kita. Semoga ko peroleh bahagia dunia dan akhirat. Aku doakan ko bertemu jodoh yang kau redhai. Sayang ko banyak-banyak!!"



Kita kawan sampai matahari jadi warna pink ye :)

Dan hari ni jugak ada plan baik punya. Main masak-masak bersama beliau dan Leen. Hehe. Hasil dari main masak-masak itu akan di update kemudian. Ok, nak pi terjah dapur sat. Lapaq laaa pulak.


p/s: Oh, dah hari terakhir 2010! Cepatnya masa berlalu.

Cari Bola, Khairul Fahmi Jugak Yang Aku Nampak

Wednesday, December 29, 2010


Mana taknya. Tv aku ni dah kelabu asap. Jenuh usha baru nak perasan bola dok kat kaki sapa. Nasib la goal keeper si Fahmi tu pakai baju oren. Tu yang asyik nampak dia tu. Hehe. Aksi beliau malam ni memang terbaik. Tak dapat dinafikan lagi. Kagum! Ok, nak sambung cari bola.




 

Nama penuh : Khairul Fahmi bin Che Mat
D.O.B : 07 januari 1989 (muda lagi ye)
Status : bujang ber-awek (sila jangan keciwa)

 
Gambar tu aku cilok dari fanpage beliau.
http://jejariruncing.blogspot.com <-------- ini blog si gadis bertuah :)





keputusan : Malaysia menang!! hooyeah~~

Saya Menang?? Tq Jejaka Terhangat


Selamat hari Rabu. Wah, dah Rabu. Ada baki dua hari lagi sebelum segalanya berakhir. Ok, malas nak pikiaq. Update blog lagi bagus time tak dak gheja ni. Huhu.

Tengah enak berblogwalking tetiba ternampak gambaq sendiri kat blog Jejaka Terhangat. Isyk, malu cheq. Tak sangka aku jadi pemenang untuk Segmen Clever Edisi Jejaka Terhangat (Soklan 3).

Dengan malu-malu aku nak ucapkan terima kasih banyaks kat JT sebab:

Satu ~ Menganjurkan segmen ni. Best jugak jawab soklan kuiz camni. Boleh recall balik ilmu yang belajaq semata-mata nak amek exam dulu. Boleh jugak tambah ilmu baru. Hehe.

Dua ~ Sudi letak blog aku yang tak seberapa ni kat bloglist beliau. Ganjaran sebagai pemenang.

Lagi sekali aku nak ucapkan terima kasih JT. Anda memang hangat! Auwww~~


 

p/s: Kenapa perlu join segmen ini? Usha SINI. Sapa-sapa berminat nak join, cepat terjah blog JT okey =)

Itu Ini PMR

Thursday, December 23, 2010


Eh, hari ni result PMR kan? Diri sendiri, mak ayah, cikgu cikgi, sedara mara dan lain-lain yang terlibat mesti tengah berdebar-debar. Apa pun keputusannya, terimalah dengan redha. Kalau baik, kekalkan prestasi cemerlang tu sampai bila-bila. Kalau kurang sket, jangan putus asa. Usaha lagi.

Teringat zaman aku dulu. Gi amek result dengan abang aku. Balik rumah buat-buat sedih, bagitau mak result tak elok sangat. Tapi kantoi, mak aku boleh agak yang aku berlakon. Naluri seorang ibu memang dasyat. Tak payah susah-susah ungkap dengan kata-kata pun mak dah boleh tau. Hebat! (ni yang buat aku lagi semangat nak jadi ibu. Haha!)

Aku dapat 6A2B je. Tak pandai sangat pun. Yang B tu subjek Sejarah dengan BI. Sejak hari tu aku dah berazam nak pulun dua subjek ni. Alhamdulillah, aku tak pernah dapat B, C, D atau E untuk Sejarah sepanjang Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Subjek BI je agak kureng. Hahaha. Tapi yang sedihnya time SPM result Sejarah paling hampeh! Gila kan?

Sebab tu aku setuju sangat dengan penilaian berasaskan sekolah (PBS). Pencapaian murid diukur sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan berdasarkan peperiksaan semata-mata. Macam kes Sejarah aku tadi la. Waktu kelas ok je. Tapi exam dapat result teruk. Yang tercatat kat sijil tentulah result last tu. Yang cemerlang gemilang terbilang masa dalam kelas tu macam watak tempelan saja lah. Sadis. Sadis.

PMR bakal ditiadakan tak lama lagi. Harap-harap PBS dilaksanakan setelusnya. Macam mana pelaksanaan PBS yang menggantikan PMR? Muahahaha. Aku tak berani nak bagitau. Salah fakta, silap-silap kena saman. Larikkkkkkk!!


 

Motif: Nak habaq anak menakan aku dapat 8A. Tapi dok melalut tulis benda lain. :P

 

p/s: Sejuk ni buat aku lapaq. Nak nasik!

Cari Bukti Dulu, Jangan Main Percaya Je


Selamat pagi!!

Basah sket aku pagi ni. Hujan lebat plak pagi-pagi begini. Boleh dok melingkaq dalam selimut apa nak kata weh. Tak pun pekena teh tarik dengan roti canai. Perghhh, nikmat!

Tengah sedap melantak tadi, tetiba ada pulak orang buat lawak. Lawak tu lebih menjurus ke arah salah paham. Buleh pulak budak-budak ofis cakap ex-bos aku tu abang aku. Wakakakaka! Memang aku nak gelak guling-guling la. Asal nama bapak sama ja, mesti ingat adik-beradik la ek. Memang la sama-sama orang Kedah. Tapi dia bukan abang aku okey! Jauh sangat kot beza umoq kami. Dia dah pencen, aku ni belum pun 25 tahun. Muda remaja lagi tau. :P

Ex-bos aku tu selalu gak buat lawak konon-konon aku ni adik dia. Tak sangka pulak orang boleh percaya. Moral of the story, buat lawak tu banyak kali dengan yakin sekali mesti orang percaya.
Kalau nak tau, Afgan tu pakwe aku. Siap ajak aku kawen lagi. Nape, tak percaya ka?? Baca entri ini

Sekian =)



 


 

p/s: Jangan pandai-pandai buat andaian sendiri sebelum ada bukti!!!

Menikmati Sisa-sisa Hidup

Wednesday, December 22, 2010


Lagi berapa hari je nak masuk tahun 2011. Cepatnya masa berlalu. Harap-harap kesudahan bagi tahun 2010 ni tak la sedasyat pengakhir tahun 2009. Haha. Ngeri aih kalau ingat balik.

Yang lepas tu biarlah berlalu. Yang penting masa depan. Mungkinkah 2011 tahun bahagia aku? Mudah-mudahan diizinkan Allah. Ok, nak chup siap-siap tarikh 11/11/11. *Semangat ja chup tarikh bagai. Pihak berkenaan tak kata apa lagi pun. Terlebih sudu dari kuah la pulak. Sangatlah gediks!*

Makin nak masuk tahun baru, makin susah hati. Yang gedik pilih tarikh tadi tu sekadar nak syok kan diri sendiri. Jangan salah paham. Aku tak gedik tau. Memang la tak gedik,sebab aku sangat gedik.


Aku susah hati sekarang ni. Hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam ketakpastian. Tolonglah sesiapa huraikan kekusutan. Tolonglah bagi jawapan. Akan diteruskan atau terpaksa berhenti sekerat jalan?? Oh, aku tertekan!



Unit Sains Teras dalam kenangan? Jangan laaa. Punca pendapatan aku tu.

 

p/s: Menghitung hari. Detik demi detik. Masa ku nanti apakah kan ada?

Segmen : Menyusun Blog Paling Pantas

Tuesday, December 21, 2010



Segmen ni paling mencabar pernah dianjurkan oleh incik Ben aku kira. Mari mencabar kepantasan diri sendiri. Yeehaaaa!!

 

Ni dapatan aku:
1. Qaseh Dalia
2. Cikgu Akim
3. Ayuni
4. Tok Esah
5. Dauspozi
6. Cik Yaya
7. Hanna Imeera
8. Hasrul Hassan
9. Zamir
10. Ummi Izzah

 

Fuh, lega!
Carian no 6 paling mencabar.. aiyak!!

 

Aku Ni Peminat Bola Tau


Geli Mat: Hang suka bola? Tak sedaq diri ka hang tu pompuan.
Aku: laaaaa, awatnya?? Biaq pi kat aku la. Ada ja laki suka laki aku tak dengki pun. Eh, silap! 
Ramai ja laki suka memasak, aku tak hingaq pun.

Man: tu kes lain la. Orang laki kan serba boleh. Hehe.
Aku: hah, sama gak macam pompuan. Serba minat! :P

 

Tak nak mengarut lebih, aku terus kepada isu yang berkaitan dengan tajuk entri. Aku ni peminat bola tau?! Sebab apa aku minat bola tapi tak minat Justin Bibir (JB)? Meh aku nak habaq bagi.
  1. Alasan utama, mestilah sebab pemain! Buleh cuci mata gitu. Satu pasukan ada 11 orang. Dua pasukan dah 22 orang. Tu tak kira dengan pengadil lagi. Macam-macam rupa paras ada. Hehe. Setakat JB tu, tiang gol lagi smart kot. Hahaha!
  2. Lepas tu buleh jugak tengok aksi lakonan di padang. Kena sepak sket ja. Tapi jatuh sampai terguling-guling. Buat-buat rebah pun ada. Lawak sungguh! JB tu reti berlakon ke? Pandai buat lawak ke?
  3. Nak jerit sampai terkeluaq anak tekak pun tak pa kalau tengok bola. Semangat orang kata. Terjerit-jerit sebab JB? Nak kena kutuk buleh laaa try.


 
Man: hang minat bola kan? Meh nak test sket. Cristiano Ronaldo main dengan kelab mana?
Aku: ceh, senang sangat tu. Sat nak google. Kehkehkeh!



 

p/s: Aku ni takat layan bola buleh la. =)

 

 

Blog Teman Sudah Setahun GA


Salam hari Selasa u'olls!


Dah kenyang melantak, buka blog. Nah,amek! Kena tag dek Lulu Caldina. Tq Lulu. First time aku join GA ni tau. 




Tuan punya blog ni baik hati buat GA sempena 1st anniversary blog dia. Jom join! Ramai-ramai kita memeriahkan suasana. Sapa yang nak sokong blogger kalau bukan blogger jugak kan? Nini D, Miss Pikon sokong u okey. Lepas ni buat GA lagi ye. Hehe. Ok, tu je.

Sebelum terlupa, aku nak tag esya ann, ekmi dan rozuan. Eh,apsal tag laki? Tak de kata pun laki tak leh join kan. Haha.

p/s: klik tajuk GA untuk join. Join jangan tak join.

Dulu Aku Nakal

Friday, December 17, 2010




Wahhhh, incik Ben buat segmen lagi! Mengimbau kenangan zaman sekolah. Tanpa ragu-ragu aku mau join. Hehe. Ok, mari dengar ini cerita.

Mak ayah aku masukkan aku ke Sekolah Kebangsaan Megat Dewa. Aku sekolah kat situ dari tahun 1993 sampai 1998. Masa sekolah rendah aku jadi budak baik. Cuma malas je sket nak pi sekolah. Ok, tipu. Aku malas banyak. Hahaha! Dalam malas-malas pun, aku dapat gak 5A UPSR. Hehe. Dapat la masuk Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SMSPS). Best woh dok asrama. Aku sekolah situ dari 1999 sampai 2003. Dan kenakalan aku pun bermula….

Dah nama pun sekolah asrama. Nak tak nak kena la ceburi segala macam persatuan dan badan uniform. Puteri Islam jadi pilihan aku. Sebab? Uniform paling simple antara uniform yang lain. Jimat kos. Hehe. Jangan harap la aku nak dapat pegang jawatan. Lagu Puteri Islam pun tak hafal. Isyk3! Tapi aku dilantik sebagai bendahari persatuan Sains. Tu je kot jawatan aku. Nak jadi pengawas, sah-sah bukan calon pilihan. Bukan budak pandai katakan. Err..jawatan dalam dorm banyak laaa.. huhu.

Aku paling suka Matematik dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Tapi tingkatan 3 paling mencabar belajar Math. Haram tak paham apa! Tak berkat kot. Selalu ejek cikgu. Sorry cikgu Naemah! Hehe. Walaupun aku suka math, cikgu yang menjadi kesayangan aku adalah cikgu sains. Cikgu Rozaidi yang garang tapi aku tak takot pun. Fizik pun aku suka gak. Malangnya Biologi aku tak suka sangat. Otak bengap!

Bila ditanya apa cita-cita kamu? Aku dengan pantas menjawab, saya mau jadi cikgu! Cikgu la sangat, padahal nak belajar malas. =.=! Kawan-kawan seangkatan sibok belajar, aku sibok berangan Tomok (artis kegilaan aku) dalam kelas. Rindunya kawan-kawan sekolah. Tambah-tambah budak dorm CO2/B Saina. Depa la kawan baik aku.

Banyak sangat kenangan sekolah yang aku tak leh lupa. Paling aku ingat adalah peristiwa dalam kelas bahasa Melayu.

Cikgu BM: ada sapa-sapa nak baca syair ni?
Semua diam sunyi sepi.
Cikgu BM: ok, Rohani. Cuba kamu baca syair.
Aku: saya? Ehem.. Ehem..
Dengan susah payah aku alunkan syair dengan suara ala-ala Siti Nurhaliza aku. Tak dan habih,tiba-tiba…
Cikgu BM: saya suruh kamu baca je, bukan deklamasi.

Tak pasai aku kena gelak dengan budak kelas. Malu gila kot. Tapi macam biasa la, aku buat macho je. Serius aku tak leh lupa peristiwa tu! Banyak lagi peristiwa kena gelak dek budak kelas sebenarnya. Apa boleh buat masa yang berlalu tak mungkin kembali.

Andai saja masa boleh diundurkan dan kembali ke zaman persekolahan, pastilah aku mau jadi pelajar yang lebih rajin dan berdisiplin. Tak mau dah buat perangai nakal-nakal. Aku ingat lagi, dulu….

Aku la pelajar yang selalu tak ikut peraturan. Kad nama dengan pin tudung payah betoi nak pakai. Agak-agak nampak pengawas baru kalut nak cucuk pin. Time outing aku suka-suka hati pi balik kampong. Atau istilah lain 'fly'. Orang lain balik hari Sabtu, aku lajak sampai Ahad. Apa boleh buat, Sekolah Mak Saya Pak Saya (SMSPS). Bab ponteng kelas tak masuk lagi tu. Gunakan kebolehan berlakon yang aku ada. Warden pun tertipu. Hehe. Kalau tak, sia-sia je la berlakon teater. Wakakaka! Tu la antara kenakalan aku sepanjang persekolahan. Nakal ke?

 


Sukanya Aku Lelaki Romantika De Amor

Monday, December 13, 2010


Semalam tido lewat. Hari ni pening tak hingat. Pukul 12 tengah malam baru sampai Putrajaya. Dengan beraninya aku jalan kaki balik rumah. Putrajaya Sentral dengan rumah aku tak la jauh sangat. Tapi kalau dah tengah malam, cuak la jugak wei. Takut-takut hantu Kak Limah ikut aku balik rumah. Hahaha. Siot betoi Kak Limah. Buat aku terbayang-bayang dia tidoq sebelah aku semalam.

Semua ni gara-gara layan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Ecah semalam. Pi la tengok kalau rasa nak gelak gelak. Dalam lawak ada pengajaran. Tengok dan hayati, paham la nanti.

Aktiviti menonton tu sekadar nak habihkan masa. Ada misi yang lebih penting. Hehe. Herito Marcello libatkan Ecah dengan aku sekali dalam plan dia nak buat surprise kat cik awek dia, si Leen. Plan baik punya!

Aku, Leen dan Ecah kuar merayau macam biasa. Leen tak tau pakwe dia si Herito Marcello datang dari Johor. Semata-mata nak celebrate besday dia. Kami bertiga lepak kat bilik karaoke, kemudian si pakwe ni datang la dengan sebijik kek di tangan. Lagu "hepi besday" pun berkumandang. Leen terharu sampai nangis.


Ayat last tu aku tokok tambah. Haha. Jalan cerita ni aku dah edit. Kalau nak tulis semua huru-hara yang berlaku, penat la aku. Isi penting kat sini aku nak habaq bahawasanya masih wujud lelaki romantik. Walaupun si lelaki itu bukan pakwe aku, tapi aku tumpang rasa bahagia bila kawan aku bahagia. 










untuk Leen: selamat hari lahir yg ke-24. semoga yang baik-baik sentiasa mengiringi hidup ko. aku doakan ko dengan Heri bahagia sampai syurga. cepat-cepat kawen wei!



Bagi aku la romantiknya seorang lelaki tu bila dia….


  • Sangat prihatin. Alert dengan perubahan. Sama ada emosi, riak wajah mahupun intonasi bila berkata-kata. Even ayat dalam sms pun dia buleh baca dengan nada bahasa yang betoi. Aku suka! Aku suka!
  • Mengingati apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Dan lebih elok jika dia tak buat benda yang aku tak suka tu.
  • Jujur dan bersungguh-sungguh dalam meluahkan rasa hati. Ni yang aku paling suka! Hahahaha.
  • Pandai menjaga dan mengambil hati. Aku ni jenis egois. Tapi kalau si dia mampu buat hati aku tersentuh, fuh! mau bergetar hebat dalam hati ni.
  • Adalah pakwe/bakal suami aku. Bila saja dia bergelar pakwe/bakal suami aku, maka otomatik dia romantik bagi aku =)



p/s : Pendapat kita mungkin tak sama. Cari la sendiri apa makna ROMANTIK bagi korang.

Patot La Sedap

Saturday, December 11, 2010



"one is never enough, buns to die for"

Memang tak cukup satu. Tapi part to die for tu tak la kot. Tak berbaloi aih mati sebab roti. Sejak dua tiga menjak ni aku jadi ketagih dengan Rotiboy. Apa benda la yang depa letak sampai rasa sedap sangat. Tengah nak bayaq, tiba-tiba aku nampak…………….

 
<<<<<<< rewind <<<<<<<

 
Tadi aku pi jalan-jalan kat Alamanda. Sensorang macam biasa. Meriah betoi hari ni. Siap ada Santa Claus lagi dok shopping bagi gula-gula kat budaks dengan cik awek dia. Badut hidung merah pun ada. Teringin jugak nak menyebok kerumun badut tu. Teringin jugak nak belon macam-macam bentuk tu. Tapi tak sanggup kena sumpah tua kutuk tak sedaq diri nak buat perangai budak, aku blah.

Pening sat aku tadi. Sana budak. Sini budak. Situ budak. Kalau budak saja tak pa la. Aku memang suka budak pun. Budak pun suka aku. Hehe. Yang buat aku pening tu, sebab budak menangis! Asal jumpa budak ja, mesti budak tu menangis. Asal menangis ja mesti budak. Pening pening. Tu baru anak orang, kalau anak sendiri?

Selingan sat.


Geng hidung jambu bertambah lagi sorang. Haha.
Anak sedara aku yang ke… err, nak kena kira dulu..

 
Sebelum balik harus cari benda makan. Tempat wajib singgah tiap kali pi Alamanda, mestilah Rotiboy. Sejak dua tiga menjak ni aku jadi ketagih dengan Rotiboy. Apa benda la yang depa letak sampai rasa sedap sangat. Tengah nak bayaq, tiba-tiba aku nampak sorang crew berjantina lelaki rupa paras ala-ala Nicholas Tse (tak pasti Melayu kacukan atau memang bukan Melayu) dengan yakinnya pegang doh Rotiboy dengan kedua-dua belah tangan beliau tanpa memakai sarung tangan!

Perghhhh, patot la sedap!!


 
p/s: Harap-harap roti yang aku makan tadi bukan dari tangan beliau. Nape la aku mesti nampak depan mata. Buat-buat tak nampak buleh??

Mau Pengsan Kalau Betoi Jadi Camni

Friday, December 10, 2010



 









Muahahahaha!!! Ada yang nak kutuk aku? Silakan.


Sang Lelaki Menangis? Alamak!


No man no cry. No woman man dies. Sampai macam tu sekali noo. Nak kata sang lelaki penyebab si pompuan menitik ayaq mata. Tak dinafikan drama ayaq mata ni lebih sinonim dengan kaum Hawa yang lemah. Lemah dalam mengawal perasaan. Mudah sangat nak menangis. Contoh paling senang, diri aku sendiri la. Tapi kalau lemah lembut, diri aku paling tak sesoi jadi contoh. Kehkehkeh!

Pun begitu, jangan ingat si pompuan tak buleh buat sang lelaki menitik ayaq mata. Sekali lagi diri aku layak bergelar contoh. Jom imbas kembali detik-detik bersejarah itu.

*****

KEJADIAN 1:

Tahun lepas (tu dia aih, punya la lama). Di stesyen komuter Mid Valley. Aku di tegur oleh seorang adik lelaki.

"Kak, tumpang tanya. Saya nak pi KL Sentral, betoi ka tunggu kat sini?"

Beliau bertanya dengan pandangan yang redup sayu. Kat tangan ada pegang sapu tangan. Agak comel adik ini hati aku berbisik gatai. Sambil melemparkan senyuman paling manis, aku pun jawap

"Ya, betoi dah"

Kemudian, beliau bertanya lagi

"Hm, KL Sentral tu tempat yang macam mana ya?"

Apa punya soklan ni. Ingat aku ni kaunter pertanyaan ka hapa. Kata-kata tu takat terluah dalam hati saja. Tak sanggup aku nak berkata begitu kepada seorang adik comel. Dengan penuh semangat aku gambarkan KL Sentral kepada beliau. Aku perasan dari mula bersembang adik tu sket pun dia tak senyum. Aku syak dia baru sudah menangis. Mulut aku yang tak dak insurans ni laju ja bertanya

"Nak pi mana ni adik oiii. Lari dari rumah ka apa ni?"

Tak ku sangka tak ku duga, tiba-tiba aku nampak ada butir jernih mengalir dari mata dia yang cantik. Sah, budak tu menangis!

KEJADIAN 2:

Kurang 24 jam yang lalu. Sekali lagi mulut aku ni berpotpetpotpet sesedap rasa. Kata-kata yang terucap buatkan si dia terguris. Lantas jatuh lah ayaq mata seorang insan bergelar lelaki!

*****


Kedua-dua kejadian buat aku sentap. Rasa bersalah tak terhingga tapi aku tak tau nak respon macam mana. Pelik tapi benar, aku suka tengok sang lelaki menangis. Nampak comel gitu. Hehe. 




p/s: Jangan dok bayang menangis yang sedu sedan sampai meleleh ayaq hidung plak. Menangis comel maksud aku tu, menangis yang tak berlagu. Ada ayaq mata ja yang jatuh ke pipi. Selain sebab yang berkaitan dengan keluarga dan percintaan dengan cik awek, apa sebab lagi yang mampu buat ayaq mata sang lelaki tumpah? Pernah nampak depan mata sendiri tak?

Blog Oh Blog!!

Friday, December 3, 2010


Salam u olls!

Incik BEN buat segmen lagi. Segmen kali ni tak la berani mati sangat. Berani la aku nak join sekaki. Hihi. Ok, intro sket-sket sudah. Jom terus mara ke perkara berbangkit! =)



 
Usia anda berblog :

Start berblog tahun 2008 kat Friendster, tapi dah lingkup. Haha. Tak obses sangat time tu. Blog Miss Pikon yang sekarang ni dah setahun lebih. Kiranya dah setahun lebih la berblog dengan gigih. Gigih la sangat!


Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog

My fren ~ Sha. Selalu baca blog dia. Macam menarik je. Tapi belum berkeinginan nak buat blog sendiri. Sebenarnya aku ni suka mengarut kat facebook memandangkan aku kurang dapat berbicara dengan lantang kat rumah. Nak di jadikan kisah, tetiba ada problem sket dengan fb. Time tu terus terpacul dek mulut "aku nak buat blog balik la". Kesimpulannya, sapa yang mempengaruhi aku nih?


Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog

Best siot! Macam-macam ada.


Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog

Rakan-rakan bloggers seMalaysia. Otai ka tak otai ka semuanya otai-otai belaka bagi aku :)


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT

Blog ni macam diari la jugak. Segala macam aktiviti, pendapat, mengumpat semua ada. Dulu orang catat guna pen tulis dalam buku. Sekarang orang keletak keletuk keyboard pc/laptop nah siap satu entri blog. Kalau tak paham gak jangan salahkan ibu mengandung. :P


Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
Bagi aku la kan, blog dan kehidupan ni saling mempengaruhi. Hasil pembacaan info berguna dari blog, boleh menambahkan pengetahuan am kita. Info yang kita dapat tu, tak kan nak simpan buat pekasam sensorang. Share la. Haa, kan dah ada banyak benda nak berceghita selain gosip-gosip? Hehe. Mana-mana teguran atau ketidakpuashatian yang tercurah dalam blog tu kadang-kadang kena gak kat batang hidung sendiri. Dari situ, mula lah insafi diri. Mula lah berusaha untuk perbaik mana yang kurang dan kekalkan mana yang elok. Secara tak langsung blog jadi medium muhasabah diri.

Segala yang berlaku dalam kehidupan (aktiviti kita), kita mau abadikan supaya tak luput dek ingatan. Maka blog lah tempatnya. Apa saja yang berkisar tentang kehidupan tak kisah la isu semasa, pendapat, luahan perasaan, maklumat berguna atau apa saja yang kita mau kongsi kan maka blog la tempatnya untuk mencurah segala.

Ini jelas menunjukkan bahawa blog mampu mempengaruhi kehidupan harian dan begitu juga sebaliknya. Sekian saja hujah saya! Ada bantahan? Hahaha! Panjang pulak aku membebel.

 

p/s: Ayat skema tak hingat! Nak tau anda skema ka dak? Join la segmen ni. Klik kat tajuk segmen di atas.

Hidup dalam Kebodohan


Babak 1
Aku : Walaupun aku tau dia dah ada anak isteri, tapi aku masih tak buleh nak lupa kan dia. Aku betoi-betoi sayang dia. Kan ku tunggu duda beliau!! Sobs sobs ~~
Depa : Come on la beb! Buat apa nak tunggu lagi orang macam tu. Jangan jadi bodoh! Dia bahagia, hang jugak dok sobs sobs sensorang.

Babak 2
Beliau : Sayang, maafkan abang. Abang terpaksa. Bukan niat abang nak lukakan perasaan sayang.
Aku : Sampai hati abang kan?? Abang buat ayang rasa macam orang bodoh dok tunggu abang selama ni. Menci abang! Menci! Menci!
Depa (ramai-ramai) : Booooooo~~~ Hang memang bodoh!! Padan muka hang. Kahkahkah!
Aku : Ya ka? Tapi aku rasa…




Motif : Nak habaq aku teringin nak tengok ceghita Aku Tak Bodoh. Ada yang sudi teman? =)

p/s: Dialog tu rekaan semata okey.

Suka Duit Tapi Tak Kenal Sepenuhnya

Wednesday, December 1, 2010


Lepas makan, mata mula la mengantuk. Jadi sebagai langkah keselamatan supaya tak terkantoi tidoq berdengkur kroh kroh, maka bermula lah sesi bergosip-gosipan. Hehe. Dah puas ber-pokpetpokpet pasai filem kontroversi dari label tersohor Malaysia (tersohor ke?), tiba-tiba Haslina bagi soklan cepumas.

"Ada gambar apa kat belakang duit seploh ringgit?" tanya beliau dengan angkuh sekali sambil meng-cover duit kat tangan dia takot-takot aku intai tengok.

"Errr…….," aku buat-buat pikiaq cari jawapan padahal memang tak tau pun.

Sumpah aku tak tau! Selama ni pandai guna duit ja. Tapi tak pernah pun amek peluang belek-belek apa ada kat duit kertas mata wang ringgit Malaysia kepunyaan negara kita. Lepas terkena begitu, barulah kelam kabut buka wallet tengok duit. Dan hasilnya, baru ku tau rupa-rupanya…






Owh, duit lima ploh ada dua versi. Gambaq kat belakang duit pun tak sama. *Sila ketuk kepala sendiri. Ngek~!*

Geng, tolong lah ngaku korang pun tak amek tau pasai gambaq kat belakang duit ni. Jangan biaq aku malu sensorang. Oh~~ =.=!


 

p/s: Boleh la mula mengenali duit. Kan ada pepatah kata Tak Kenal Maka Tak Cinta. Moga-moga dah kenal nanti, anda lebih sayangkan duit??

Hari Terakhir


AKU:
Hari terakhir KAMU katakan semua yang bukan-bukan
Bukannya permainan
Bicara tentang percintaan, cobaan, rintangan, halangan
Yang ku hadapi
Untuk menebuskan dosa lalu pada dirimu
Tapi ku pasrah harapan tuk bersamamu
Terus musnah
Naluri lantas menjadi tidak tentu arah
Hatiku bergelora
Bibirku tergamam
Pabila kau lafazkan kata-kata yang menusuk jiwa
Diriku kini terasa sepi
Yang pasti
Sudah kau nyatakan diriku kini tidak dihargai
Air mukamu keras tabah
Ku di usir dari hidupmu ku rebah
Tapi ku akur dengan takdir
Jangan khuatir
Kerana hubungan kita sudah menemui
Hari terakhir...


AKU & KAMU:

Hari terakhir kita bersama
Musnah segala impian dibina
Hari terakhir cukuplah sudah
Lupakan saja detik bersama

Hari terakhir...

AKU:


Ku makin tabah untuk menempuh
Ku tak lagi rebah
Takkan jatuh
Ke alam sengasara ku upaya
Untuk menjadi insan yang berguna
Menemui DIA buat ku sedar
Dirimu dan diriku tiada yang benar
Tertulis dalam coretan hidup ku
Tiadanya lagi engkau dan aku..

DIA:


Hey KAMU, bukan niat ku untuk kebas kekasihmu
Dude, believe me
Ku tak tahu pun she's with u
Dia telah memikat hatiku
Gadis jelita penawar sepi jiwaku
Fahamlah
Kalau ku tahu kau masih cintainya
Langsungku tak pandang
Tentu ku kira perasaanmu kawan
So listen, be cool right
Janganlah ambil hati
Kan ku jagakan Hunny coz she's the one for me...

KAU:


Tiada maaf bagimu
Hancur sudah
Diari cinta kita
Akan ku tempuhi dengan kesabaran
Daku kan lupakan ukiran hidup
Dihari terakhir...

AKU:


Itulah dia coretan hidupku
Hubungan 3 segi
AKU, DIA dan KAMU
Namun semuanya sudah berlalu
Diriku dan DIA sudah pun bertemu
Ku jabatkan tangan persahabatan
Come on KAMU jangan lupakan kawan
Dan janganlah renggangkan hubungan ini
Let's make a new day
For u and me...


DIA:

Walaupun sudah tiba hari terakhir
Lupakan segala duka hari terakhir
Maafkan segala dosa hari terakhir
Ingatlah kisah manis hari terakhir



Yaw~~!!

 

p/s:Versi asal tengok lah kat SINI :)

p/s: Hunny tu nama manja i..hehe..(eh,sama plak macam kat FB..lantak lah!)