Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Sang Lelaki Menangis? Alamak!

Friday, December 10, 2010


No man no cry. No woman man dies. Sampai macam tu sekali noo. Nak kata sang lelaki penyebab si pompuan menitik ayaq mata. Tak dinafikan drama ayaq mata ni lebih sinonim dengan kaum Hawa yang lemah. Lemah dalam mengawal perasaan. Mudah sangat nak menangis. Contoh paling senang, diri aku sendiri la. Tapi kalau lemah lembut, diri aku paling tak sesoi jadi contoh. Kehkehkeh!

Pun begitu, jangan ingat si pompuan tak buleh buat sang lelaki menitik ayaq mata. Sekali lagi diri aku layak bergelar contoh. Jom imbas kembali detik-detik bersejarah itu.

*****

KEJADIAN 1:

Tahun lepas (tu dia aih, punya la lama). Di stesyen komuter Mid Valley. Aku di tegur oleh seorang adik lelaki.

"Kak, tumpang tanya. Saya nak pi KL Sentral, betoi ka tunggu kat sini?"

Beliau bertanya dengan pandangan yang redup sayu. Kat tangan ada pegang sapu tangan. Agak comel adik ini hati aku berbisik gatai. Sambil melemparkan senyuman paling manis, aku pun jawap

"Ya, betoi dah"

Kemudian, beliau bertanya lagi

"Hm, KL Sentral tu tempat yang macam mana ya?"

Apa punya soklan ni. Ingat aku ni kaunter pertanyaan ka hapa. Kata-kata tu takat terluah dalam hati saja. Tak sanggup aku nak berkata begitu kepada seorang adik comel. Dengan penuh semangat aku gambarkan KL Sentral kepada beliau. Aku perasan dari mula bersembang adik tu sket pun dia tak senyum. Aku syak dia baru sudah menangis. Mulut aku yang tak dak insurans ni laju ja bertanya

"Nak pi mana ni adik oiii. Lari dari rumah ka apa ni?"

Tak ku sangka tak ku duga, tiba-tiba aku nampak ada butir jernih mengalir dari mata dia yang cantik. Sah, budak tu menangis!

KEJADIAN 2:

Kurang 24 jam yang lalu. Sekali lagi mulut aku ni berpotpetpotpet sesedap rasa. Kata-kata yang terucap buatkan si dia terguris. Lantas jatuh lah ayaq mata seorang insan bergelar lelaki!

*****


Kedua-dua kejadian buat aku sentap. Rasa bersalah tak terhingga tapi aku tak tau nak respon macam mana. Pelik tapi benar, aku suka tengok sang lelaki menangis. Nampak comel gitu. Hehe. 




p/s: Jangan dok bayang menangis yang sedu sedan sampai meleleh ayaq hidung plak. Menangis comel maksud aku tu, menangis yang tak berlagu. Ada ayaq mata ja yang jatuh ke pipi. Selain sebab yang berkaitan dengan keluarga dan percintaan dengan cik awek, apa sebab lagi yang mampu buat ayaq mata sang lelaki tumpah? Pernah nampak depan mata sendiri tak?

2 komen:

Jejaka Terhangat said...

pompuan menangis dpt jatuhkan sedikit ego lelaki..tp kalo lelaki menangis, pompuan akan cair sepenuhnya..kan?=p

Jejaka Terhangat: Tolong Aku.. Siapa Tau Translate kan Ayat Ni...

::Miss Pikon:: said...

Jejaka Terhangat >> betoi la.. luluh hati bila tengok laki nangis depan mata..